Saturday, November 24, 2012

Konsep Ukhuwah

Persaudaraan ialah hubungan yang terjalin antara seorang dengan seseorang samada dalam bentuk hubungan darah, sosial atau bangsa.

1-persaudaraan terbentuk dalam semua ikatan
2-persaudaraan Islam ialah universal iaitu tiada perkauman dan tidak terbatas dalam lingkungn geografi.
3-berasaskan kepada agama ALLAH S.W.T dan akidah yang satu
4-ikatan persaudaraan dalam Islam ialah ikatan yang terbit daripada syahadat dan berasaskan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Persaudaraan atau Ukhuwah dari segi bahasa : Sahabat,teman,saudara.
Dari segi istilah : dilihat dari dua sudut iaitu dari kaca mata Al- Quran dan hadis. Dalam Al-Quran, persaudaraan ialah perasaan kasih sayang,tolong-menolong,bertolak - ansur dan cinta- mencintai sesama umat Islam.
Dalam hadis pula, lebih kurang sama dengan apa yang dijelaskan oleh ALLAH S.W.T.

Ukhuwah merupakan persaudaraan tanpa mengira negara, bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Persaudaraan itu wajib dijalinkan asalkan bergelar manusia. Ahli-ahli ulama tetap berpegang teguh kepada dalil untuk membuktikan bahawa konsep persaudaraan ialah berasaskan kepada akidah dan agama.

1. Berpegang kepada agama ALLAH SWT Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
Dan berpegang teguhlah sekalian kepada tali ALLAH dan janganlah kamu bercerai-berai SURAH AL-IMRAN:103

2.Berdamai antara dua golongan yang bersengketa Firman ALLAH SWT bermaksud :  Dan jika dua puak antara orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya, jika satu daripadanya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH,jika dia kembali patuh ,maka
damaikanlah antara keduanya dengan adil serta berlaku adillah kamu,sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang adil.

Ikatan yang erat dapat dilihat dalam bentuk persaudaraan sesama mukmin .

Firman ALLAH SWT bermaksud : Bandingan orang mukmin pada ikatan kasih mengasihi,cinta mencintai umpama satu badan yang apabila suatu anggota sakit, nescaya anggota yang lain berasa sama yang menyebabkan dia berjaga malam dan demam.

Dalam hubungan ini, syariat Islam mengajar umatnya memelihara perasaan saudara yang lain bagi mengelakkan timbul rasa benci-membenci yang boleh membawa kepada perpecahan sesama sendiri. Untuk menjamin kearah mencapai ukhuwah yang sebenar supaya menjadi satu kenyataan, umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan konsep persaudaraan Islam .

No comments:

Post a Comment