Saturday, November 24, 2012

Konsep Ilmu Dalam Islam

Dalam Islam,ilmu dibahagikan kepada 2 iaitu :
(a) fardu ain : ilmu yang diwajibkan ke atas Muslim yang akil baligh untuk mempelajari dan mengamalkan contoh : ilmu yang berkaitan dengan akidah,syariat, dan akhlak.
( b) fardu kifayah : ilmu yang wajib dipelajari oleh masyarakat Islam secara kolektif contoh : ilmu perubatan, ilmu matematik, ilmu perusahaan ,ilmu pertukangan,ilmu sahsiah dan lain-lain lagi.Ilmu merupakan satu pengetahuan, pengalaman yang diberi oleh Allah S.W.T setelah melalui proses seperti pembelajaran,pengalaman,latihan dan sebagainya.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
³Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim´

Sabdanya lagi yang bermaksud : ³Tuntutlah ilmu semenjak dari buaian´

Menuntut ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap manusia.Oleh itu,menjadi kewajipan kepada mereka yang berilmu supaya menyampaikan ilmu kepada umat seluruhnya. Wahyu yang mula-mula sekali diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah wahyu yang menyuruh Baginda membaca dengan nama Tuhannya,Iqra.Wahyu inilah yang menandakan permulaan kenabian Baginda.Ini menunjukkan kepentingan ilmu dalam Islam.

Kedudukan orang yang berilmu
Ahli ilmu yang mendapat penghargaan daripada Allah SWT dan berada dalam kedudukan yang istimewa ialah ahli ilmu yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT serta sentiasa bersyukur kepada-Nya.

Ilmu yang bermanfaat membawa kepada mengenali Allah SWT dan mendekatkanya kepada Allah SWT. Penekanan terhadap kepentingan ilmu ini bukan sahaja terdapat dalam Al-Quran,malah penekanan yang sama juga didapati dalam sunnah Nabi Muhammad SAW.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : ³Menuntut ilmu sekejap lebih baik daripada bangun solat malam dan menuntut ilmu dalam sehari lebih baik daripada berpuasa tiga bulan´.

Sumber ilmu
1-Sumber ilmu dalam Islam ialah AL-Quran dan al-hadis
2-Sumber ilmu memerlukan tuntutan roh, akal dan jasad.
3-Bagi santapan roh, sumbernya ialah sumber wahyu iaitu Al-Quran dan al-hadis.
4-Akal dan jasmani perlu disuburkan dengan sumber daya usaha,pengalaman-pengalaman dan pemikiran manusia berasaskan kawalan hukum-hukum syarak.

No comments:

Post a Comment