Tuesday, May 3, 2011

Penjajahan Kolonialisme

Dari Wikipedia

Kolonialisme adalah sebuah istilah terhadap sistem yang merujuk kepada pengembangan kekuasaan sebuah negara ke atas wilayah dan manusia serta masyarakat di luar batas negaranya, selalunya pihak atau kuasa yang mengamalkan konsep Kolonialisme dalam mengembangkan empayarnya akan mencari dominasi ekonomi dari sumber daya kerja, tenaga kerja, dan nilai perdagangan dan pasaran wilayah tersebut selain dari faktor muka bumi dan kekayaan sumber asli dan bahan mentah. Istilah ini juga merujuk kepada suatu himpunan keyakinan yang digunakan untuk melegitimasikan atau mempromosikan sistem ini, terutama kepercayaan bahawa moral dari pihak pengkoloni lebih hebat daripada pihak yang dikoloni.

Pendukung dari kolonialisme berpendapat bahawa hukum kolonial menguntungkan negara yang dikolonikan dengan mengembangkan infrastruktur ekonomi dan politik yang diperlukan untuk pemodernisasian dan demokrasi. Mereka menunjuk kepada negara bekas koloni seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Hong Kong dan Singapura sebagai contoh berjayanya sistem tersebut selepas waktu pasca-kolonialisme.

Pengkaji teori koloni seperti Andre Gunder Frank, berpendapat bahawa kolonialisme sebenarnya menuju ke pemindahan kekayaan dari daerah yang dikolonisasi ke daerah pengkolonisasi, dan pihak pengkoloni menghambat kejayaan pengembangan ekonomi negara yang dikoloni.

Koloni adalah tempat yang dikuasai oleh negara lain. Negara metropolitan adalah negara yang memiliki koloni. Negara yang memiliki banyak koloni sering disebut Empayar(Kemaharajaan). Kolonis adalah orang yang tinggal di koloni.

Makhluk Asing


Makhluk asing ataupun dikenali sebagai alien adalah tidak asing lagi bagi kebanyakan daripada kita. Makhlu asing dipercayai oleh ramai pihak adalah makhluk yang mendiami dan berasal daripada planet luar yang tidak diketahui lokasinya. Bagi kebanyakan pihak terutamanya yang telah mengkaji keganjilan makhluk ini, mereka menganggap kedatangan makhluk asing ke bumi adalah disebabkan makhluk ini mahu mengkaji segala kehidupan di planet bumi untuk kegunaan pihak mereka. pelbagai misteri berkenaan makhluk ini telah banyak diperkatakan oleh masyarakat di seluruh dunia, antaranya di amerika syarikat.




Penduduk amerika sering dikejutkan dengan penemuan objek piring terbang ataupun dikenali sebagai UFO iaitu singkatan kepada Unidentified Flying Object yang dipercayai adalah kapal angkasa milik makhluk asing ini, malah yang lebih mengejutkan lagi, ada antara mereka yang mengaku pernah bertemu dengan makhluk ini dan ada juga yang mengaku pernah diculik dan telah dibawa ke satu tempat rahsia oleh makhluk asing untuk dijadikan sebagai bahan ujikaji makhluk ini. Perkara yang paling menggemparkan berkenaan makhluk asing ini telah berlaku di amerika iaitu di wilayah tenggara New Mexico, Roswell di mana dipercayai kapal angkasa makhluk ini telah terhempas dan berhampiran lokasi tersebut juge telah dijumpai tubuh lengkap dipercayai milik makhluk asing yang telah mati. Orang pertama yang menemui mayat makhluk asing tersebut adalah seorang penternak lembu iaitu William W Brazel yang kemudiannya telah membuat laporan penemuan tersebut kepada pihak tentera di pangkalan tentera darat di Roswell.




Kemudian pihak tentera telah melakukan penyiasatan diketuai oleh Kolonel William Blanchard yang akhirnya membuat kesimpulan bahawa serpihan objek yang terhempas tersebut adalah milik belon udara dan menafikan bahawa ianya milik kapal angkasa makhluk asing seperti yang diuarkan oleh penduduk setempat. Dipercayai juga pihak tentera telah menutup lokasi tersebut dan telah merahsiakan penemuan tersebut kepada pihak umum atas sebab-sebab tertentu. Mereka telah membawa mayat makhluk asing tersebut ke suatu lokasi rahsia dan telah menjalankan kajian ke atas tubuh makhluk asing terbabit. Selain itu, rakaman video yang menunjukkan ujikaji sedang dilakukan telah berjaya dirakam dan dibawa keluar secara sembunyi olehseorang askar amerika pada waktu itu. Di dalam rakaman tersebut, kelihatan beberapa orang saintis sedang menjalankan kajian ke atas sekujur tubuh makhluk asing yang mempunyai bentuk tubuh seakan akan manusia tetapi mempunyai kepala dan mata yang agak besar serta lehernya yang agak panjang seakan akan makhluk ET di dalam filem.

