
Pembahagian ilmu baru
Ilmu
Yang dimaksudkan dengan ilmu ialah semata-mata kesedaran (iaitu mengetahui / memahami keadaan sekeliling), ianya merangkumi kesedaran yang berbentuk Tasawwur dan Tasdiq.
Teks arab:
المراد بالعلم : مطلق الإدراك الشامل لإدراك التصورات والتصديقات.
Tasawwur
Pengertian Tasawwur ialah: idrak (memahami) sesuatu perkataan tanpa ada hukuman ke atasnya samada secara nafi atau ithbat.
Contoh Tasawwur : Ros, segi tiga, sekolah menengah, pelaku
Teks arab:
التصور : هو إدراك المفرد من غير حكم عليه بنفي أو إثبات.
مثاله : الورد ، المثلث ، المعهد ، الفاعل
Tasdiq
Pengertian Tasdiq ialah: Memahami hubungan hukum.
Contoh Tasdiq: Ros itu cantik. Ilmu itu berguna. Mohammad tidak penakut. Ali tidak musafir.
Teks arab:
التصديق : هو إدراك النسبة الحكمية.
مثاله : الورد جميل. العلم نافع. محمد ليس بجبان. علي ليس بمسافر.
Dharuri
Pengertian Dharuri ialah: Sesuatu yang tidak memerlukan kepada pengamatan dan pemikiran (untuk mengetahuinya).
Contoh Tasawwur Dharuri : Epal, malam
Contoh Tasdiq Dharuri : Langit itu di atas.
Teks arab:
الضروري : ما لا يحتاج إلى تأمل وفكر.
مثال تصور ضروري : التفاح، الليل
مثال تصديق ضروري : السماء فوقنا
Nazori
Pengertian Nazori ialah: Sesuatu yang memerlukan kepada pengamatan dan pemikiran (untuk mengetahuinya).
Contoh Tasawwur Nazori : manusia, alam
Contoh Tasdiq Nazori : Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat.
Teks arab:
النظري : ما احتاج إلى تأمل وفكر.
مثال تصور نظري : الإنسان، العالم
مثال تصديق نظري : إن الإنسان مبعوث يوم القيامة.
العلم ينقسم إلى تصور وتصديق
المراد من تقسيم العلم : هو تقسيم العلم الحادث
لا يصح تقسيم علم الله تعالى إلى تصور وتصديق : لأنه يترتب على ذلك من توهم مشابهة الحوادث والله منزه عن ذلك.
Terjemahan:
Pembahagian ilmu kepada 2 :
Ilmu terbahagi kepada tasawwur dan tasdiq
Yang dimaksudkan dengan pembahagian ilmu (di sini): ialah pembahagian ilmu (yang bersifat) baru (iaitu ilmu manusia).
Ilmu Allah Taala tidak boleh dibahagikan kepada tasawwur dan tasdiq: kerana ianya boleh mengakibatkan kesamaran (Allah) dengan sesuatu yang baru. Sedangkan Allah itu Maha Suci ia dari yang demikian.
No comments:
Post a Comment