Pada satu malam, Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz rah duduk setelah menunaikan beberapa rakaat solat malamnya. Sambil kedua-dua telapak tangannya diletakkan ke dahinya beliau menangis dengan esakan yang kuat diiringi dengan airmatanya membasahi pipi dan janggutnya.
Isterinya Fatimah berkata tiadalah sesaorang yang lebih takut kepada Allah swt selain suamiku. Esakan dan tangisannya seolah-olah dadanya telah terbelah. Tangisan itu berterusan sehinggalah ke Subuh. Keesokannya pula beliau akan berpuasa sepanjang-panjang hari.
Isterinya Fatimah datang mendekatinya dan bertanya dengan suara yang lembut: “ Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau menangis kerana sesuatu dosa yang terjadi sebelumnya.” Umar bin Abdul Aziz rah menjawab, “ Ya , benar, biarkanlah aku bersendirian dengan keadaan begini wahai isteriku.”. Fatimah berkata lagi, “ Tapi wahai Amirul Mukmini ceritakanlah sedikit kepadaku.”
Umar bin Abdul Azizi berkata, “ Baiklah akan aku ceritakan kepada kamu: Sesungguhnya aku melihat pada diriku bahawa aku telah diamanahkan sesuatu tangguhjawab yang sangat besar. Aku dimanahkan untuk mentadbir umat ini samada anak-anak kecil, orang dewasa, juga yang berkulit hitam maupun yang berkulit kemerah-merahan. Setiap orang-orang gila yang hilang dari rumah kediamannya juga aku bertanggungjawab ka atasnya. Fakir miskin yang hidup melarat juga menjadi tanggung jawab aku untuk menguruskannya. Setiap tawanan perang yang hilang dari tahanan juga terpikul ke atas aku. Tangisan dan keluh kesah mereka-mereka yang sengsara di seluruh negeri , daerah dan kampung adalah amanah ke atasku untuk meyelesaikannya.”
“Aku tersangat mengetahui bahawa satu-satunya jalan keluar buat mereka adalah bilamana di dalam diri-diri mereka ada Allah dan Rasulnya.” Maka tersangat aku takut apabila Allah swt bertanya kepadaku namun pada ketika itu tidak ada satu dalih dan alasan pun untuk aku kemukakan kepada Allah atas semua amanah dan tanggung jawab ini. Juga aku malu kepada Rasulullah bilamana aku ditanyai dengan amanah dan tanggungjawab ini. Ketakutan inilah yang menyebabkan aku menangis sepanjang malam dan kehausan di siang hari. Setiap kali aku mengingati persoalan ini setiap kali itulah ketakutan mneyelubungi diriku .”
Akhirnya beliau menambah,“ Sekarang aku telah memberitahu kepada kamu semua ini dan jadikanlah ianya pengajaran dan tinggalkanlah aku sendirian.” Beliau terus menangis sehinggalah kedengaran Azan Subuh.
Luahan,Cerita,Berita dan Pendapat supaya Mata Hati dapat menilai dan memahami maksud yang tersurat dan tersirat.
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Sunday, November 25, 2012
Kisah Nabi Musa dan Rumput
Diceritakan bahawa Musa as. pernah mengeluh kepada Allah swt kerana menderita sakit gigi. Maka Allah swt memerintahkan: “Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigi kamu!” Lalu Musa a.s pun berbuat demikian, maka sakitnya pun sembuh.
Beberapa hari kemudian, sakit gigi yang dialami Musa a.s datang lagi. Maka Musa a.s pun mengambil kembali rumput yang pernah diambil dulu dan meletakkan pada giginya. Hasilnya bukan bertambah sembuh, sebaliknya sakit giginya bertambah teruk dari biasa. Langsung dari itu Musa a.s pun mengadu kepada Allah swt dengan katanya, “ Wahai Tuhanku, bukankan engkau mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan aku?”
Allah swt menjawab: “Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyihatkan. Aku yang memberi bencana dan akulah yang memberi manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku, lalu Aku sembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak menuju kepada-Ku.”
( Petikan dari : “Nuruzh-Zhalâm” karya Syekh Nawawi Banten dengan sedikit olahan )

Saturday, November 24, 2012
Meninggalkan Solat
Hadith 1
Abdullah Bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya(uzur) daripada menyertai solah berjemaah maka solah yang dikerjakannya itu tidak akan diterima." Para sahabat bertanya,"Apakah uzur itu?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Takut atau sakit."
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban)
Hadith 2
Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w bahawa Baginda s.a.w telah bersabda,"Sungguh-sungguh zalim,kufur dan nifaq mereka yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani)
Hadith 3
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku,kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka."
(Hadith Riwayat Imam Muslim,Abu Daud,Ibnu Majah dan Imam Tirmizi)
Hadith 4
Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,"Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka.Oleh itu,hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala."
(Hadith Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasai)
Hadith 5
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa beliau telah ditanya mengenai seorang yang berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam tetapi tidak pergi mengerjakan solah berjemaah dan solah Jumaat.Beliau menjawab,"Dia ialah penghuni neraka."
(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)
Selain daripada ini ada banyak lagi amaran kerana meninggalkan solat berjemaah.Bagi orang Islam,sebenarnya tidak perlu kepada satu ancaman pun,perintah Allah s.w.t dan RasulNya adalah yang paling berharga bagi mereka.Bagi mereka yang tidak menghargai perintah-perintah Allah s.w.t dan RasulNya maka ribuan bentuk anacaman pun tidak memberi sebarang kesan kepada mereka.Apabila sampai waktu menerima azab barulah mereka akan menyesal tetapi sudah tidak berguna lagi.