Di tubuh makhluk tersebut terdapat kesan luka yang parah di sebelah kanan paha dan kaki yang mungkin disebabkan oleh kapal angkasa mereka yang telah terhempas, selain itu kelihatan darah terpancut apabila saintis membelah dada makhluk tersebut untuk mengeluarkan jantung, dan kepala makhluk tersebut juga turut dipotong menggunakan gergaji untuk mengeluarkan otaknya serta sampel kulit turut diambil. Namun semua bukti ini masih diragui oleh ramai pihak malah pihak tentera amerika juga menafikan bahawa rakaman tersebut ada kaitan dengan pihak tentera dan juga turut menafikan bahawa pihak tentera ada merahsiakan perkara berkaitan makhluk asing dan UFO yang telah terhempas ke bumi serta mendakwa ianya direka pihak tertentu.

Akhirnya lama kelamaan, kejadian ini semakin dilupakan oleh penduduk di sana, walaupun begitu misteri makhluk asing masih tidak dilupakan malah ianya semakin lama semakin banyak laporan berkaitan penemuan objek terapung di udara yang dipercayai UFO di serata dunia.

Mayat Makhluk Asing

Penemuan 'Alien mati' baru-baru ini hanyalah satu hoax (penipuan). Dan ianya diakui sendiri oleh pelajar-pelajar yang berpura-pura menjumpainya setelah ditekan oleh pihak Polis.
Mayat Alien itu kononnya dijumpai di dalam suasana bersalji di Irkutsk, Siberia, dan telah heboh dalam Youtube dan macam-macam laman web kebelakangan ini. Rupa-rupanya, ia hanya dibuat dari adunan roti dan kulit ayam.


20 April 2011

Seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri Rusia mengatakan: "Kami menjumpai alien di salah sebuah rumah pelajar itu."

"Ia berbaring di bawah tempat tidurnya dan pemeriksaan yang dibuat menunjukkan bahawa ia dibuat dari tepung roti yang kemudian ditutup dengan kulit ayam."


Mayat Alien palsu itu muncul selepas penduduk tempatan melaporkan melihat kemalangan UFO di wilayah tersebut bulan lepas.

Pakar UFO tempatan iaitu Alex Komanov dari Russian UFO Research Centre dengan segera menyingkirkan cakap-cakap berkenaan penemuan itu dengan mengatakan, 'Tubuh itu menarik. Teksturnya mirip dengan entiti biologi yang sebenar."

'Namun, makhluk itu tidak mempunyai pakaian dan saya yakin bahawa makhluk cerdas akan mengenakan sesuatu seperti baju ruang angkasa atau 'coverall'."

Tapi peminat UFO mula menuduh kerajaan Rusia cuba untuk menutup kejadian tersebut. "Kami tahu apa yang kami lihat. Orang-orang atasan tentera hanya tidak ingin kami melihatnya," kata salah seorang dari mereka.

Propaganda UFO - Teknologi rahsia

Piring terbang UFO adalah di antara propaganda yang diadakan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Mereka mengatakan bahawa UFO merupakan alien dari planet lain. Sedangkan sebenarnya piring-piring terbang yang biasa ditemui di seluruh dunia itu adalah milik mereka sendiri.

Mereka mengaburkan pandangan masyarakat dunia melalui filem-filem Hollywood dan berita-berita di media massa utama. Agenda UFO ini merupakan salah satu agenda untuk menguasai dunia.

Berikut ini adalah beberapa teknologi antigraviti yang mungkin digunakan oleh mereka untuk mencipta piring terbang yang biasanya dikenali sebagai UFO (Unidentified Flying Object).

1- Searl Effect Large-Scale antigravity

Rujukan : Video 1

Video 2


Salah seorang yang paling terkenal dalam bidang antigraviti ialah John Searl (John Roy Robert Searl), yang juga digelar sebagai 'Bapa antigraviti moden'. Dia mencipta alat yang diberi nama Searl Effect Generator (SEG).




