Mengenai kata-kata pakcik ini mereka telah pun mencipta perkara-perkara yang
menjurus kepada duniawi dan ia akan menarik hati-hati kita terutama umat Islam
untuk lebih cintakan dunia dan melupakan akhirat.
Lihatlah manusia zaman sekarang. Apa yang dikejar oleh mereka? Kemewahan dan
keseronokan semata-mata! Saya tertarik dengan kata-kata dari Bishop tersebut:
LUCIFER(Iblis) TELAH BERPUTUS ASA TERHADAP PERKARA-PERKARA YANG BESAR
MAKA MUHAMMAD S.A.W. MENGINGATKAN KAWAN-KAWANYA AKAN PERKARAPERKARA
YANG KECIL(ZARAH) DAN KEROSAKAN YANG SEKECIL ZARAH TELAH
BERLAKU DIDALAM ISLAM SEDIKIT DEMI SEDIKIT SELEPAS MUHAMMAD S.A.W.
DIAMBIL TUHANNYA.
KERANA TUHAN KEPADA MUHAMMAD S.A.W. MENGHITUNG PAHALA DAN DOSA
SEKECIL ZARAH DAN IKATAN ZARAH-ZARAH INI BOLEH MENJADI LONGGAR DENGAN
DIHENTAM OLEH DAYA SEKECIL ZARAH SECARA BERTERUSAN. MAKA SEKECIL
ZARAHLAH KAMI MEMBINA PERKARA-PERKARA DI DUNIA INI DAN SELEBIHYA LUCIFER
AKAN MENGURUSKANYA
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W:
18
"Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
Antara 'barangan mereka yang telah digunakan oleh umat Islam hari ini.
1. Kita diajar di dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan mereka)
bahawa jika ingin mendapatkan vitamin B serta ingin menambah darah di
dalam badan kita, kita perlulah makan hati haiwan dan hati ayam. Akan tetapi
sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W tidak menggalakkan pemakanan organ
dalaman. Sebenarnya dengan memakan hati ayam ia akan melembapkan otak
kita kerana hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan
dineutralkan. Maka kepekatan toksin adalah tinggi di dalam hati haiwan.
2. Kita diajar di dalam sains bahawa kopi tidak elok untuk kesihatan. Namun
sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W ,
selain susu dan madu. Cuba kita lihat kaum Yahudi, mereka adalah peminum
kopi contoh yang sangat jelas adalah Starbuck. Profesor di kebanyakan
universiti UK yang berbangsa Yahudi akan memiliki sekurang-kurangnya segelas
kopi ditangani mereka.
3. Kita turut diajar bahawa dengan daging kambing memiliki tahap kolesterol
yang tinggi, namun kambing juga adalah makanan Nabi Muhammad S.A.W .
Propaganda mereka seolah-olah ingin merendahkan dan menidakkan cara
pemakanan Nabi Muhammad S.A.W. Sebenarnya daging kambing adalah
daging yang paling kurang kandungan kolesterol.
3. Mereka mengwar-warkan bahawa McDonalds adalah bagus, namun
sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan
kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu Trans.
4. Mereka juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang tidak
berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Jika kita mengetahui. Coke sangat
beracun, ia juga tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam
lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Hari ini apa yang kita lihat Orang
Melayu serta umat islam kita amat ketagih akan minuman ini.
5. Untuk pengetahuan, mereka juga telah menguar-uarkan kebaikan pada
minuman soya (USA merupakan pengeluar soya terbesar di dunia), namun
hakikatnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan
kesuburan lelaki serta perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan
risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak
dan tulang kerana di dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan
estrogen pada wanita. Dia dalam soya juga terdapat phytic acid yang
menyebabkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk
badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya mereka telah pun menyusun strategi dari pelbagai sudut
untuk diprogramkan dalam melemahkan umat Islam. Hanya kita sedar atau pun
tidak
Firman Allah s.w.t:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi
baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya
Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
|Q.s Al-Baqarah:168|
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang
halal lagi baik dan bertakwa lah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu
beriman.
|Q.s Al-Maidah:88|
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah
dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan
bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahnya
semata-mata.
|Q.s An-Nahl: 114|
Aku: Apa yang saya perhatikan dari awal perbincangan kita, pak cik hanya
menceritakan tentang kehebatan-kehebatan orang pakcik sahaja seolah-olah
tiada pun perkara yang merisaukan pak cik. Cuba kita lihat hari ini berapa ramai
orang Kristian yang memeluk agama Islam. Adakah pakcik tidak risau akan
fenomena tersebut? Apa tindakan pihak gereja?
