Sunday, November 25, 2012

Tangisan Umar Abd Aziz

Pada satu malam, Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz rah duduk setelah menunaikan beberapa rakaat solat malamnya. Sambil kedua-dua telapak tangannya diletakkan ke dahinya beliau menangis dengan esakan yang kuat diiringi dengan airmatanya membasahi pipi dan janggutnya.

Isterinya Fatimah berkata tiadalah sesaorang yang lebih takut kepada Allah swt selain suamiku. Esakan dan tangisannya seolah-olah dadanya telah terbelah. Tangisan itu berterusan sehinggalah ke Subuh. Keesokannya pula beliau akan berpuasa sepanjang-panjang hari.

Isterinya Fatimah datang mendekatinya dan bertanya dengan suara yang lembut: “ Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau menangis kerana sesuatu dosa yang terjadi sebelumnya.” Umar bin Abdul Aziz rah menjawab, “ Ya , benar, biarkanlah aku bersendirian dengan keadaan begini wahai isteriku.”. Fatimah berkata lagi, “ Tapi wahai Amirul Mukmini ceritakanlah sedikit kepadaku.”

Umar bin Abdul Azizi berkata, “ Baiklah akan aku ceritakan kepada kamu: Sesungguhnya aku melihat pada diriku bahawa aku telah diamanahkan sesuatu tangguhjawab yang sangat besar. Aku dimanahkan untuk mentadbir umat ini samada anak-anak kecil, orang dewasa, juga yang berkulit hitam maupun yang berkulit kemerah-merahan. Setiap orang-orang gila yang hilang dari rumah kediamannya juga aku bertanggungjawab ka atasnya. Fakir miskin yang hidup melarat juga menjadi tanggung jawab aku untuk menguruskannya. Setiap tawanan perang yang hilang dari tahanan juga terpikul ke atas aku. Tangisan dan keluh kesah mereka-mereka yang sengsara di seluruh negeri , daerah dan kampung adalah amanah ke atasku untuk meyelesaikannya.”

“Aku tersangat mengetahui bahawa satu-satunya jalan keluar buat mereka adalah bilamana di dalam diri-diri mereka ada Allah dan Rasulnya.” Maka tersangat aku takut apabila Allah swt bertanya kepadaku namun pada ketika itu tidak ada satu dalih dan alasan pun untuk aku kemukakan kepada Allah atas semua amanah dan tanggung jawab ini. Juga aku malu kepada Rasulullah bilamana aku ditanyai dengan amanah dan tanggungjawab ini. Ketakutan inilah yang menyebabkan aku menangis sepanjang malam dan kehausan di siang hari. Setiap kali aku mengingati persoalan ini setiap kali itulah ketakutan mneyelubungi diriku .”

Akhirnya beliau menambah,“ Sekarang aku telah memberitahu kepada kamu semua ini dan jadikanlah ianya pengajaran dan tinggalkanlah aku sendirian.” Beliau terus menangis sehinggalah kedengaran Azan Subuh.

Kisah Nabi Musa dan Rumput

Diceritakan bahawa Musa as. pernah mengeluh kepada Allah swt kerana menderita sakit gigi. Maka Allah swt memerintahkan: “Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigi kamu!” Lalu Musa a.s pun berbuat demikian, maka sakitnya pun sembuh.


Beberapa hari kemudian, sakit gigi yang dialami Musa a.s datang lagi. Maka Musa a.s pun mengambil kembali rumput yang pernah diambil dulu dan meletakkan pada giginya. Hasilnya bukan bertambah sembuh, sebaliknya sakit giginya bertambah teruk dari biasa. Langsung dari itu Musa a.s pun mengadu kepada Allah swt dengan katanya, “ Wahai Tuhanku, bukankan engkau mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan aku?”


Allah swt menjawab: “Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyihatkan. Aku yang memberi bencana dan akulah yang memberi manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku, lalu Aku sembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak menuju kepada-Ku.”


( Petikan dari : “Nuruzh-Zhalâm” karya Syekh Nawawi Banten dengan sedikit olahan )

Hadis mengenai Agama

Dari Amr bin Auf r.a menukilkan sabdaan Baginda s.a.w bahawa :

"Agama pada mulanya adalah suatu perkara yang asing(dagang) , kelak tidak lama lagi ia akan kembali menjadi asing seperti mula dahulu.Kerana itu berita gembira bagi orang-orang Islam yang kerana agama mereka dianggap terasing, mereka itu ialah orang-orang yang membetulkan jalanKu yang telah dirosakkan orang-orang selepasKu".