John Searl lahir pada 2 Mei 1932 di Wantage, Oxfordshire, England. Beliau mendakwa antara tahun 1946 dan 1956 telah merekabentuk dan membina generator elektrik jenis gerakan sistem berterusan terbuka dikenali sebagai Searl Effect Generator (SEG).




Beliau juga telah mendakwa telah membina sebuah mesin terbang yang didasarkan pada kesan anti-graviti, yang beliau beri nama Inverse-G-Vehicle (IGV).

Rujukan : Website John Searl

2- Hutchison effect antigravity

Seperti yang pernah dijelaskan oleh John Hutchison, 'Hutchison effect' terjadi sebagai respons terhadap konfigurasi ruangan-waktu tertentu yang relatif rendah daya tenaga elektromagnetik. Paparan yang dihasilkan dari kekuatan yang tidak biasa boleh dinyatakan dalam pelbagai cara. Salah satu kesan ketara adalah pengapungan (levitation) benda berat.




Objek tersuspensi di udara, atau mereka didorong ke atas dengan cepat keluar dari pandangan kamera.

Pada tahun 1979, Hutchison mendakwa telah menemui sejumlah fenomena yang luar biasa, ketika cuba untuk menduplikasi percubaan yang dilakukan oleh Nikola Tesla. Dia merujuk beberapa fenomena ini bersama-sama dengan nama "Hutchison Effect", termasuk pengapungan objek berat, gabungan bahan berbeza seperti logam dan kayu, sementara kurang perpindahan apapun, logam retak spontan, kehilangan sampel logam dan beberapa lagi.

Menurut Hutchison dan Kolonel John Alexander, saintis ketenteraan dari Amerika Syarikat telah bekerja dengannya kerana 'effect' itu ada potensi pada tentera.


Rujukan :Website John Hutchison
Youtube

3- Dan beberapa teknologi antigraviti lagi seperti De Aquino’s ELF (Extra Low Frequency) anti gravity, Mercury Plasma antigravity, Magnetic levitation (Gertsenshtein Effect antigravity) dan Einstein’s UFT (Unified Field Theory) Antigravity.


Teknologi-teknologi yang asalnya bertujuan untuk kebaikan dicetus oleh mereka-mereka yang mencipta teknologi di atas, kemudiannya diambil oleh pihak-pihak yang tertentu bagi kepentingan peribadi mereka.




Penciptaan piring-piring terbang ini dikaitkan juga dengan NAZI di zaman Adolf Hitler dulu lagi, yang mana dikatakan saintis NAZI di Jerman lah yang mula-mula mereka cipta piring-piring terbang UFO. Alat itu juga digelar sebagai 'Nazi Bell' dan mereka mengkaji dari Einstein’s UFT (Unified Field Theory) iaitu satu teori dari saintis paling terkenal iaitu Albert Einstein.




'Nazi Bell' itu dikatakan lebih rahsia dari projek Nuklear NAZI. Nick Cook yang terkenal dengan novel 'best selling' nya iaitu The Hunt for Zero Point , ketika membuat kajian telah mendapat sedikit maklumat tentang rekabentuk tertentu atau aplikasi alat Bell Nazi itu, sumber-sumber menunjukkan bahawa ternyata ia mampu mencipta pelbagai kesan mengejutkan pada objek di sisinya. Telah dispekulasikan bahawa alat Bell itu direka untuk menggunakan komponen 'counter-rotating' berkelajuan tinggi diisi dengan bahan khusus dan dijana dengan tenaga elektromagnetik untuk menginduksi kesan "torsion" dan mengawal kesan graviti dan yang penting lainnya.



Yang kelihatan sekarang, banyak alternatif untuk mencipta piring terbang, dan salah satu dari yang di atas kemungkinan besar adalah darinya, dan mungkin juga mereka menggabungkan kesemua teknologi itu. Wallahu a'lam ...

Propaganda 20 Dollar

Ingatkan bangunan World trade center (9/11) dan kebakaran Pentagon sahaja yang ada pada duit 20 dollar Amerika Syarikat. Rupa-rupanya nama Osama Laden pun ada sekali. Tetapi nama tersebut tercatat hanya OSAMA. Adakah ini semua kebetulan, atau ramalan? Hhhmm, pandai sungguh mereka-mereka yang berselindung di sebalik nama Illuminati ni. Dari dulu lagi kerja-kerja mereka memang canggih dan menakjubkan. Kerja-kerja mereka terlalu kreatif tetapi mempunyai misteri. Dari zaman purbakala hingga sekarang, kerja-kerja tangan mereka amat bagus sekali.