Indahnya ke Jalan Allah
Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu membela agama (membantu) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan atas musoh kamu) dan menegohkan pendirian kamu.” (Muhammad :7)
Firmanya lagi:
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu dan jika dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah ? dan ingatlah kepada Allah lah jua orang yang beriman itu berserah diri”. ( Ali-Imran : 160)
Maka umat ini berlu bangun bertaubat dan beristighfar atas kelalaian dan kesilapan kita serta kembali meyempurnakan Hak Allah dan Hak Rasulnya. kembali balik kepada penghayatan Islam dan kembali kepada tugas mulia umat ini iaitu Kerja Dakwah ilallah.
Firman Allah swt :
”Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuroh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang mungkar (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah”. (Ali_Imran :110)

6 Perkara Dari 6 Perkara
Dari umar rhu, Sesungguhnya Allah S.W.T menyembunyikan 6 perkara di dalam 6 perkara:
1. Allah menyembunyikan redhaNya di dalam suatu ketaatan di antara berbagai ketaatan agar manusia bersungguh-sungguh dalam ketaatan dengan harapan bertemu dengan keredhaan Allah S.W.T
Maka tidak diperbolehkan bagi kita meremehkan suatu perbuatan taat, walaupun sangat kecil, kerana sesungguhnya boleh jadi keredhaan Allah S.W.T ada pada ketaatan kecil itu.
2. Allah menyembunyikan marah-Nya didalam suatu maksiat di antara pelbagai perbuatan maksiat, agar manusia menjauhinya kerana kuatir terjerumus di dalamnya.
Maka seseorang tidak boleh meremehkan maksiat meskipun sangat halus, kerana sesungguhnya ia tidak tahu bahawa kadangkala dalam perbuatan itu terdapat kemarahan Allah S.W.T.
3. Allah menyembunyikan lailatul qadar didalam bulan ramadhan, agar manusia bersungguh-sungguh dalam menghidupkan seluruh bulan ramadhan dengan beribadah. Kerana sesungguhnya ganjaran ibadah sunnah sama seperti ganjaran ibadah fardhu di bulan lain, sebagaimana disebutkan dalam hadits.
Bahkan Syeikh An Nakho’i berpendapat: “ Satu rakaat di bulan ramadhan itu lebih utama dibandingkan seribu rakaat di bulan lainnya dan satu ucapan tasbih di bulan ramadhan itu lebih utama dibandingkan seribu tasbih di bulan lain”
Dan agar mereka bersungguh-sungguh menghidupkan malam-malam bulan ramadhan dengan harapan mereka akan berjumpa lailatul qadar. Kerana malam itu lebih baik dari seribu bulan, iaitu 83 tahun 4 bulan.
Di dalam hadits Imam tabrani, secara marfu’ sampai kepada Rasulullah S.A.W, disebutkan: “ Sesungguhnya orang yang berzina di bulan ramadhan atau meminum minuman keras, maka akan dilaknat oleh Allah dan makhluk yang ada di langit sampai datang bulan ramadhan seterusnya”.
Kerena sesungguhnya orang yang mati sebelum ia menemui bulan ramadhan, maka ia tidak mempunyai kebaikan disisi Allah S.W.T, yang dapat membuatnya takutkan neraka. Kerana itu bertakwalah kepada Allah di bulan ramadhan, kerana sesungguhnya segala amal kebaikan dilipat gandakan di bulan itu, sesuatu yang tidak dapat dilipat gandakan di bulan lainnya, dan begitu juga dengan amal kejahatan.
4. Allah S.W.T menyembunyikan para wali-Nya di tengah-tengah manusia
Supaya mereka tidak meremehkan seorangpun diantara mereka, dan supaya mereka mencari doa dari sebahagian mereka dengan harapan akan berjumpa dengan seorang wali. Maka tidak boleh seseorang meremehkan seorang manusia, kerana sesungguhnya dia tidak tahu, boleh jadi orang itu termasuk wali-wali Allah S.W.T.
5. Allah S.W.T menyembunyikan kematian di dalam umur, maka seharusnya setiap orang hendaklah mempersiapkan kematian setiap waktu dengan berbagai ibadah, kerana kematian boleh datang secara tiba-tiba.
6. Allah S.W.T menyembunyikan solat wushta, iaitu solat yang paling utama di dalam seluruh solat, iaitu solat fardhu 5 waktu,supaya manusia bersungguh-sungguh menunaikan dengan sempurna setiap solat itu.
Dan AllAh S.W.T menyembunyikan namaNya yang agung di dalam semua nama-Nya, agar manusia bersungguh-sungguh di dalam berdoa dengan semua namaNya, dengan harapan mereka dapat menjumpaiNya
Dan Allah S.W.T menyembunyikan saat termakbulnya doa pada hari jumaat, agar manusia bersungguh-sungguh berdoa pada hari itu.
Dan Allah S.W.T menyembunyikan As Sab’ul Matsani (Tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) di dalam sejumlah surat Alquran, agar manusia bersungguh-sungguh di dalam membaca seluruh surah al quran.
(Diambil dari kitab Nashoihul Ibad, Syaikh Nawawi Albantani)

Alamat Mimpi
Hadis : Alamat Mimpi
Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain."
(Muslim)
Huraian :
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak. Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

Bersabar Dengan Ujian

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.
Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya.
Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.
Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” ( at-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH
1. Sandarkan Harapan Pada Allah
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”( At-Taubah: 129)
.
2. Minta Pertolongan Dari Allah
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” ( al-Baqarah: 45)
.
3. Jangan Sedih dan Kecewa
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)
Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
“ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)
.
4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.
.
5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.
.
Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah.
.
Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.
.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – (al-Baqarah: 216)
PUNCA TEKANAN MENGIKUT BIOLOGI SAINS
Zikrullah Pintu Cahaya Allah

Imam Al-Arif biLlah Saiyyidi Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari r.a. berkata:
“Jika anda bijak lagi cerdik, sudah tentu hak-hak Allah di sisi kamu lebih penting berbanding keinginan-keinginan nafsumu.
“Tiada sesiapa yang dapat mengintai akan rahsia-rahsia (makrifatuLlah) melainkan dia ialah seorang yang amanah (sempurna kehambaanNya) sedangkan kamu pula sibuk memberikan apa sahaja keinginan nafsumu samada dengan makanan, minuman dan sebagainya sehingga kamu memenuhkan isi-isi tandas itu sendiri. Cukuplah ia telah membuktikan bahawasanya kamu mencintai dunia. Sesungguhnya, sesiapa yang mencintai dunia bererti dia seorang pengkhianat. Adakah Raja akan memberitahu rahsia-rahsia kepada seorang pengkhianat? Jika demikian, hendaklah kamu sentiasa berzikir kerana dengannya kamu akan mendapat cahaya Allah s.w.t..
“Tiada yang bermanfaat buat seseorang sepertimana manfaatnya berkhalwah (menyendiri) agar dapat mengambil ruang untuk merenung dan berfikir (tentang kehambaan diri kepada Allah s.w.t.).
“Bagaimana hati boleh terang jika gambaran makhluk masih terlekat pada hati. Bagaimana boleh menuju Allah s.w.t. sedangkan hati masih dibebani oleh syahwat? Bagaimana seseorang boleh mengharap untuk menuju Allah s.w.t. sedangkan dia masih tidak menyucikan diri daripada kotoran kelalaian? Bagaimana seseorang boleh meneliti akan rahsia-rahsia Allah sedangkan dia masih tidak bertaubat daripada noda dosanya?
“Sesungguhnya, pintu bagi maksiat, kelalaian dan syahwat adalah redha terhadap keaiban diri. Adapun asas bagi ketaatan, penjagaan dan kemuliaan adalah sikap tidak redha dengan keaiban diri (lalu memperbaikinya).”
(kitab: At-Tuhfah fi At-Tasawwuf)
Perangkap Syaitan
Menurut Ibn Qayyim, bahawa kejahatan syaitan terhadap manusia ini ada enam, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh supaya ummat manusia jatuh kepada sekurang-kurang satu daripadanya.
Pertama: Kufur dan Syirik
Ini adalah misi utama pihak syaitan terhadap ummat manusia. Untuk menidakkan Allah dan Rasul Nya. Jika manusia jatuh dalam kategori ini maka mudahlah manusia di peralatkan menjadi tentera-tenteranya malah timbalannya juga.
Kedua : Bida'ah
Jika syaitan gagal untuk menjerumus seseorang itu kedalam kategori pertama, syaitan akan cuba menjerumuskan manusia kepada perangkap kedua ini. Ini biasanya dikalangan muslim itu sendiri kerana lahir dari seorang ibu yang muslim. Syaitan amat gemar pelaku bida'ah dari pelaku maksiat kerana ahli bida'ah menampilkan keagamaan sedangkan perbuatannya adalah merosakkan. Manakala pelaku maksiat jelas kesalahannya. Pelaku bida'ah susah hendak bertaubat kerana beranggapan apa yang dilakukakan adalah ibadat berbanding dengan pelaku maksiat. Sebab itu bida'ah digelar pintu kepada kufur dan syirik.
Ketiga : Dosa Besar
Jika syaitan tidak mampu untuk membawa seseorang itu perangkap bida'ah, maka syaitan akan cuba menjerumuskan seseorang itu membuat dosa-dosa besar. Sehingga seorang ulama pun boleh tergelincir.
Keempat : Dosa Kecil
Jika syaitan tak mampu juga membawa seseorang itu kepada dosa besar. Maka manusia di ajak pula untuk membuat dosa kecil. Sehingga suatu tahap berterusan dengan dosa kecil maka kekal dalam keadaan begitu jadilah ia dosa besar dan dalam satu keadaan adalah lebih baik lagi pelaku dosa besar tetapi takut akan kesalahnnya dari seorang membuat dosa kecil dalam keadaan berterusan dan berasa aman akan kesalahnnya.
Kelima: Sibuk Dengan Perkara Harus
Ini adalah method syaitan untuk menyibukkan manusia dari mendapat ganjaran akhirat. Maka manusia akan sibuk dengan perkara-perkara yang melalaikan dengan beranggapan mereka tidak berdosa tetapi mereka lupa bahawa mereka telah diperalat untuk tidak mendapat ganjaran yang besar disediakan oleh ALlah untuk mereka.
Keenam : Sibuk Dengan Amalan Yang Mudah Dan Ganjaran Kecil
Ini adalah kaedah terakhir syaitan untuk merugikan ummat manusia. Di mana manusia disibukkan untuk membuat amalan yang mudah dan ganjaran kecil supaya tidak mempertingkatkan pengorbanan dan keinginan untuk mendapat ganjaran yang lebih besar.
Inilah serba ringkas modus operandi syaitan terhadap ummat manusia, sehingga ummat manusia jatuh kepada perangkap-perangkap tersebut baik hanya satu, tiga perangkap atau selebihnya.
Wallahualam
Semoga Allah pelihara kita semua

Sejahat-jahat Manusia
“Bumi luas terbentang dan dihuni oleh berbagai bagai makhluk samada di atas daratan, di dalam bumi maupun di dalam lautan. Telah dikisahkan juga makhluk jin dan iblis yang jahat kerajaannya berpusat di dalam laut. Pada pandangan kita orang awam yang kurang ilmu, mungkin bagi kita makhluk yang paling jahat di muka bumi adalah iblis dan syaitan. Atau mungkin kita juga beranggapan yahudi dan nasrani adalah makhluk yang paling jahat. Tetapi lain yang telah dipesan oleh junjungan Rasulullah saw yang tersayang.
Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:“sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal lagi daripada islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat jahat makhluk yang ada di bawah naugan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.(hadis riwayat baihaqi).
Melihat kepada suasana hidup kita hari ini yang tidak tenteram, tidak selamat dan penuh dengan bala yang menakutkan, tidakkah kita terasa inilah zaman yang telah disabdakan oleh Rasullullah saw seperti hadis di atas? ‘Fitnah’ yang disebut oleh Rasulullah di atas adalah bermaksud ‘kerosakan, dosa, bala, kehancuran umat ataupun iman umat yang tergelincir’. Kenapa ulama disebut sebagai makhluk yang paling jahat di atas mukabumi ini padahal tugas ulamak adalah sebagai pewaris Nabi? Jelaslah kerana mereka telah menyeleweng dari tugas mereka. Bila menyeleweng dari tugas, jadilah ia dari orang yang paling mulia bertukar ia menjadi orang yang paling jahat.
Umpama ‘Polis’ tugasnya menjaga keamanan dan mencegah jenayah. Tentu sahaja polis akan disanjung dan dihormati kerana menjaga keselamatan rakyat. Tetapi jika sekiranya polis berperangai seperti penjenayah dan bersubahat dengan penjenayah, maka kucar kacirlah kehidupan masyarakat. Tiada lagi tempat bergantung dan berlindung bagi masyarakat. Maka jadilah polis dikeji dan dihina jika tidak jujur dalam melakukan tugasnya.
Firman Allah dalam surah An Nisa Ayat 105,” Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)al kitab(al quran) dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu( melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi pengkhianat”
Jika diambil mithalnya pada hari ini, tentulah jelas kepada kita ulama yang macamana telah menjadi pembela kepada pengkhianat. Pengkhianat yang telah mengkhianati amanah Allah dan Rasul. Lain yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul, lain pula yang mereka redha berlaku di sekeliling masyarakat. Kerana mereka, masyarakat yang jahil sentiasa berada di dalam kesesatan. Kerana ilmu mereka tidak dicurahkan dengan sebenar benarnya. Kata kata mereka tidak seiring dengan ilmu mereka.
Kekadang mereka menyeru kepada kebaikan tetapi mereka tidak mencegah kepada kemungkaran. Padahal tidak dapat tidak, mereka kena dua dua, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Tidak boleh hanya salah satu. Tidak boleh hanya menyeru kepada kebaikan sementara kejahatan dibiarkan berleluasa. Lagilah teruk jika membiarkan kejahatan tetapi langsung tidak menyeru kepada kebaikan.
Apa yang ada di sekeliling kita hari ini adalah, ulama yang teragak agak menyeru sikit sikit kepada kebaikan, tetapi langsung tidak mencegah kepada kemungkaran. Mereka hanya merasa tugas mereka hanya di dalam masjid. Mereka hanya merasa ilmu mereka hanya untuk orang yang suka kepada masjid. Sedangkan orang yang bergelumang dengan dosa tidak didekati dan dibimbing.
Mereka langsung tidak merasa tiap dosa yang dilakukan oleh orang yang berzina, akan juga ditanggung oleh ulamak selagi mereka tidak mencegahnya. Tidakkah mereka merasa tiap teguk arak yang mengalir ditekak para peminumnya, akan juga ditanggung dosa oleh ulamak selagi mereka tidak bersungguh sungguh menyeru diharamkannya.
Mereka juga merasa aman damai bersekongkol dengan golongan yang jelas melanggar perintah Allah. Maka jadilah mereka seperti dalam firman Allah di atas, “pembela kepada pengkhianat”
Seluruh dunia Islam hari ini, samada di palestine, iraq, afghanistan, malaysia dan di mana sahaja, penuh dengan bala bencana. Umat Islam dihina, dibunuh disembelih dengan sewenang wenangnya. Seolah olah tiada lagi keberanian di kalangan umat islam menentang musuh. Tentu sahaja semua ini berlaku kerana ulamak lebih suka berdiam diri. Hinggakan ada setengah negara Islam menjemput pihak zionis masuk ke negara mereka untuk menyerang dan menyembelih umat islam.
Apakah di negara tersebut tidak ada ulamak yang dilantik oleh kerajaan? Tentu ada tetapi mereka adalah ulamak yang lebih suka menjual ilmunya dengan harga yang murah. Maka tidak dinasihatinya para pemerintah supaya menjauhi yahudi dan nasrani, malah diredhainya pula para pemerintah bersekongkol dengan musuh. Ilmu mereka tidak dicurahkan secara sepenuhnya kerana takut hilang punca pendapatan. Tidak terkecuali juga ulamak di malaysia. Kekadang apa yang dilakukan oleh ulamak di Malaysia, cara hidup dan berpakaian, buat rakyat terkejut….. ALAMAK!!Ulamak???
Tugas ulamak adalah berdakwah. Tetapi berapa ramaikah yang telah berjaya diIslamkan oleh ulamak kerana tugas dakwahnya? Jangankan kata hendak mengIslamkan orang kafir, sebaliknya iman orang Islam pula yang dibiarkan tergelincir dan bertukar agama. Tukar agama secara langsung dan tidak langsung. Yang tidak langsung seperti adanya perayaan perayaan yang di’sambutkeliru’ dengan adat agama lain, cara hidup yang penuh hiburan dan macam macam maksiat lagi.
Dari hadis Huzaifah Ibnu Yaman ra berkata: manusia bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan sedangkan aku bertanya kepada baginda tentang keburukan kerana khuatir jangan jangan menimpaku.
Maka aku bertanya: wahai Rasulullah, sebelum ini kita berada di zaman jahilliyah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan? Baginda bersabda: ada. Aku bertanya; Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan? Baginda bersabda:Ya, akan tetapi di dalamnya ada dakhanun.
Aku bertanya: Apakah dakhanun itu? Baginda menjawab: Sesuatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah(jauhi dan jangan ikut mereka). Aku bertanya lagi: Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan?
Baginda bersabda : Ya, Du’atun ala abwabi jahannam (para penyeru ke pintu pintu neraka jahanam). Barang siapa yang mengikutinya, maka akan dilemparkan ke dalamnya (neraka). Aku bertanya: wahai Rasulullah, berikan ciri ciri mereka kepadaku. Baginda bersabda: mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita.
Aku bertanya lagi: Apa yang engkai perintahkan kepadaku jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Berpegang teguhlah pada jamaah muslimin dan imamnya. Aku bertanya: Bagaimana jika tidak ada jamaah maupun imamnya? Baginda bersabda : Hindarilah semua firqah itu walaupun dengan menggigit dahan pokok hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu.
Jika kita perhatikan hadis di atas dan di teliti dengan cara kehidupan hari ini, serta membandingkan dengan ciri ciri ulamak pada hari ini, tentu dengan jelas kita dapat mengenali siapakah ulamak ulamak yang telah disebutkan oleh Rasulullah dengan jelas itu.
Maka jauhilah kita dari mereka itu kerana mereka hanya akan mendatangkan kerosakan hidup kita di dunia, dan menjerumuskan kita ke dalam neraka yang kekal abadi. Kerana merekalah Allah menurunkan bermacam macam bala. Kerana merekalah hidup yang berkah dan aman telah Allah angkat dari umat, sepertimana kehidupan kita hari ini yang penuh dengan macam macam bala dan bencana yang membimbangkan. Maka itulah ulamak yang sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit, sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw.
Nauzubillah.
Zamri Redang

Pujukan Syaitan
Pesan Rasulullah s.a.w.:
Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah. Oleh kerana itu, aku takut syaitan akan melontarkan sesuatu tuduhan atau membisikkan sesuatu kejahatan di dalam hati kamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Syaitan atau Iblis diciptakan oleh Allah s.w.t. daripada api. Oleh kerana itu mereka menganggap kejadian atau penciptaan mereka itu lebih baik dan lebih mulia daripada kejadian Nabi Adam a.s., yang hanya dibuat daripada tanah. Sebab itulah Iblis enggan mematuhi perintah Allah s.w.t. untuk sujud menghormati Adam.
Kerana keingkarannya dan keangkuhannya itu, Iblis diusir oleh Allah dan dikutuk sepanjang hayat. Setelah menerima hukuman yang dijatuhkan, Iblis merayu kepada Allah supaya melanjutkan usianya dan semua keturunannya sehingga Hari Kiamat.
Ia bersumpah akan menyesatkan semua manusia kecuali hamba-hamba Allah yang dipelihara-Nya, sebagaimana yang diceritakan dalam surah al-Hajr ayat 39-40.
Iblis berkata kepada Allah :
Aku akan sesatkan semua manusia, kecuali hamba-hamba-Mu yang disucikan. Syaitan berusaha walau dengan apa cara sekalipun untuk membalas dendam terhadap keturunan Adam, bukan sahaja kepada orang-orang yang lemah imannya,bahkan juga orang-orang yang kuat beribadat.
Syaitan tidak perlu bekerja keras untuk menyesatkan manusia yang lemah kepercayaannya terhadap kekuasaan Allah. Ini kerana godaan dan bisikannya mengenai kelazatan duniawi sudah cukup untuk melalaikan dan menghapuskan ingatan mereka terhadap Penciptanya.
Iman
Tetapi bagi orang-orang yang kuat imannya, selalu beribadat dan lebih mementingkan akhirat dari dunianya, mereka akan didekati dengan cara yang tidak langsung, iaitu dengan memberikan nasihat atau pandangan yang mendatangkan kebaikan pada zahirnya, tetapi secara perlahan-lahan dan pasti akan menarik mereka kepada kesesatan yang ditakutinya selama ini.
Menjelaskan usaha kuat syaitan menggoda manusia, Ibnu Jauzi menceritakan tentang seorang lelaki yang taat dan tidak mudah digoda oleh kemewahan hidup, tetapi akhirnya terperangkap ke dalam pujukan syaitan. Untuk memudahkan jalan cerita ini, kita namakan lelaki tersebut sebagai Salih.
Salih tinggal di sebuah surau kecil yang bertentangan dengan sebuah pondok yang disediakan untuk orang-orang yang musafir dan memerlukan pertolongan. Beberapa kali syaitan cuba menggodanya tetapi tidak berjaya. Sebaliknya bertambah kuat iman Salih dan bertambah banyak orang yang memeluk agama Allah. Melihat perkembangan ini syaitan semakin marah dan berusaha lebih kuat untuk menyesatkannya.
Kita tinggalkan Salih dan mengunjungi sebuah rumah yang terletak di sebelah kampung Salih. Di sini tiga orang lelaki bersaudara tinggal bersama seorang adik perempuannya. Ketika tiga bersaudara ini ditugaskan ke medan perang, mereka mencari jalan untuk menitipkan adik perempuannya yang cantik kepada seseorang yang boleh dipercayai.
Di sinilah syaitan memainkan peranannya dengan membisikkan cadangan supaya gadis yang masih remaja tadi diletakkan di bawah jagaan Salih.
Sedikit demi sedikit syaitan mula menjalankan rancangannya. Pada awalnya Salih yang sebelum ini menolak amanah tiga bersaudara tersebut, hanya menyediakan makanan si gadis di luar pondok kediamannya. Tetapi lama kelamaan dengan alasan-alasan yang dilogikkan, Salih mula berbual-bual dengan si gadis. Dan akhirnya, berlakulah perbuatan keji sehingga si gadis hamil dan melahirkan anak.
Direngkaskan cerita, syaitan yang tidak pernah mengenal istilah putus asa terus memujuk Salih dengan pelbagai cadangan yang pada zahirnya akan menyelesaikan masalah, tetapi sebenarnya semakin jauh memerangkap Salih dalam maksiat dan dosa besar yang tidak pernah terlintas di fikirannya.
Menyesatkan
Akhirnya, Salih melakukan pelbagai dosa besar; daripada zina, membunuh dan akhirnya syirik kerana mengikut pujukan syaitan yang menggodanya secara halus. Begitulah tekunnya syaitan menyesatkan manusia. Walaupun terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya, mereka tidak pernah penat dan jemu.
Oleh kerana itu, sesaat sahaja manusia terleka dan lalai terhadap Penciptanya, serta lupa bahawa syaitan adalah musuh yang utama dan paling nyata, syaitan akan terus menemaninya sepanjang hayatnya.
Kita harus sentiasa ingat pesan Rasulullah s.a.w. di atas bahawa syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darahnya. Begitu dekatnya Rasulullah s.a.w. membayangkan kedudukan syaitan pada diri manusia. Mari kita amalkan doa yang diajarkan di dalam surah al-Mukminun ayat 97-98 ini sebagai salah satu cara menjauhinya:
Tuhanku, aku mohon perlindungan-Mu daripada bisikan-bisikan (tipu daya) syaitan-syaitan. Dan aku mohon perlindungan-Mu supaya mereka tidak dapat mendekatiku. Amin ya rabbal alamin.

Islam,Hidup dan Mati
ISLAM SEBAGAI RABBANI (KETUHANAN)
Islam sebagai Rabbani atau agama ketuhanan membawa maksud Islam berhubung dengan Allah SWT . Segala hukum , konsep , prinsip , nilai dan neraca yang terdapat dalam agama Islam adalah daripada Allah SWT .Manusia hanya berperanan untuk menyesuaikan diri dengan Islam dan melaksanakannya sahaja . Seseorang itu disebut Rabbani apabila dia mempunyai hubungan dengan Allah SWT juga arif tentang agama dan kitab Allah SWT serta mengajarkannya.
KONSEP KEHIDUPAN DAN KEMATIAN
Dr Abdul Halim EL Muhammady dalam tulisannya bertajuk Tasawwur Islam mengatakan bahawa alam yang terbentang di hadapan kita dalam pelbagai bentuk dan rupa serta penuh dengan keunikan kejadiannya adalah milik Allah SWT yang mencipta termasuk diri
manusia itu sendiri .
Allah SWT tidak pernah memberi hak milik secara mutlak tetapi yang diberikan hanya untuk kemudahan menggunakan dan memanfaatkan bahan-bahanciptaan-Nya untuk faedah manusia.
Alam serta isinya termasuk langit dan bumi dan segala isi kandungannya iaitu bintang , matahari dan segala planet lain dan sebagainya begitu juga manusia , haiwan , tumbuh-tumbuhan ,gunung-ganang dan berbagai-bagai lagi semuanya milik Allah SWT secara mutlak .Manusia ciptaan Allah SWT tidak mampu mencipta sesuatu daripada ciptaan Allah SWT sekalipun semua manusia bersepakat untuk menciptanya.
KONSEP KEHIDUPAN
Alam tempat kita hidup dan membangun ini telah diciptakan Allah SWT , begitu juga manusia adalah ciptaan Allah SWT . yAllah SWT menciptakan manusia daripada tanah , kemudian daripada air mani hasil percampuran benih lelaki dan benih perempuan .Allah SWT mengurniakan nikmat kepada manusia , iaitu nikmat zahir dan batin supaya manusia bersyukur kepada Allah SWT dengan nikmat kurnian- Nya.
