Islam bukan ideologi.Islam adalah WAHYU. Manakala ideologi (saperti demokrasi, nasionalisme, komunisme. Sosialisme, kapitalisme dan segala isme isme) itu dari buah fikiran manusia.Tentu wahyu yang datang dari ALLAH itu jauh lebih beza dengan akal fikiran yang ALLAH ciptakan untuk manusia.Maka memperjuangkan Islam tidak mungkin sama dengan kaedah memperjuangkan ideologi. Kiranya sama, apa istimewanya lagi agama ALLAH itu di bandingkan dengan ideologi bikinan manusia.
Namun satu hakikat yang tidak boleh dinafikan lagi sedang berlaku ini ialah pejuang pejuang Islam memperjuangkan untuk tegak undang undang ALLAH sama saperti pejuang pejuang ideologi memperjuangkan hukum hukum dan ideologi mereka.Yakni dalam méngajak masyarakat melaksanakan hukum hukum tersebut, tujuannya bukan untuk taat dan patuh kepada ALLAH tetapi kerana lain lain kepentingan.Misalnya kerana ingin menyelesaikan masaalah atau kerana fanatik agama atau kerana undang undangnya bagus atau tidak tahan dengan keadaan masyarakat yang rosak.
Kalau dalam negara ideologi, rakyat takut buat salah kerana takut ditangkap polis, maka begitulah juga rakyat dalam negara Islam yang para pejuang nya mendidik rakyat untuk takut pada hukuman dan tidak atas dasar patuh kepada ALLAH.Yang mana kalau mereka rasa selamat dari pada hukuman dan tangkapan, mereka akan lakukan kejahatan itu. Ini tidak bermaksud bahawa hukuman dan undang undang tidak perlu, tetapi ia adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan kejahatan dari orang yang sudah tidak boleh dididik lagi. Hukuman bukan dasar atau asas pendidikan.Ia pilihan terakhir.
Asas pendidikan Islam ialah ketaatan pada ALLAH. Sekalipun pejuang pejuang Islam itu tentunya sedar bahawa Islam jauh lebih bezanya dengan ideologi , samada dari segi kesempurnaan undang undang, tujuan melaksanakannya, teknik perjuangannya atau hasil yang di perolehinya, namun sewaktu mereka memperjuangkannya, mereka lakukan sama saperti apa yang di lakukan oleh pejuang pejuang ideologi. Khususnya dari segi maksud méngajak orang ramai melaksanakan Islam itu, bukan atas dasar pengabdian kepada ALLAH, tapi kerana hukum hukum itu kalau di laksanakankan boleh menyelesaikan masaalah mereka. Yakni bukan méngajak orang kepada ALLAH tapi kepada undang undang ALLAH tanpa perlu berhubung dengan ALLAH.Lalu hasilnya juga sama yakini hukum dapat didaulatkan secara bertulis di Parlimen dan mahkamah mahkamah tapi ianya tidak di taati sepenuhnya oleh masyarakat.Hasilnya masyarakat tidak berubah.
Hukum yang di daulatkan itu seolah olah tidak memberi kesan apa apa pada manusia manusianya samada dari segi pergaulan, akhlak, ibadah, disiplin, ukhuwah dan lain lain lagi. Masaalah masaalah yang timbul dalam masyarakat pun tidak berebeza – krisis, kecurian, tipu, kemiskinan, zina rogol dan lain lain lagi.Sebabnya, masyarakat tidak mampu untuk meninggalkan kejahatan kejahatan itu. Walaupun mereka tahu undang undang tidak membenarkan ianya berlaku, tapi ketaatan kepada undang undang dan ketakutan pada hukumannya tidak kuat mendorong mereka agar meninggalkan kejahatan kejahatan itu semua.Tidak sekuat dorongan taat dan patuh kepada ALLAH.
Hasilnya hampir hampir tiada bezanya ciri ciri masyarakat dalam negara Islam itu dengan ciri ciri masyarakat dalam negara sekular. Hingga kita tidak nampak istimewanya negara Islam dengan negara bukan Islam. Begitulah akibatnya bila kita ambil teknik yang sama dalam memperjuangkan dua undang undang yang berbeza. Tamsilannya ialah saperti kita memilih jalan yang sama untuk sampai ke dua tempat berbeza. Al hasil, kita sampai ke tempat yang sama juga. Untuk sampai ke tempat yang berbeza, sepatutnya jalannya juga mesti berbeza.
Bila katakan Islam mampu menyelesaikan masaalah manusia, tentunya kita mempunyai cara supaya undang undang itu benar benar menyelesaikan nya. Rahsianya undang undang itu di tegakkan atas dasar taat dan patuh pada ALLAH dan bukan kerana yang lain.
Bukti jelas boleh di lihat pada Arab Saudi dan Pakistan.Akibat memperjuangkan Islam dengan maksud yang sama saperti orang perjuangkan ideologi, yakni untuk mencari jalan keluar kepada masyarakat atau untuk menegakkan hukum yang paling baik (bukan kepada ALLAH), maka jadilah Arab Saudi “negara Quran dan Hadis” itu dan Pakistan “Islamic Country” negara yang undang undang bertulis Islam tapi masyarakatnya tiada beza dengan masyarakat dalam negara sekular.
Tulisan Cikgu Ku
No comments:
Post a Comment