Tetapi sayang, kemahiran dan kreativiti mereka disalurkan ke arah yang tidak baik dan mementingkan kumpulan dan keturunan mereka sahaja. Dan yang paling kesian ialah mereka bertungkus lumus untuk mendirikan pemerintahan LUFICER di muka bumi suatu hari nanti yang disangkakan mereka sebagai tuhan.




Lain-lain simbol atau mesej tentang peristiwa 9/11 yang telah ada atau dibuat lama sebelum peristiwa 9/11 itu berlaku lagi, seperti yang ada dalam filem-filem Hollywood dan kartun The Simpsons. Walaubagaimanapun, jika suatu konspirasi atau kebetulan ataupun kreativiti manusia ianya boleh memutar-belit dan melaga-lagakan manusia.

Propaganda Amerika

Amerika Syarikat tidak tahu di mana pemimpin jaringan Al Qaida, Osama bin Laden bersembunyi dan tidak memiliki laporan intelijen yang baik mengenai keberadaannya dalam beberapa tahun, kata Menteri Pertahanan Robert Gates, Sabtu.


Berbicara dalam satu wawancara yang disiarkan Minggu dalam program "This Week" stesyen television ABC, Gates juga mengatakan dia tidak boleh mengesahkan berita-berita bulan ini bahawa seorang tahanan mungkin telah melihat Osama di Afghanistan awal tahun ini, sebagaimana dikutip dari Reuters.




"Kami tidak tahu di mana Osama bin Laden berada. Jika kami tahu, kami akan bergerak dan menangkap dia," kata Gates dalam kutipan-kutipan wawancara itu yang disiarkan ABC.


Ditanya bila terakhir kali Amerika Syarikat memiliki laporan intelijen yang baik mengenai keberadaan Osama, Gates mengatakan "Saya kira itu beberapa tahun lalu.


Stesyen television Inggeris BBC awal bulan ini memberitakan seorang tahanan di Pakistan mengaku memiliki informasi bahawa Osama berada di Ghazni, Afghanistan timur Januari atau Februari.


Komiti Hubungan Luar Negeri Senat AS mengeluarkan sebuah laporan akhir bulan lalu yang menyalahkan tidak adanya usaha-usaha dilakukan oleh pemerintah bekas Presiden George W. Bush dan para komandan tentera AS kerana membiarkan Osama bin Laden melarikan diri dari daerah Tora Bora, Afghanistan akhir tahun 2001.


Sumber - Antara News




Benarkah AS tidak tahu di mana Osama Laden bersembunyi sedangkan mereka mempunyai pelbagai teknologi untuk mengesan termasuk lah satelit, ataupun ianya sekadar propaganda untuk terus menuduh orang Islam sebagai pengganas?? Ataupun Osama Laden yang sebenar kemungkinan besar ialah Tim Osman iaitu agen CIA?

Obama akui Osama sudah mati

Osama bin Laden (yang diceritakan lahir di Arab Saudi), yang diburu sebagai dalang serangan pengganas terburuk di tanah Amerika Syarikat, telah dibunuh, Presiden Barack Obama mengumumkan pada malam 1 Mei 2011.


Presiden menyebut pembunuhan bin Laden adalah "prestasi yang paling signifikan sampai saat ini" dalam usaha untuk mengalahkan al-Qaeda.


"Keadilan telah dilakukan," kata Obama.


Osama Laden dikesan di kawasan Abbottabad, Pakistan di dalam satu operasi oleh tentera AS. Sumber mengatakan serangan itu dilakukan oleh Komando Pasukan Khusus Gabungan Operasi (Joint Special Operations Command forces)yang bekerja dengan CIA.




"Sebuah pasukan kecil dari Amerika melakukan operasi," kata Obama. "Setelah berlaku tembak-menembak, mereka membunuh Osama bin Laden dan mengambil tubuhnya sebagai tahanan."


Ujian DNA mengesahkan bahawa itu bin Laden, sumber mengatakan kepada ABC News.


Menurut akhbar Telegraph pula, Bin Laden adalah orang yang mengilhami generasi Islam fanatik di seluruh Eropah, termasuk mereka yang melakukan serangan pengganas 7 Julai 2005 di London.

