Showing posts with label Kejadian Ciptaan Allah. Show all posts
Showing posts with label Kejadian Ciptaan Allah. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Mistis nombor 6666 dan Al-Quran


Sering terdengar sesetengah orang Melayu menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur'an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar.

Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian - "syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu" (6:112).

Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah calculator dan sebuah kitab al-Qur'an. Mula dari surah Fatihah yang diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian pergi ke hujung surah 2 (al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur'an yang sebenar.

Pengiraan tersebut disenangkan di sini. Disediakan di bawah ini satu senarai yang mengandungi surah-surah (menurut nombornya sahaja), jumlah ayat-ayatnya, dan jumlah kesemua ayat di dalam surah-surah itu, atau jumlah kesemua ayat kitab al-Qur'an yang sebenar:

Surah:

1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat

6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684

11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 428

16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582

21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449

26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 537

31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236

36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513

41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292

46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 165

51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304

56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 184

61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66

66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190

71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172

76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209

81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131

86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112

91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63

96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51

101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36

106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23

111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20

-----------------------------------------------------------

Jumlah besar = 6,236 ayat



Maka bilangan ayat di dalam al-Qur'an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti yang diajar ulama palsu.

Tiap-tiap surah, melainkan surah 9 (At-Taubah), bermula dengan "Bismillah." Akan tetapi hanya Bismillah yang pertama di dalam al-Qur'an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah), dikira sebagai satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di surah lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.

Andaikata bilangan 112 itu ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi 6,348, yang bukan juga sebanyak 6,666 yang keramat itu.

Perbezaan bilangan ayat di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666 adalah 430 dan 318 masing-masing. Perbezaannya besar. Di manakah pula tersimpannya ayat-ayat yang berlebihan itu?

Mungkin terdapat orang yang mempercayai ada unsur mistik pada nombor 6666 itu. Sekiranya begitu, maka mistis nombor 6666 itu adalah, tiada lain, tetapi hanya karut belaka. Kerana tiada ayat Allah daripada al-Qur'an yang tersembunyi. Tiada juga kebenaran pada kepercayaan iaitu hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui rahsianya.

Ayat-ayat Allah di dalam al-Qur'an adalah jelas dan nyata untuk dibaca dan dijadikan petunjuk bagi semua lapisan manusia di dunia. Mereka diturunkan Allah sebagai bukti yang jelas lagi nyata atas kebenaran yang sebenar. Terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang menyebut mengenainya. Antaranya adalah enam yang berikut:

1. "Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)" (2:99).

2. "Demikianlah, Kami menurunkannya sebagai ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki" (22:16).

3. "Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang menghendaki untuk menghalangi kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah'; dan mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan kedustaan yang diada-adakan'" (34:43).

4. "Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza" (2:185).

5. "Inilah bukti yang nyata bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang yakin" (45:20), dan,

6. "Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku (Muhammad) bukanlah penjaga kamu" (6:104).

Kembali kepada nombor 6,666, lalu teringat akan seorang kenalan, semasa bekerja dulu, yang mengatakan jumlah ayat al-Qur'an adalah sebanyak itu. Setelah diberitahu jumlah yang sebenar, dan bagaimana ia diperolehi, dia berkata, sedang tidak mempercayainya, bahawa dia akan bertanya "Tok Mufti" mengenainya. Tok itu adalah guru yang mengajarnya. Sangat dibanggakannya. Mahukah tidak berbangga dapat berguru atau berapat dengan seorang Mufti negeri yang manis rupa dan pertuturannya, lagi dihormati dan masyhur pula. (Mufti tersebut telah bersara beberapa tahun lalu.)

Itulah padah bagi mereka yang tidak mahu mendengar semua ucapan atau pandangan orang lain. Mereka hanya mendengar ucapan orang-orang tertentu sahaja yang disangka alim serta didewa-dewakan oleh orang ramai. Lalu bukti yang jelas dan nyata, apabila tampil ke mukanya, didustakan dengan sengaja. Sebab, ingin menerima ucapan "dewa" yang palsu dan indah, yang menipunya (atas kecuaiannya sendiri), sebagai yang hak dan benar.

Setelah Allah memperingatkan supaya mendengar semua ucapan orang, serta menggunakan minda untuk memilih dan mengikuti yang terbaik daripadanya, sesetengah orang Melayu masih dalam keraguan. Walaupun, cara itu, tambah-Nya lagi, akan membuat-Nya memberi petunjuk, namun mereka tetap dalam keadaan ragu-ragu atau lupa.

Justeru, Peringatan itu diturunkan di bawah ini untuk renungan bersama. Dengannya, berakhirlah tulisan di sini. Firman Allah:

"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda" (39:18).

Penulis Bacaan
Ogos 2002

Thursday, April 14, 2011

Al Quran dan Alam Semesta

Sains tentang Kosmologi moden , pemerhatian dan teori, dengan jelasnya menandakan bahawa pada suatu masa dahulu, seluruh alam ini tiada melainkan segumpal asap (seperti yang legap sangat tebal dan komposisi gas panas). [1] Ini adalah satu prinsip kosmologi moden standard yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Para saintis masa kini boleh memerhatikan pembentukan bintang baru dari bekas-bekas asap itu.






Gambarajah 1 : Bintang baru terbentuk dari segumpal awan gas dan debu (nebula), yang mana adalah salah satu dari bekas-bekas asap asal yang membentuk alam semesta. (The Space Atlas, Heather and Henbest, p. 50.)