Allah SWT menciptakan makhluknya secara berpasangan , tumbuh-tumbuhan , haiwan ,
manusia yang kita ketahui dan yang kita tidak ketahui .Allah SWT juga mencipta malam dan siang , gelap dan terang , bulan dan matahari serta bintang dan tumbuhan yang melata dan tidak melata . Allah SWT juga mencipta siang untuk manusia mencari nafkah kehidupan dan menciptakan malam silih berganti supaya manusia dapat beristirehat.
Allah SWT yang mentakdirkan bagi setiap yang bernafas atau bernyawa akan menemui mati dan mentakdirkan kepada manusia bahawa selepas mati,manusia akan dibangkitkan semula dan dihimpunkan semula ke alam mahsyar untuk memberi balasan yang setimpal di atas kerja-kerja yang telah dilakukan oleh manusia didunia ini iaitu baik atau jahat . Biasanya baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat(Ihsan) .
Firman : Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup ( keatasmu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu , siapakah antara kamu yang lebih baik
amalnya , dan Dia MahaKuasa ( membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun ( bagi orang-orang yang bertaubat).
Allah SWT mencipta alam ini untuk manusia mengambil manfaat daripadanya dan memberi
kebebasan kepada manusia melakukan apa sahaja daripada alam ini berdasarkan syariat Allah.
SWT Firman : Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah SWT telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi , dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin .
(surah Luqman :20)
Allah telah memberi kemudahan untuk manusia segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi , di darat dan di lautan .
Awan = Berkhidmat kepada manusia kerana membawa air lalu diturunkan semula ke bumi dalam bentuk hujan yang boleh menyebabkan tumbuhan biji-bijian dan buah-
buahan menjadi rezeki kepada manusia.
Lautan dan sungai = Sumber pemakanan manusia . Jalan perhubungan daripada sesebuah negara ke negara lain .
Matahari dan bulan = Sumber tenaga dan cahaya.
KONSEP KEMATIAN
Mati ialah terputusnya hubungan roh dengan jasad zahir batin , perpisahan antara keduanya , atau penggantian diri dari satu keadaan kepada keadaan lain . Mati berbeza dengan tidur kerana tidur berupaya terputusnya roh buat sementara dengan hubungan-hubungan lahiriah .
Allah yang menggengam roh pada saat tiba ajalnya, iaitu pada saat tidak adanya hidup , jiwa dan gerakannya . Allah juga yang menggengam roh yang belum datang masa ajalnya di saat dia sedang tidur . Roh tidak lagi mempunyai kemampuan untuk membezakan dan merasakan sekalipun secara batin.
Kita menyedari bahawa 2 perkara yang terpaksa dialami pleh setiap manusia ialah mati
dan keduanya ialah bahawa sesudah mati itu
akan dihidupkan kembali ke alam akhirat .
Kematian ialah satu perkara yang pasti berlaku pada setiap orang yang bernyawa . Firman : ³ Di mana jua kamu berada , mati akan mendapatkan kamu ( bila sampai ajalnya )sekalipun kamu berada dalam benteng-bentengyang tinggi lagi kukuh.
ALAM ROH ± ALAM RAHIM ± ALAM DUNIA ± ALAM BARZAKH ± ALAM AKHIRAT
Mati merupakan hakikat yang pasti ditempuh oleh setiap manusia apabila sampai masa ajalnya . Manusia kan menerima balasan yang setimpal di sisi Allah SWT di akhirat di atas segala amalan yang yang dikerjakan di dunia ini , jika baik maka baiklah balasannya jika jahat maka jahatlah balasannya.

Konsep Ukhuwah
Persaudaraan ialah hubungan yang terjalin antara seorang dengan seseorang samada dalam bentuk hubungan darah, sosial atau bangsa.
1-persaudaraan terbentuk dalam semua ikatan
2-persaudaraan Islam ialah universal iaitu tiada perkauman dan tidak terbatas dalam lingkungn geografi.
3-berasaskan kepada agama ALLAH S.W.T dan akidah yang satu
4-ikatan persaudaraan dalam Islam ialah ikatan yang terbit daripada syahadat dan berasaskan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Persaudaraan atau Ukhuwah dari segi bahasa : Sahabat,teman,saudara.
Dari segi istilah : dilihat dari dua sudut iaitu dari kaca mata Al- Quran dan hadis. Dalam Al-Quran, persaudaraan ialah perasaan kasih sayang,tolong-menolong,bertolak - ansur dan cinta- mencintai sesama umat Islam.
Dalam hadis pula, lebih kurang sama dengan apa yang dijelaskan oleh ALLAH S.W.T.
Ukhuwah merupakan persaudaraan tanpa mengira negara, bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Persaudaraan itu wajib dijalinkan asalkan bergelar manusia. Ahli-ahli ulama tetap berpegang teguh kepada dalil untuk membuktikan bahawa konsep persaudaraan ialah berasaskan kepada akidah dan agama.
1. Berpegang kepada agama ALLAH SWT Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
Dan berpegang teguhlah sekalian kepada tali ALLAH dan janganlah kamu bercerai-berai SURAH AL-IMRAN:103
2.Berdamai antara dua golongan yang bersengketa Firman ALLAH SWT bermaksud : Dan jika dua puak antara orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya, jika satu daripadanya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH,jika dia kembali patuh ,maka
damaikanlah antara keduanya dengan adil serta berlaku adillah kamu,sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang adil.
Ikatan yang erat dapat dilihat dalam bentuk persaudaraan sesama mukmin .