Pandai juga taktik Barack Obama mengatakan bahawa perang ini bukannya perang terhadap umat Islam, tetapi perang terhadap AlQaeda sahaja yang dituduh sebagai pengganas. Ini untuk mengambil hati umat Islam sedangkan agenda sebenarnya mungkin di sebaliknya.


Osama Laden sebelum ini pun pernah diberitahu oleh para pengkaji bahawa dia adalah agen kepada AS sendiri yang mana namanya yang telah diletakkan oleh CIA dulu ialah Tim Osman.


Banyak kejadian yang kononnya serangan pengganas di Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya adalah sebenarnya konspirasi dalaman kerajaan AS sendiri sepertimana contoh terbesar dan yang jelas sekali iaitu peristiwa 9/11 (September 11, 2001) di World Trade Center, New York City dan 7 Julai 2005 di London.


Selepas ini siapa pula yang akan mereka bawakan ke pentas dunia yang akan menggantikan Osama Laden dan akan dituduh sebagai pengganas Muslim. Buat masa ini , nama yang menjadi sasaran utama mereka pula ialah Anwar al-Awlaki (Anwar Nasser Abdulla Aulaqi) yang dikatakan sebagai seorang pensyarah Agama Islam, ketua spiritual dan juga Komander Serantau AlQaeda. Sememangnya hal ini tidak akan berakhir selagi Nabi Isa a.s belum kembali. Wallahu a'lam :)

Osama Laden Dibunuh

Bagus juga ada pihak yang membocorkan rahsia ini. Nampak jelas gambar yang disebarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat itu adalah palsu dan telah di 'photo shop' kan.Lihat saja gambar Osama Laden yang lama sebelah kiri itu, sama sebiji dengan mulut gambar yang kononnya terbaru itu. Tidak lari walau 1 peratus pun. Dan bahagian mata yang ditembak itu adalah mata orang lain yang pernah kena tembak pada tahun 2009 dulu.




Gambar orang yang ditembak di bahagian kepala itu pernah digunakan di laman web themedialine.org pada 29 April 2009 dulu. Manakala gambar mulut Osama Laden itu pula diambil dari gambar foto tahun 1998 dan pernah diguna oleh Reuters.

Warna kulit pun berbeza sangat tu. Perhatikan gambar belah kanan sekali, gambar dahi atas kulit cerah, sedangkan gambar bahagian mulut tu kemerahan sikit. Tukang manipulasi gambar itu pun belum teliti buat kerja.


Nampak sangat menipu kerajaan AS ini, Tuhan sudah tunjuk dengan terang lagi bersuluh lagi sekarang. Apa lagi agaknya yang mereka nak nafikan nanti.


Maka berita Osama Laden dibunuh oleh tentera AS yang terbaru itu sudah ternyata PALSU sama sekali. Lagi pun sudah banyak di war-warkan bahawa Osama Laden sudah mati suatu ketika dulu di sebuah hospital, kerana masalah buah pinggang.

Ada sumber-sumber dari Pakistan dan Afghanistan dulu yang mengatakan bahawa Osama Laden telah meninggal dunia sejak tahun 2001 lagi, dan dikebumikan di kawasan pergunungan tenggara Afghanistan. Ini kerana keadaan fizikalnya pada ketika itu pun sudah dalam keadaan sakit teruk, ketika digambarkan pada 27 Disember 2001, dimana dia sehari-hari memerlukan dialisis buah pinggang.

Sejarah pun ada membuktikan bahawa sudah beberapa kali mereka mengeluarkan audio tape yang kononnya adalah suara Osama tetapi sebenarnya bukan, seperti yang berlaku pada tahun 2002. Audio tape itu diumumkan palsu oleh Swiss Research Institute.

Pakar-pakar di Lausanne-based Dalle Molle Institute for Perceptual Artificial Intelligence membuat perbandingan dengan 20 tape dari Osama Laden yang diterima sebelum itu, dan membuat kesimpulan bahawa audio tape pada tahun 2002 itu adalah palsu, dengan kata lain, ada orang menyamar sebagai Osama..


Dan mengapa mereka menanam mayat yang kononnya dikatakan Osama Laden itu di laut? Sudah nampak di sini, kemungkinan besar kerana mahu hilangkan BUKTI. Sungguh licik golongan ular berbisa ini