Jiran: RISAU? ALANGKAN UMAT ISLAM SENDIRI HILANG ISLAM YANG SEBENAR,
INIKAN PULA YANG BARU MEMELUK ISLAM. YA,RAJA KAMI (PAUS) PAPA
BENEDICT PERNAH MEMBERI TAHU SAYA BAHAWA KAMI TIDAK AKAN
MENEMUKAN MUHAMMAD S.A.W. SEBELUM DIA BERJAYA MENEMUKAN KAMI
DI KHALAYAK RAMAI.
Aku: Tapi pakcik, orang Islam percaya bahawa akan tiba suatu masa nanti, di
mana seorang pemuda akan dilantik untuk meneruskan perjuangan dan misi
Nabi Muhammad S.A.W. Dia adalah imam mahdi.
Jiran: BAGAIMANA JIKA SAYA KATAKAN BAHAWA DIA SENDIRI TIDAK TAHU
SIAPAKAH DIRINYA, DIA HANYA MENGETAHUI KEBENARAN DAN
MELAKSANAKANNYA HANYA KERANA PERASAAN TANGGUNGJAWAB,
PERLANTIKANYA SEBAGAI MUHAMMAD S.A.W. ITU MENANDAKAN USAHANYA
TELAH BERHASIL DAN BUKANNYA BARU BERMULA.
Aku: Mengapa pakcik menyatakan bahawa beliau berjuang sebelum dilantik?
Jiran: INILAH YANG AMAT MERISAUKAN KAMI, AL-QURAN DAN MUHAMMAD
S.A.W YANG TERDAHULU TIDAK AKAN MENIPU. TETAPI ADA SEDIKIT HELAH
YANG DISEMBUNYIKAN DARIPADA KAMI, MANA MUNGKIN DENGAN MUDAH
UNTUK BERKATA DIA MUNCUL DAN DILANTIK. JIKA BEGINI MUDAH SAHAJA
KAMI MENEMUKANNYA.
PAPA BENEDICT ADA MENYATAKAN BAHAWA MUHAMMAD S.A.W KALI INI
BERBEZA DENGAN MUHAMMAD S.A.W TERDAHULU, ULAMA-ULAMA KAMU
DIBIARKAN HIDUP KERANA MUHAMMAD S.A.W SEDIKIT PUN TIDAK
MENYERUPAI MEREKA.
MUHAMMAD S.A.W AKAN KELIHATAN SEPERTI PENJENAYAH, ORANG YANG
MELAKUKAN KESALAHAN TETAPI HAKIKATNYA DIALAH YANG MEMBAWA
KEBENARAN. SEDANGKAN KAMI PULA SEPERTI ORANG BAIK YANG AKAN
MEMPERJUANGKAN NASIB KAMU SEMUA.
YA, KERANA DIA TIDAK MAHU KEBENARAN TERTANGGUNG DI BAHUNYA,
KAMU TIDAK AKAN MENEMUI SEBARANG HURUF-HURUF, ABJAD-ABJAD DAN
AYAT-AYAT DIDALAM USAHANYA.
Aku: Jika begitu siapa pula yang akan menjadi pengikut imam mahdi,
bagaimana mereka boleh mengetahuinya.
Jiran: KALAU KAMU MAHU TAHU. KAMU DATANG KEPADA SESIAPA SAHAJA
DAN KEMUDIAN CERITAKAN KEBENARAN KEPADA MEREKA, SELEPAS KAMU
MENDAPAT TEMPAT DI HATI MEREKA. MEREKA AKAN MENGATAKAN KAMU
ADALAH ORANG-ORANG YANG BAIK-BAIK DAN PERKATAAN KAMU ADALAH
PALING BENAR.
OLEH ITU KEBENARAN SUDAH TERTANGGUNG DI BAHU KAMU,MEREKA
MELIHAT KAMU DAN NAMA.
KEMUDIAN KAMU BERSIKAP BURUK LALU KAMU PERHATIKAN SAJA RAGAM
MEREKA. MEREKA AKAN MENGATAKAN KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG
PALING JAHAT DAN KESEMUA KATA-KATA MU ADALAH DUSTA.
