Saturday, November 24, 2012

Pengertian Tasawwur dan Islam

PENGERTIAN ISLAM

Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam sebgaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan kepada Al-Quran dan AsSunnah adalah:-

Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.

KONSEP TASAWWUR ISLAM

Konsep Tasawwur Islam Mardzelah Makhsin Perkataan tasawwur berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermula dengan kata dasar sawwara. Hasil daripada kata dasar ini menerbitkan perkataan tasawwur yang bererti memberikan suatu tanggapan kepada rupa yang dapat dikhayalkan dan menjelaskan gambaran sebenar ke atas sesuatu serta menghasilkan rupa dalam akal.

Daripada definisi tersebut, tasawwur bermaksud memberikan gambaran sebenar ke atas apa yang disampaikan kepada akal fikiran dan seterusnya menjadi sebati dalam diri untuk difahami. Apabila perkataan tasawwur dipadukan dengan perkataan islam, maka ia membentuk tasawwur islam yang bererti gambaran bentuk islam hakiki. Hal ini menunjukkan tasawwur islam bertujuan menjelaskan prinsip-prinsip asas islam secara keseluruhan dan seterusnya menggambarkan agama islam sebagai suatu tasawwur yang menganggap manusia sebagai agama yang bersifat fleksibel dan global. Tasawwur Islam dalamK onteks Syumul Tasawwur Syumul ialah suatu tasawwur yang menganggap manusia sebagai salah satu daripada makhluk-makhluk Allah yang amat lemah dan kehidupannya bergantung kepada rahmat Allah SWT. Justera itu, keimanan manusia kepada Allah SWT perlu mengatasi segala kepercayaan pada perkara-perkara lain. Manusia juga perlu mengingati kepercayaan dan ketaatan kepada Allah SWT secara lengkap dan sempurna kerana Allah SWT sentiasa menilai segala perkataan, perbuatan dan tingkah laku manusia setiap masa. Ini bertepatan dengan perkataan syumul yang bermaksud sempurna, lengkap, menyeluruh dan ia selaras dengan matlamat islam yang berorientasikan kepada dua bentuk penghayatan iaitu kehidupan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ini diakui oleh al-Syahid Hassan al-Banna dalam bukunya Risalah Islam ada menyebutkan, ³Islam merupakan suatu perutusan yang mempunyai jangka masa yang panjang dan meliputi setiap zaman. Pengisian lebarnya merangkumi segala bangsa di seluruh pelosok dunia. Manakala tunjangannya meliputi semua urusan dunia dan akhirat.´ Islam adalah agama yang syumul. Ini sesuai dengan fitrah islam yang menyediakan segala keperluan yang diperlukan oleh manusia. Daripada perkara-perkara yang sekecilnya sehinggalah kepada perkara-perkara yang besar, segalanya sudah diberikan panduan di dalam al- Quran dan al-Sunnah. Sebagai contoh, Islam sudah mengemukakan panduan berkenaan perkara-perkara kecil seperti adab-adab makan, minum, tidur, mandi meliputi hal-hal yang lebih global seperti sistem dalam ekonomi, politik, sosial dan pendidikan. Bukan itu sahaja, malah Islam sudah memberi panduan bagaimana memelihara jasad dan roh seseorang manusia dan kaitan di antara hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk yang lain.

1 comment: