Monday, April 18, 2011

Muhasabah

Sememangnya orang yang berpegang kepada Islam yang benar akan diuji dan diuji (rujuk Surah Ankabut Ayat:2). Namun, umat Islam ini di berikan Doa supaya berdoa semoga ujian yang diturunkan Allah itu tidak melebihi bebanan yang sanggup dipikulnya. Doa adalah senjata Umat Islam. Untuk menggunakan senjata sekalipun, umat Islam wajib berilmu dengan cara menuntut ilmu yang dinaqalkan atau bertali arus dari pengilang/pembuatnya sehinggalah ke hari ini, konsepnya sama. Barulah jalan kita akan selamat.

Demikianlah skop ilmu Islam yang amat luas jangkauannya yang hanya dapat diperolehi dan dimiliki menerusi Al-Quran dan Al-Hadis dengan tuntutan menyeluruh untuk menjumpai punca atau akarnya terlebih dahulu dan kemudian barulah sehingga kepada cabang, ranting dan daunannya. Jika tidak cara ini, kita akan terus buntu ke atas pencarian Islam yang benar. Tiada cara lain kecuali dengan usaha dan kesungguhan secara keseluruhan mengenali Islam itu sendiri. Dalam tuntunan Islam, perkara cara punca dan olah satu persatu kerana cabangnya banyak. Kita tidak boleh tangkap muat untuk mengenali Islam atau untuk kesyurga.

Masalah kita, sejak kelahiran lagi kita telah disuakan dengan kebatilan yang menjauhkan manusia dari akhirat dengan nama sistem kehidupan sekular mengarah jalan menuju ke neraka.

Mengecilkan skop perbahansan, usahlah kita sentuh dahulu hal kafir kerana Islam itu sendiri telah berada di dalam 73 pecahan atau golongan. Sabda Rasullullah SAW. "Sesungguhnya ini agama(Islam) berpecah atas 73. 72 di dalam neraka dan hanya 1 sahaja di dalam syurga dan itulah JAMAAH.

Itulah sebabnya Rasullullah SAW mengatakan "Wahai manusia! Aku tinggalkan kamu dua perkara dan tidak akan sesat kamu selamanya selagi berpegang kepada dua perkara ini yakni Kitab Allah-AlQuran dan Sunnahku-AlHadis.

Di dalam surah Al-Isra, Allah menegah kita beramal agama tanpa ilmu. Maknanya amalan kita ditolak atau fatamorgana. Konsep ilmu yang benar dalam tuntunan Agama mesti secara Manqul/Naqal(perkataan dari yang hidup kehidup), Isnad Musnad(sambung menyambung dan bertali arus sampai keNabi SAW dan tidak boleh putus)dan dan muttasil yakni berwibawa.

Percayalah, bahawa inilah satu-satunya jalan menuju syurga menurut tuntutan Allah dan Rasul dan berdasarkan konsep Ahli-sunnah-wal-jamaah tulin, asli tanpa bidaah, khurafat, tahyul dan lain-lain yang lari dari Al-Quran dan Al-Hadis.

Oleh kerana perbahasan ini panjang dan perlu bersemuka secara manqul, maka saya tawarkan kepada yang berminat untuk mempelajari ilmu ini secara Percuma dan ganjarannya hanya dari Allah jua yang saya harapkan.

Untuk interaksi berpanjangan sila email saya pada alamat: cashtuner@yahoo.com

Alhamdulillah-jazakumullohu-khairoh

Hamba Allah.

No comments:

Post a Comment