MEREKA ADALAH ORANG YANG PALING LEMAH KERANA MEMERLUKAN
KEBAIKAN KAMU DEMI MEMBUAT KEPUTUSAN SAMA ADA CERITA YANG KAMU
JAJA ITU BENAR ATAU DUSTA.
DAN ORANG YANG GAGAH ADALAH MEREKA YANG TIDAK MEMERLUKAN
KEBAIKAN KAMU UNTUK MEMUTUSKAN BAHAWA CERITA KAMU ITU BENAR
DAN TIDAK MEMERLUKAN KEJAHATAN KAMU UNTUK MEMUTUSKAN BAHAWA
CERITA KAMU ITU DUSTA. MEREKA INI ADALAH ORANG-ORANG YANG AKAN
MENYERTAI MUHAMMAD S.A.W. ”PERMATA YANG HILANG DARI TANGAN
ORANG MUKMIN” AKAN KEMBALI SEMULA KEPADA TUANYA KERANA MEREKA
ORANG YANG SUDI MENERIMANYA TIDAK KIRA BAGAIMANA IA AKAN DATANG
DAN MEREKA ADALAH ORANG YANG BENAR-BENAR YAKIN BAHAWA
KEBENARAN ITU MILIK TUHAN DAN MUHAMMAD S.A.W HANYALAH SEBAGAI
PENYAMPAI YANG DIWAHYUKAN.
(Jadi selepas jiran memberitahu akan perkara tersebut saya cuba menduga
akalnya dengan mengajukan beberapa pertanyaan untuk mengetahui akan
kebenarannya serta mengetahui golongan mana yang dimaksudkan)
Sehebat mana perancangan mereka, hebat lagi perancangan Allah
Jiran: INILAH YANG MERISAUKAN KAMI, AL-QURAN DAN MUHAMMAD S.A.W
YANG TERDAHULU TIDAK AKAN MENIPU TETAPI ADA SEDIKIT HELAH YANG
DISEMBUNYIKAN DARIPADA KAMI, MANA MUNGKIN DENGAN MUDAH UNTUK
BERKATA BAHAWA “DIA” MUNCUL DAN DILANTI JIKA BEGINI MUDAH SAHAJA
KAMI MENEMUKANNYA.
...mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka),
kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
|Qs. Al Anfal: 30|
Aku: Melalui pengamatan saya, pak cik dan yang lain memiliki rupa paras dan
wajah yang lebih kurang serupa sahaja. Malah wajah “paus” juga kelihatan
seperti wajah pakcik, wajah pak cik sama seperti “paus”. Sekarang ni agak susah
untuk saya bezakan antara wajah kaum yahudi dan orang-orang Amerika dan
Eropah ia kelihatannya seperti serupa, mengapa ya wujudnya fenomena
begitu?
Jiran: ORANG SEPERTI KAMU APABILA MELIHAT WAJAH MANUSIA, ITULAH
YANG AKAN KAMU KATAKAN AKAN TETAPI BERLAINAN PULA PADA KAMI, KAMI
MELIHAT WAJAH MANUSIA TEMBUS KE LUBUK HATI MEREKA, APA YANG
MEREKA LALUI SEHARI-HARI DAN APA YANG TERDAPAT PADA JIWA MEREKA
SEHINGGA MENYEBABKAN WAJAH MEREKA SEPERTI ITU DAN INI.
Aku: Maka apa kaitan kehidupan seharian dengan jiwa serta wajah. Jika awak
menggunakan alat solek nescaya muka mereka turut akan berubah.
Jiran: (PAUS) PAPA BENEDICT PALING ARIF AKAN HAL INI. KAMI GELARKAN DIA
SEBAGAI “MILLON SOUL MAN”. YA, TERDAPAT BERJUTA- JUTA JENIS JIWA
MANUSIA DIDALAM DUNIA INI, PERBEZAAN JENIS JIWA-JIWA ITU TERAMATLAH
KECIL UMPAMA TEBAL KERTAS YANG DIBAHAGI 1000. SESEORANG YANG
NAMANYA PAUS, MAMPU MENGHITUNGNYA WALAUPUN DI DEPANNYA ADA
JUTAAN MANUSIA. DIA MAMPU MENYEBUT MEREKA SATU PERSATU. INI
ADALAH KEMAMPUAN MUHAMMAD S.A.W TERDAHULU DAN KAWAN26
KAWANNYA AKAN TETAPI KINI IA MENJADI MILIK KAMI.
PERASAAN KAMU ITU TERHASIL DARI GERAK BALAS TERHADAP “BARANGAN
BUATAN KAMI”. PENGGUNAAN DAN PERKARA ITU KAMU LAKUKAN SETIAP
HARI, IA SEOLAH-OLAH SEPERTI AIR YANG MENITIS MEJADI LOPAK, BILA LOPAK
ITU KELIHATAN IA TELAH MENJADI JIWA. HURUF-HURUF, ABJAD-ABJAD DAN
AYAT-AYAT TIDAK LAYAK SEBAGAI BAHASA, MAKA WAJAH KAMU ADALAH
SEBAIK BAHASA YANG MAMPU MENERANGKAN APA YANG TERKANDUNG
DIDALAM HATI KAMU. CANTIK ATAU HODOH BUKAN PENENTU TAPI TERANG
ATAU MALAP CAHAYA DI WAJAH KAMU ITU SEBENARNYA.
Aku: Jika tidak salah sebentar tadi pakcik menyatakan bahawa terdapat berjuta
jiwa manusia. Terlalu banyak rasanya, bagaimana ia boleh menjadi begitu. Apa
yang saya lihat manusia hanya memiliki 4 jenis jiwa. Jahat, sederhana, baik dan
sangat baik. Hairanya gereja mampu melihat berjuta-juta jenis jiwa. Suatu
keajaiban pula.
Jiran: SEBAB ITU KAMI MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS AKTIVITI KEHIDUPAN
MANUSIA YANG TIADA PADA ZAMAN MUHAMMAD S.A.W DAHULU. SEHINGGA
KE HARI INI TERDAPAT PELBAGAI PERANAN MANUSIA YANG PALSU. CUBA
KAMU PERAMATI DARI KECIL KAMU KE SEKOLAH, KE UNIVERSTI KEMUDIAN
BEKERJA. DI DALAMNYA TERDAPAT BERJUTA - JUTA PEKERJAAN, MAKA
BERJUTA-JUTA AKITIVITI TELAH DILAKUKAN OLEH ITU TERHASILAH BERJUTAJUTA
JIWA.
MANUSIA SANGAT BODOH. MEREKA BEGITU MENYAYANGI PEKERJAAN,
MALAH KAMI BUATKAN MEREKA TERSEPIT JIKA TIADA KERJAYA. OLEH ITU
MEREKA AKAN MENYAYANGINYA. MALAH BEREBUT – BEREBUT PULA UNTUK
MEMILIKINYA.
Aku: Untuk apa mereka mewujudkn berjuta-juta jiwa manusia. Apa
kepentingannya kepada orang-orang pak cik . Patutlah pakcik kelihatan tidak
bekerja, hanya bersembahyang sahaja.
Jiran: TERDAPA PELBAGAI AGAMA DI DALAM DUNIA INI, WAJAH-WAJAH
MANUSIA BERGANTUNG KEPADA AGAMA YANG MEREKA ANUTI, WAJAH
ORANG-ORANG ISLAM LAIN, WAJAH ORANG KRISTIAN LAIN, WAJAH ORANG
YAHUDI PUN BERBEZA DAN BEGITULAH PADA SEMUA AGAMA. PERBEZAAN
WAJAH MANUSIA PADA MASA ITU SANGATLAH KETARA KERANA AKTIVITI
SEHARIAN MEREKA BERLAINAN, AKTIVITI SEHARIAN MEREKA ADALAH HANYA
KEPADA KEAGAMAAN, TIDAK WUJUD PERKARA LAIN.
OLEH SEBAB ITU KAMI BERUSAHA UNTUK MELUCUTKAN WAJAH-WAJAH
AGAMA DALAM DIRI MEREKA. MAKA KAMI CIPTAKAN PELBAGAI AKTIVITI
KEHIDUPAN YANG KAMU LIHAT PADA HARI INI. MAKA WAJAH MEREKA AKAN
KELIHATAN SAMA DAN SERUPA SAHAJA MAKA JIWA MEREKA PASTI SAMA.
MISALNYA BEGINI. CUBA KAMU LIHAT WAJAH ORANG YANG BERUMUR 2O
TAHUN PADA HARI INI,DAN KEMUDIAN LIHAT WAJAH ORANG YANG
MEMPUNYAI UMUR YANG SAMA,TETAPI HIDUP PADA 30 TAHUN YANG LEPAS
MAKA KAMU BANDINGKAN, ADAKAH SAMA?
(ini yang menyukarkan. Maka aku termenung sebentar, akal aku balik ke
Malaysia)
Aku: Ada benarnya juga kata-kata pak cik, jika di Malaysia, perbezaan generasi
memang jelas ketara. Saya dapat lihat muka orang-orang muda, Melayu dah
menyerupai cina dan begitulah sebaliknya. Kadang-kadang jika tengok gambar
di ruangan-ruangan social seperti facebook, my space, Friendster. Agak sukar
untuk menentukan identity bangsa mereka.
Jiran: MEREKA YANG BERJUTA-JUTA JIWA ITU KAMI GABUNGKAN AKTIVITI
KEHIDUPAN MEREKA UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH WAJAH MANUSIA BARU,
JIWA MANUSIA BARU, JIWA TANPA AGAMA PADANYA, YANG TIDAK TERDAPAT
PADA MANA-MANA ZAMAN SEBELUM INI.
DAN MEREKA ITU ADALAH JIWA KEPADA PEMILIK WAJAH YANG KAMU
PANGGIL MEREKA SEBAGAI. ”CUTE”
KAMU LIHATLAH! GOLONGAN SEPERTI MEREKA SEMAKIN MEMBANJIRI SETIAP
PELUSUK DUNIA. SEMAKIN MELIMPAH MEMENUHI BANGSA DAN AGAMA
SENDIRI. MAKA TAMATLAH RIWAYAT AGAMA SEDUNIA.
Aku: Mereka yang berwajah “cute”? macam bangs saya, Melayu. Saya memang
perasan perubahan dan persamaan muka mereka, kelihatan tidak seperti
Melayu, macam orang agama budha pun tidak. Kini ia merupakan suatu
fenomena.
Jiran; LIHAT SAHAJA DI ALAM MAYA (internet). MEREKA BENAR-BENAR
MENYUKAI WAJAH MEREKA MALAH BERASA BANGGA, PADAHAL MEREKA
TIDAK MENYEDARI KEROSAKAN JIWA MEREKA. GOLONGAN INI ADALAH
GOLONGAN-GOLONGAN YANG BERPOTENSI UNTUK DIMURTADKAN DAN
MENYEBAH KAMI DALAM SEDIKIT MASA LAGI.
Aku: Bagaimanakah orang-orang pakcik menghitung potensi mereka untuk
diperlakukan sebegitu?
Jiran: KAMU DATANG KEPADA MEREKA, KEMUDIAN KAMU SURUH MEREKA
MEMBENCI WAJAH MEREKA SENDIRI KEMUDIAN LIHATLAH, MEREKA AKAN
MEMPERTAHANKAN WAJAH MEREKA DAN MEREKA PULA BERKATA BAHAWA
KAMU INI ORANG GILA. INGATLAH BAHAWA TUHAN KEPADA MUHAMAD
TELAH MEMBERIKAN KAMI RAMAI PENGIKUT DARI KAUM HAWA.
Aku: Jikalau begitu golongan ini telah dipersiapkan untuk dajal ke?
Jiran: YA, MEREKA ADALAH GOLONGAN PALING LEMAH, JIWA - JIWAMEREKA
BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA “BARANG BUATAN KAMI” DAN MEREKA
YANG LAIN JIKA TIDAK SEMPAT DIDATANGI OLEH DAJJAL MAKAN MEREKA
AKAN DIURUSKAN OLEH LUCIFER. (syaitan)
LUCIFER AKAN DATANG KETIKA WAKTU AJAL MENJELMA. LUCIFER
MEMBISIKKAN KE TELINGA MEREKA AKAN PERTOLONGAN DARI SAKITNYA
MAUT DENGAN JANJI-JANJI YANG MENYESATKAN, JIKA MEREKA BERSETUJU
TERHADAP JANJI-JANJI YANG DITABURKAN MAKA MEREKA AKAN DIHANTAR KE
NERAKA BUAT SELAMA-LAMANYA.
FENOMENA INI TELAH PUN BERLAKU.
No comments:
Post a Comment