(HR Tirmizi)

Hadis mengenai suau masa nanti

“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.

Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberi mereka kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.

Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan tidak melarang pula yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.

Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”

(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Soal Jawab Mengenai Ihsan

1) Apakah yg dimaksudkan dengan ihsan???…

2) Pohon penjelasan antara 2 konsep dalam ihsan ini…
(a) – ihsan dalam ibadah (ka anna ka tarahu & fa innahu yaraka)
(b) – ihsan dalam pekerjaan (fa ahsinu zibha)

3) Ada ihsan (a) ke arah tasawwuf??

4) Ada banyak lagikah konsep ihsan selain (a) & (b)??

Terima kasih atas penjelasan dan perhatian sahabat ahli panel…



jawapan:


Ihsan adalah ketepatan atau kesempurnaan (perfection or precsion). Pada makna syara’ ia bermaksud melakukan sesuatu IBADAT dengan BAIK dan TEPAT sebagaimana yang diperintahkan Allah swt.

Sebagaimana didalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan :-

مَا الْإِحْسَانُ ؟ قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

Mereka yang dikatakan telah memperolehi Ihsan dikatakan telah mencapai kenikmatan ibadat seolah-olah dia melihat Allah ketika melakukan.

Ibn Rajab rh menyatakan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah beribadat seperti cara ini, menggambarkan dia hampir dengan Tuhannya, Ia memerlukan sifat TAKUT, GERUN dan TUNDUK kepada Allah swt. Sifat ini juga akan menimbulkan rasa ikhlas didalam beribadat, dan seseorang itu akan cuba memperbaiki lagi ibadatnya agar ia menjadi lengkap dan sempurna (Jami’ al-Ulum, 1/35).

Maqam pada maksud kebiasaan adalah perhentian atau tahap. Ihsan bukan seperti pangkat didalam sesuatu organisasi; seperti Sarjan, Kapten dsb. Ia hanya memperlihatkan KEADAAN seseorang atau lebih kepada SIFAT atai CIRI-CIRI tertentu. Contohnya didalam surah al-Asr; Allah menjelaskan bahawa yang dikatakan orang yang beriman atau ciri-ciri orang yang beriman adalah hamba Allah yang SOLEH, membantu didalam kerja-kerja kebenaran dan bersifat SABAR.

Begitulah juga ciri-ciri orang yang berihsan (MUHSIN) iaitu mereka ini sentiasa memperbaiki ibadatnya, tidak kira ibadat wajib mahu pun sunat, dengan melakukannya dengan penuh rasa gerun dan takut seolah-olah dia melihat Allah memerhatikannya.

Tahap Ihsan seseorang itu bukanlah tahap yang mutlak, akan tetapi ia boleh berubah2. Ia hanyalah menunjukkan keadaan sahaja. Seperti juga dengan keadaan Iman seseorang. Ahli Sunnah wa al-Jamaah berpegang kepada konsep :-

الإيمان يزيد وينقص. الإيمان يزيد بطاعة الله ، وينقص بمعصيته.

“Iman itu boleh bertambah dan berkurang,.Iman akan bertambah dengan melakukan ketaatan kepada Allah, dan akan berkurang kerana melakukan maksiat kepadanya” (al-Lajnah al-Daemah, (3/187).

Kesimpulannya, Ihsan menunjukkan keadaan atau ciri-ciri orang yang sentiasa melakukan ibadat secara khusyuk kerana merasakan Allah itu sentiasa melihat perbuatannya. Ia bukanlah menunjukkan sesuatu maqam atau kedudukan yang ampuh, akan tetapi ia menunjukkan ciri-ciri kebaikkan seseorang yang sentiasa memperbaiki ibadatnya agar menjadi lengkap dan sempurna, dan bukan sekadar ‘melepaskan batuk ditangga sahaja’, WA.

Soalan 2 – Ihsan didalam ibadat adalah satu keadaan dimana seseorang itu beribadat seolah-olah dia melihat Allah swt. Ibadat seseorang itu penuh dengan khusyuk dan dirinya berada didalam ketakutan seolah-olah berhadapan dengan Allah swt.

