Saturday, November 24, 2012

Kewajipan menuntut Ilmu

Oleh kerana Islam adalah agama pemikiran(kefahaman) iaitu agama yang sepatutnya kita fahami dengan sebenar2nya,dari itusatu2nya jalan untuk membentuk dan menyuburkannya adalah melalui menuntut ilmu ataupun belajar. Hukum menuntut ilmu / belajar ini adalah FARDHU ’AIN iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh semua individu muslim samaada lelaki mahupun perempuan yang telah baligh lagi berakal.

Firman Allah SWT:
122. Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.

Dan sabda Rasulullah SAW: Yang bermaksud,”Menuntut ilmu itu adalah wajib keatas semua muslim”.

Akibat dari mengabaikan kewajipan menuntut ilmu

i)Berdosa kerana meninggalkan kewajipan.
ii)Menjerumuskan kita kepada kesalahan dan kekeliruan.

Firman Allah SWT :                 
28. Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang Sesungguhnya persangkaan itu tiada
berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran

iii)Mengakibatkan kita ditimpa kemudharatan dan kesusahan didalam kehidupan dunia dan di azab di hari akhirat nanti.

Firman Allah SWT:          
124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Khatimah:
i)Islam adalah agama pemikiran(kefahaman).Dari itu tasawwur Islam iaitu penjelasan tentang Islam itu mestilah benar.
ii)Satu2nya cara untuk mendapatkan gambaran Islam yang benar adalah dengan menuntut ilmu (belajar).
iii)Mengabaikan kewajipan menuntut ilmu akan mengakibatkan kita berdosa.Hidup kita di dunia akan ditimpa kemudharatan dan kesusahan dan yang lebih ditakuti lagi adalah azab yang sedia menanti di hari akhirat yang tidak ada keraguan tentang nya.

No comments:

Post a Comment