Sunday, November 25, 2012

Pengertian Akal

Pengertian akal dari segi bahasa:

1. Akal berasal dari perkataan arab dan telah digunakan dengan meluas di dalam bahasa melayu.

2. Menurut al-Mukjam al-Arabi al-Asasi; Akal bermaksud sesuatu yang digunakan untuk berfikir dan membuat pendalilan. Manusia berbeza dengan seluruh haiwan lain melalui akal.

3. Menurut Lisan al-Arab oleh Ibn. Al-Manzur; Akal bermaksud “kepintaran”.

4. Menurut Kamus Dewan; Akal dalam bahasa melayu bermaksud 1. Budi dan fikiran 2. Daya upaya dan ikhtiar 3. Muslihat dan tipudaya.

5. Dalam istilah bahasa inggeris; Akal disebut sebagai Reason, intelligence, intellect, understanding.

Pengertian akal dari segi istilah:

1. Terdapat beberapa pengertian akal menurut pengertian istilah ulama sesuai dengan bidang mereka masing-masing.

2. Menurut Imam Abu al-Harith al-Muhasibi (243 h); “Akal ialah al-gharizah iaitu sifat semulajadi manusia dan kemampuannya memahami sesuatu.”

3. Akal menurut istilah ahli falsafah mempunyai makna berikut; "Jauhar tunggal yang memahami hakikat sesuatu." (Takrif al-Kindi, Ibn. Sina dan Jarjani)

No comments:

Post a Comment