Ihsan juga bermaksud – perfection atau precision (ketepatan). Ketepatan sesuatu ibadat atau amalan bermakna Allah swt akan pasti menerima amalan seseorang itu. Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi amalan tersebut hendaklah diukur dengan 2 faktor :-

a. di lakukan dengan IKHLAS
b. Amalan atau Ibadat tersebut hendaklah bertepatan dengan sunnah Nabi (bukan bid’ah).

Ihsan juga menggambarkan seseorang yang sentiasa memperbaiki amalan ibadatnya. Dari segi pekerjaan pula, seseorang itu sentiasa memperbaiki kualiti perkerjaannya (Quality output). Firman Allah swt :-

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” [surah al-Mulk : 2].

Ayat diatas ini menjelaskan bahawa syarat ibadat yang Allah lihat adalah pada “baiknya amalan” dan bukannya “banyaknya amalan”. Kalau didalam ibadat, baik sesuatu amalan itu ialah dari segi kualiti ibadat; maksudnya beramal mengikuit sunnah Nabi . Selepas itu barulah dilihat pada kuantiti yang dilakukan.

Amalan-amalan yang menepati syarat diatas apabila dilakukan dengan penuh khusyuk, mudah-mudahan akan merasai keadaan beribadat seolah-olah kita melihat Allah swt semasa melakukannya.

Soalan 3 – Ini cuma persoalan istilah. Kalau mempelajari ilmu Aqidah itu dikategorikan sebagai ilmu TAUHID, dan mempelajari hukum hakam solat dinamakan FIQH, maka ilmu-ilmu akhlak, budi pekerti, adab, khusyuk, khauf, ihsan bolehlah di namakan ilmu TASAUF. Akan tetapi tidaklah ia dikategorikan kepada fahaman-fahaman yang melampau seperti wahdatul wujud dan sebagainya.

Soalan 4 – Ihsan hendaklah dilihat dari perspektif yang menyeluruh, iaitu keseluruhan kehidupan seorang Islam itu. Drs Sidi Gazalba penuh menyatakan bahawa perjalanan seorang Islam itu kalau boleh dinamakan peringkatnya, boleh dikategorikan kepada 5, iaitu : Muslim (orang yang Islam), Mukmin (orang yang beriman), Muhsin (orang yang Ihsan), Muhklis (Orang yang ikhlas) dan Muttaqin (orang yang bertaqwa). Kategori ini Cuma melambangkan hal atau keadaan seseorang sahaja dan tidak merujuk kepada maqam atau derajat masing-masing.

Sekian, wassalam

Tentang Dajjal







Saya telah membaca bermacam-macam artikel tentang Dajjal di dalam blog lain. Maklumat tentangnya saya cuba kongsikan dengan anda.Pelbagai Andaian dan pendapat tentang Dajjal yang telah saya dengar. Walaubagaimanapun kita wajib mempercayai bahawa Dajjal dan Yakjud Makjud itu wujud. Di sini adalah artikel yang saya dapat dari blog mengenai latar belakang.Cuba anda semua fahaminya dengan kaedah dan logik akal. Kebenaran dan Kepalsuan terletak pada anda,kerana di zaman sekarang wujudnya tipu daya Dajjal atau Israelliyat di dalam setiap sistem dan kehidupan kita.





Asal-Usul Keluarganya:


Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal;

Ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.





Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua.

Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah.

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.



3. Kepantasan Perjalanannya dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.



Sumber : Coklat9 Community Wordpress

Ihsan Dalam Kehidupan



“Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu”
Ungkapan tinggi seorang Nabi, pada hadith Islam, Iman dan Ihsan itu, saya baca berulang kali.

Beribadah seakan kamu melihat Allah.


Tidak sukar untuk saya fikirkan, betapa besarnya kesan beribadah di dalam solat, atau beribadah di dalam pekerjaan dan muamalat, jika diri sampai merasa melihat Allah.

Seumpama saya diberi soalan peperiksaan oleh pensyarah, dan beliau berdiri di hadapan saya memerhatikan setiap jawapan yang saya tuliskan. Pasti sahaja saya menulis dengan cermat, sentiasa rasa gelisah apakah jawapan yang dicatat itu sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh pensyarah saya. Tidakkah serta merta beliau kecewa dan marah, jika saya menjawab dengan apa yang menyalahi ajarannya.

