Sunday, November 25, 2012

Mumayiz dan Akil Baligh

APA ERTI MUMAYIZ?
Sudah dapat membezakan sesuatu yang baik dan sesuatu yang buruk.Biasanya ditujukan kepada kanak-kanak berumur 3-10 tahun.Pada peringkat ini mereka hanya dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk,apabila mereka mendengar,melihat dan merasa. Contohnya : Jika seorang bapa memberitahunya bahawa mencuri itu tidak baik lalu mindanya akan menetapkan bahawa mencuri itu tidak baik.
Kanak-kanak mula belajar dari merasa,apabila diletakkan dua benda dihadapannya api dan air,kemungkinan dia akan menyentuh kedua-duanya.Akan tetapi apabila dia terasa panas,tangannya akan menarik balik. Bila ia merasa kesejukan yang tidak memudaratkan kemungkinan dia akan bermain-main dengan air itu. Jadi Mumayiz itu tidak lebih daripada penetapan minda.(Mind Control)

APA ERTI BALIGH??

Baligh secara bahasa bererti 'sampai' manakala akil datang dari kalimah 'akal'.Jadi gabungan akil + baligh memberi maksud "akal sudah sampai" atau "kesampaian akal".Pada tahap ini,seorang individu itu sudah dikira sampai atau mampu berfikir dari segi spiritual,mental dan fizikal.Biasanya berlaku kepada remaja berumur 11-15 tahun.Akal mereka mula mendefinasikan sesuatu perkara itu kepada banyak makna. Contohnya : Apabila remaja itu mula berfikir untuk mencuri,dia sendiri akan mencari kebaikan dan keburukan di dalam perbuatannya itu.Kenapa dia berani mencuri? Kerana dia berfikir jika dia terlepas,habuannya adalah sesuatu benda yang dicurinya.

Oleh kerana itulah Agama diperlukan kepada Manusia untuk mendisiplinkan manusia tersebut selain mengenal Pencipta dan sebab-sebabya.Jika akal manusia didorong dengan pelbagai perkara-perkara yang merosakkan akal mereka. Mereka menjadi bangga sebagai seseorang yang berjaya,kaya,bergaya dan sebagainya.

Sebab itu perintah agama hanya untuk orang yang akil baligh.Sebelum baligh,seorang individu itu dimaafkan sekiranya tidak mengamalkan perintah Allah dan melakukan larangan-Nya kerana ia belum "berakal".Jadi,hanya setelah akil baligh sahaja seseorang itu boleh di tentukan sama ada ke syurga atau ke neraka berdasarkan ketaatan dan kederhakaannya kepada Allah S.W.T..


Oleh itu,individu yang telah mencapai akil baligh sewajarnya sudah lengkap dengan ilmu fardu ain.Mereka sudah belajar,faham dan yakin tentang Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam.Mereka sudah pasti kenal Allah S.W.T dengan segala sifat kesempurnaan-Nya,kenal kitab-Nya,kenal Rasul-Nya,kenal malaikat-Nya dan lain-lain lagi.


Dia juga sudah sepatutnya tahu semua persoalan wuduk,najis,solat termasuk segala rukun,sah batal,dan wajib sunat sesuatu ibadat.Dia juga sudah semestinya tahu hal yang berkaitan akhlak iaitu sekurang-kurangnya 10 sifat mahmudah dan 10 sifat mazmumah.

No comments:

Post a Comment