Gambarajah 2 : Nebula lagun ini ialah sekumpulan awan gas dan debu, kira-kira berdiameter 60 tahun cahaya. Ianya dirangsangkan dengan Radiasi Ultraungu bintang-bintang panas yang kebelakangan ini terbentuk dalam kelompoknya. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, plate 9, from Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)

Bintang-bintang yang berkerlipan yang kita lihat di waktu malam , sama seperti seluruh cakerawala, dalam bahan asap itu. Allah telah berfirman dalam AlQuran;



"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap ......" Surah Fusshilat : Ayat 11



Kerana Bumi dan langit di atas (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi, dsbnya..) telah dibina dari 'asap' yang sama , kami membuat kesimpulan bahawa Bumi dan langit pernah menjadi satu entiti yang berhubungan. Kemudian luar dari asap yang sama jenis ini mereka telah terbentuk dan terpisah antara satu sama lain. Allah berfirman lagi dalam AlQuran;



"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" Surah Al Anbiyaa' : Ayat 30



Dr. Alfred Kroner ialah seorang dari ahli geologi terkenal dunia. Dia ialah seorang professor geologi dan juga Pengerusi Jabatan Geologi di Institut Geosains di Universiti Johannes Gutenberg, Mainz, Jerman. Dia berkata, "Memikirkan dari mana Muhammad datang ...... Saya rasa adalah mustahil bahawa dia boleh mengetahui sesuatu seperti asal kejadian alam semesta. Kerana saintis hanya mengetahui perkara ini beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kaedah teknologi yang maju dan komplikated. [2] Juga dia berkata, "seseorang yang tidak tahu tentang fizik nuklear 1400 tahun yang lalu tidak boleh, saya rasa, berada dalam keadaan mengetahuinya dari pemikirannya sendiri, sebagai contoh, Bumi dan langit mempunyai asal yang sama. [3]


Nota kaki:



(1) The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, pp. 94-105.



(2) The reference for this saying is This is the Truth (video tape).



(3) This is the Truth (video tape).

Bukti Al Quran adalah dari Tuhan pencipta alam ini

Dalam Quran Ada beberapa perkataan yg diulang dengan bilangan yang menarik.
Antaranya :

Day (Hari) - 365 kali
Days (Hari2) 30 kali
Moon (Bulan) 12 kali

Punishment (Hukuman) 117 kali
Forgiveness (pengampunan) 2 X 117 kali

World (Dunia) - 115 kali
HereAfter (Akhirat) 115 kali

Tujuh langit (Seven Heaven) 7 kali
Penciptaan langit (The Creation of The Heaven) 7 kali

Faith (Iman) 25 kali
Infidelity (Kufur) 25 kali

Zakah 32 kali
Blessing 32 kali

The Truly Virtue 6 kali
Libertine 3 kali


Human Being (Manusia) 65 kali

Soil - 17 kali
+
Air Mani 12 kali
+
Embrio 6 kali
+
A lump of Flesh 3 kali
+
Bone 15 kali
+
Flesh 12 kali
= 65 kali (jumlahnya sama dengan bilangan perkataan manusia)




RAHSIA MEKAH & NOMBOR 1.618




1) Nisbah 1.618 ni memang sudah diakui nisbah yang ajaib dalam rekabentuk kerana rekabentuk yang menggunakan nisbah ni akan jadi cantik di mata manusia. Itulah sebabnya nisbah 1.618 ini dipanggil Nisbah Emas atau Purata Emas.


2)Yang lagi ajaib rupa-rupanya bila diukur, kota Mekah bukan sahaja terletak dengan cantiknya pada nisbah 1.618 di bumi, malah juga berada dalam nisbah ini di Arab Saudi. Kaabah juga ajaib sebab terletak dengan nisbah ini dalam Kota Mekah.


3)Tambah-tambah ajaib lagi bila ayat 96 surah al imran, ada terselit perkataan Mekah di tengah-tengah ayat tu. Ayat ini relevan kerana menyebut tentang Mekah sebagai petunjuk keimanan manusia. Bila di kira huruf sebelum dan selepas perkataan Mekah, ternyatalah perkataan Mekah dalam ayat tu pun terletak dalam Nisbah Emas 1.618....




“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53

Thursday, December 30, 2010

Tanda bagi yang mahu berfikir






Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). Yunus [10:24]

Tanda-tanda KekuasanNya





Keajaiban CiptaanNya





Tuesday, August 24, 2010

Armada Ikan Pari

PENGHIJRAHAN ARMADA IKAN PARI Bagai dedaun yang terapung-apung di tengah lautan,
beribu-ribu Ikan Pari kelihatan berkumpul di lautan Mexico.Kejadian yang memukau ini dirakam ketika armada makhluk-makhluk ini melakukan penghijrahan.
Dengan meluncur di bawah ombak,ia mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan.
Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini.

Katanya,
“Seperti lukisan… permukaan air seperti dipenuhi
dedaun musim luruh yang melayang ditiup angin.



"Pada waktu penghijrahan, sebanyak 10,000 ekor ikan pari
akan bergerak dalam satu angkatan.”






Berukuran lebar kepaknya 2.1 meter,
ia meliputi seluruh kawasan sekitar…

bukan sahaja di permukaan,
malah terdapat yang bergerak di lapisan-lapisan bawah.”