Tertekan, dan tiada ruang untuk sambil lewa.

Seumpama saya di tempat kerja, majikan sentiasa berdiri di sisi, memerhatikan saya, tetapi yang lebih utama adalah saya sendiri sentiasa memerhatikan dia. Tidak mungkin kerja saya sambil lewa, kerana saya tahu dia yang menggaji dan menilai kerja saya, sedang berada jelas di sisi saya, di hadapan perhatian saya.

Ia kemuncak tumpuan dan perhatian.

Namun tidak semudah itu untuk saya merasainya. Dalam banyak keadaan, pensyarah tidak berdiri di sisi meja saya. Dalam suasana sebenar di tempat kerja, lazimnya saya bertindak dan bekerja di bawah pemantauan yang minimun. Majikan jarang ada bersama.

Tetapi kertas jawapan saya tetap akan dibaca oleh pensyarah. Saya tetap akan kembali menemuinya di hari-hari mendatang. Kemarahan dan kekecewaannya terhadap performance saya, tetap akan memberi kesan pada hubungan saya dengan pensyarah, pada satu hari dan masa di hadapan kelak.

Malah jika majikan saya tiada bersama, tempat kerja saya sentiasa ada CCTV yang memerhati. Ada pegawai yang membuat laporan kualiti kerja saya. Akhirnya, apa sahaja yang saya lakukan di belakang majikan, tetap akan sampai dan terpampang di hadapannya.

Maka jika saya tidak dapat menimbulkan rasa pensyarah dan majikan memerhati, saya sepatutnya masih mampu mengekalkan amanah terhadap pekerjaan, dengan memelihara rasa diri ini diperhati.

Itulah tingginya peranan Ihsan sebagai pencetus usaha terbaik, dalam setiap ibadah dan pekerjaan. Tidak sambil lewa, malah semuanya dilakukan dengan sepenuh upaya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Apa itu Ihsan

Umumnya perkataan ‘ihsan’, ‘hasan’, ‘ahsan’ dan semua kata yang berkaitan itu, dihubungkan dengan perkataan ‘baik’ sebagaimana tertulis di kamus bahasa Arab. Jika ‘ihsan’ diertikan ‘baik’, maka ‘muhsin’ adalah ‘orang yang baik’, atau ‘orang yang suka berbuat baik’, dan seterusnya. Tapi apa bezanya ‘ihsan’ atau ‘hasan’, dengan ‘khair’ (baik)? Sebenarnya istilah tersebut hanya khusus kepada makna dan maksud sahaja.

Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu."

(Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab)

Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu. Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman.

Ihsan bererti baik. Kenapakah manusia mula menjadi baik?. Kerana mereka merasa diri mereka diperhatikan oleh Allah.Setiap perkara yang mereka buat,seperti bermasyarakat,muamalat,beribadah dan sebagai adalah kerana mereka diperhatikan. Dan mereka yakin akan ganjaran yang akan Allah kurniakan kepada mereka.

Begitulah Ihsan jika semua mengetahui hakikat ihsan itu. Mereka akan merasa diperhatikan dan dibantu oleh seseorang. Berbuat baik akan dibalas dengan Baik.

Sengketa Hati dan Akal

Bila hati dan akal mula disaluti kedegilan,kebanggaan,kesombongan,kekeliruan dan ketidak kepercayaan.Hati mula membentuk sesuatu yang tidak dapat di terima oleh akal.
Hati yang bersih adalah hati yang cuba bersyukur untuk sesuatu kebaikan dan melindungi dari sesuatu perasaan jahat. Akal yang waras adalah berfikir secara logik dan positif untuk sesuatu kebaikan dan melindungi dari pemikiran negatif.

Apabila Hati diselubungi rasa iri hati,sombong dan negatif. Hati mula merasa sakit dan tidak keruan. Hati mula luka sehingga jasad tidak senang untuk bergerak lalu merasuk akal supaya menjadi negatif. Wujudlah sesuatu keadaan yang tidak diingini oleh keadaan sekeliling.Hati yang terlalu berkehendak,hati yang terlalu tinggi permintaan sehingga melebihi kekuatan akal membuatkan jasad bertindak melampaui batas.

