Saturday, November 24, 2012

Islam : Agama Fikriyah (Pemikiran)

Ayat awal yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW ialah firman Allah SWT:



1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2. Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam[1589],
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Ayat ini mengandungi perintah kepada junjungan besar kita supaya membaca Al- Quran.Tujuan perintah membaca ini adalah untuk membentuk pemikiran(kefahaman) Rasulullah SAW terhadap Islam iaitu pemikiran(kefahaman) yang sayugia dan selayaknya dilaksanakan secara mendunia bagi mengatur segala urusan kehidupan semua manusia samaada mu’min mahupun kafir.
Pemikiran Islam menyentuh berkaitan tatacara pengurusan urusan2 kehidupan manusia bermula dari asasnya iaitu Aqidah Islamiyyah, serta apa yang lahir daripada Aqidah ini iaitu Syari’ah Islamiyyah yang meliputi
Ibadah,makan-minum,pakaian,akhlak,politik- pemerintahan,perekonomian,sosial,pendidikan dan hukuman. Adapun urusan kehidupan yang bersifat sains / seni,teknologi dan kemahiran,perkara2 ini tidak disentuh(di jelaskan) oleh pemikiran Islam.Bahkan Islam membiarkan manusia memanfaatkan akal yang di kurniakan Allah SWT untuk memikirkannya sendiri.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,”Kamu lebih mengetahui dengan urusan2 dunia kamu”
Pemikiran(kefahaman) Islam inilah yang kemudiannya diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat2nya,seterusnya sahabat ajar kepada tabi’in dan tabi’in mengajarkannya kepada tabi’ tabi’in.Proses belajar dan mengajar ini berterusan dari satu generasi ke generasi berikutnya.Firman Allah SWT:



2. Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (As Sunnah). dan Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

No comments:

Post a Comment