Sunday, November 25, 2012

Sengketa Hati dan Akal

Bila hati dan akal mula disaluti kedegilan,kebanggaan,kesombongan,kekeliruan dan ketidak kepercayaan.Hati mula membentuk sesuatu yang tidak dapat di terima oleh akal.
Hati yang bersih adalah hati yang cuba bersyukur untuk sesuatu kebaikan dan melindungi dari sesuatu perasaan jahat. Akal yang waras adalah berfikir secara logik dan positif untuk sesuatu kebaikan dan melindungi dari pemikiran negatif.

Apabila Hati diselubungi rasa iri hati,sombong dan negatif. Hati mula merasa sakit dan tidak keruan. Hati mula luka sehingga jasad tidak senang untuk bergerak lalu merasuk akal supaya menjadi negatif. Wujudlah sesuatu keadaan yang tidak diingini oleh keadaan sekeliling.Hati yang terlalu berkehendak,hati yang terlalu tinggi permintaan sehingga melebihi kekuatan akal membuatkan jasad bertindak melampaui batas.

Apabila Akal dirangkumi bayangan perbuatan negatif dan melebihi tahap. Akal mula dibayangi dengan keadaan huru hara. Akal mula tidak waras sehingga mata dikaburi dengan pelbagai andaian negatif. Wujudlah perasaan marah dalam hati dan pemikiran yang tidak sepatutnya sehingga akal menolak semua kebenaran,menjadi ragu-ragu dan tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana palsu.

Lalu wujudlah sengketa Hati dan Akal,yang membuat perasaan masing-masing berasa kosong.Sehingga tidak mengambil tahu antara satu sama lain lalu terputuslah Sillaturahim.Lalu wujudlah sengketa Hati dan Akal,yang tidak dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.Sehingga tercetus pelbagai andaian dan konfrontasi,masing-masing dengan hal masing-masing.Halal jadi haram dan sebagainya.Lalu wujudlah sengketa Hati dan Akal,yang ingin menjatuhkan antara satu sama lain.Tidak senang dengan kesenangan orang lain,tidak merasa puas dan bersyukur,menghendaki sesuatu perkara dan benda melangkaui keupayaan dan sebagainya.Akal bersengketa dan Hati menderita.

No comments:

Post a Comment