Apabila Akal dirangkumi bayangan perbuatan negatif dan melebihi tahap. Akal mula dibayangi dengan keadaan huru hara. Akal mula tidak waras sehingga mata dikaburi dengan pelbagai andaian negatif. Wujudlah perasaan marah dalam hati dan pemikiran yang tidak sepatutnya sehingga akal menolak semua kebenaran,menjadi ragu-ragu dan tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana palsu.

Lalu wujudlah sengketa Hati dan Akal,yang membuat perasaan masing-masing berasa kosong.Sehingga tidak mengambil tahu antara satu sama lain lalu terputuslah Sillaturahim.Lalu wujudlah sengketa Hati dan Akal,yang tidak dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.Sehingga tercetus pelbagai andaian dan konfrontasi,masing-masing dengan hal masing-masing.Halal jadi haram dan sebagainya.Lalu wujudlah sengketa Hati dan Akal,yang ingin menjatuhkan antara satu sama lain.Tidak senang dengan kesenangan orang lain,tidak merasa puas dan bersyukur,menghendaki sesuatu perkara dan benda melangkaui keupayaan dan sebagainya.Akal bersengketa dan Hati menderita.

Berpaling dari Sifat-sifat Jahil

Ya Allah! Ampunilah kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui’ Amin! Amin! Amin! Ya Rahman! Ya Rahim! Ya Ghafur! Ya Rab bal A’lamin!.

Antara akhlak mulia Rasulullah saw adalah beliau tidak pernah marah kerana urusan peribadinya. Akhlak ini mewajibkan seorang daie supaya tidak emosi, sekiranya ia mendengar sindiran, tohmahan dan celaan terhadap dirinya, kerana ‘tipu helah kejahatan tidak akan menimpa kecuali ke atas pelakunya sendiri’ rujuk surah Fathir ayat 43. Bahkan Allah memberi jaminan akan melindungi para hambaNya yang soleh. ‘dan dia melindungi orang-orang yang soleh’ rujuk surah al A’raf ayat 196.

Jadi berpaling dari orang-orang yang jahil termasuk diantara salah satu makna kesolehan. Justeru itu seorang daie perlu menyedari bahawa cara menghadapi seteru dalam hal seperti ini tidaklah sekeras menghadapi musuh dalam medan pertempuran. Begitu juga dalam menghadapi musuh di medan perang tidak semestinya dengan cara menyerang saja, kadangkala dengan cara bersembunyi dan diam.

Ketika Abu Sufian berteriak dengan suaranya yang keras dan lantang terhadap kaum muslimin di perang Uhud; Apakah Muhammad masih ada di kalangan kamu? Apakah Abu Bakar masih hidup di kalangan kamu? Apakah Umar masih hidup di kalangan kamu? Tidak ada seorang yang menjawab, pada hal jawapan pada masa itu akan lebih membangkitan kemarahan Abu Sufian dari berdiam tanpa menjawab. Keadaan atau suasana ketika itu mengharuskan kaum muslimin untuk diam. Sikap berdiam ini di bolehkan ketika dalam medan peperangan, maka dalam kehidupan sehari-hari tentu adalah lebih utama lagi.

Wahai saudara-saudaraku yang dikasihi! Sesungguhnya kita adalah pendakwah, janganlah kita menjatuhkan darjat dakwah kita yang tinggi ke dalam lembah saling melemparkan ucapan-ucapan yang buruk. Allah swt tidak akan memaafkan kita apabila kita meninggalkan darjat kemuliaan yang telah dikurniakanNya kepada kita dengan alasan orang lain telah mengheret kita kepada kehinaan.

Ini kerana seorang mukmin tidak akan meninggalkan darjat keimanannya disebabkan oleh tipu rayu syaitan atau kejahilan orang-orang jahil. Kita mesti menggagalkan tujuan mereka dengan cara diam dan tidak menghiraukan hasutan mereka, disamping memandang mereka dengan rasa kasihan dan kasih sayang. Kita wajib berkata kepadanya ‘Ya Allah, ampunilah kami dan dia, tunjuklah kepada kami dan dia, janganlah Engkau menjadi kami marah kerana urusan peribadi dan janganlah Engkau jadikan sesuatu amal kami atas dasar hawa nafsu’

Mudah-mudahan dengan kita mengucapkan doa tersebut, hati kita akan dipenuhi oleh ketenangan dan ketenteraman, bahkan kita semakin merasakan nikmat dalam tugasan dakwah.


Sumber : ustaz Muhammad Ismail