Firman ALLAH SWT bermaksud : Bandingan orang mukmin pada ikatan kasih mengasihi,cinta mencintai umpama satu badan yang apabila suatu anggota sakit, nescaya anggota yang lain berasa sama yang menyebabkan dia berjaga malam dan demam.
Dalam hubungan ini, syariat Islam mengajar umatnya memelihara perasaan saudara yang lain bagi mengelakkan timbul rasa benci-membenci yang boleh membawa kepada perpecahan sesama sendiri. Untuk menjamin kearah mencapai ukhuwah yang sebenar supaya menjadi satu kenyataan, umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan konsep persaudaraan Islam .

Nasihat Imam Syafie tentang Persahabatan
Persahabatan tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk be! rkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri. Mencari sahabat pada waktu susah Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?" Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Sukarnya mencari sahabat sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.
Rosaknya keperibadian seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.
Menghormati orang lain
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Menghadapi musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.
Tipu daya manusia
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
Tempat menggantungkan harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
Menjaga nama baik
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia. Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..

Friday, November 23, 2012
Tanda-Tanda Kiamat
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian,
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bahttp://www.blogger.com/img/blank.gifri beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Salinan :Blog Tok Wan
Kredit: pieogiey_daniel

Tanda-tanda akhir zaman
Assalaamu'alaikum w.b.t..... berikut ini dikumpulkan dan diringkaskan antara tanda-tanda kecil dan besar kiamat serta peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku dan akan berlaku di akhir zaman. Lihatlah betapa semua peringatan tentang akhir zaman yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.a.w sudah pun berlaku terutamanya tentang peristiwa akhir zaman dan tanda-tanda kecil kiamat. Yang ditunggu-tunggu sekarang hanya lah tanda-tanda besar kiamat sahaja, walaupun beberapanya sudah juga berlaku seperti gempa bumi di sana-sini.
Sebelum itu sebagai peringatan bersama, jangan jadikan panduan ini untuk melihat keburukan pada orang lain sahaja, itu sudah namanya berburuk sangka kepada orang. Tetapi jadikan lah panduan ini untuk muhasabah diri, dengan melihat ke dalam diri kita sendiri. Ini kerana biasanya manusia hanya pandai dan nampak kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan diri sendiri hanya dipandang sebelah mata dan buat-buat tidak tahu sahaja, na'uzubillah. Dan adakah kita sudah betul-betul melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan mengelakkan dari apa yang dilarang? Dan apakah kita sudah tidak termasuk dalam senarai mereka-mereka yang disebut dalam hadith-hadith berikut ini? Semoga kita menjadi orang yang betul-betul beriman dan sentiasa bertaubat kepadaNya sebelum pintu taubat ditutup. Semoga menjadi pengiktibaran bersama, amiin .......
Dinasihatkan juga agar berjumpa dengan ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak yang yang diiktiraf bagi mendapat penjelasan tentang hadith-hadith ini. Kerana jika membuat andaian-andaian sendiri itu namanya tidak bijak. Wallahu a'lam :)
"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"." Surah Al A'raaf : Ayat 187
Tanda-tanda awal / kecil kiamat (alamat sughra)
*Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
*Orang-orang miskin dan pekerjaannya mengembala kambing tiba-tiba menjadi para pemimpin manusia banyak.
*Para pengembala yang sama, bermegah-megahan dengan gedung-gedung besar dan tinggi-tinggi.
*Berlumba-lumba membina bangunan tinggi - Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?" Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: "Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT." Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim";- (Riwayat Ibn Majah).
*Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian - Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga manusia membangun rumah dan melukisnya sebagai lukisan pakaian;- (Hadith Riwayat Bukhari)
*Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid - Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid. (Hadith Riwayat Abu Dawud).
-Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja - Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu dalam masjid). (Hadith Riwayat Hakim).
*Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik - Daripada Anas r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik. (Hadith Riwayat Ibnu 'Adi).
-Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan - Daripada Sa'ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya. (Hadith Riwayat Ahmad).
*Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa - Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan. (Hadith Riwayat An-Nasae’i).
*Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama - Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. " (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dapat dilihat juga sekarang banyak orang-orang bukan Islam yang menggunakan hujjah-hujjah dari AlQuran dan AlHadith yang mana mereka membuat komentar menurut kefahaman mereka sendiri sedangkan mereka tidak faham dengan Islam.
-Al-Quran Sebagai Alat Propaganda - Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya. (Hadith Riwayat Muslim)
*Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa - Dari Saad r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: " Kelak akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa " (Hadith Riwayat Ahmad).
*Merasa Rendah Dalam Ibadah - Dari Abu Sa’id Al-Kudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, akan muncul di antara kamu suatu kaum, kamu merasa rendah dalam melakukan solat dibanding dengan mereka, amal perbuatanmu jika dibandingkan dengan perbuatan mereka dan puasamu jika dibanding dengan puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak sampai melalui tenggoroknya. Mereka sebenarnya keluar dari agama bagaikan anak panah yang terlepas dari busurnya, jika di hujung panah dilihat, tidak ada bekas apa-apanya juga di kayunya tidak ada apa-apanya juga di bulunya tidak terdapat apa-apa, tetapi berlumba-lumba dalam senarnya. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
*Imam Yang Melambatkan Waktu Solat - Dari Ibnu Ame r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti selepas peninggalanku akan terjadi; para imam mengakhirkan solat dari waktunya. Oleh kerana itu hendaklah kamu mengerjakan solat tepat pada waktunya. Jika kamu datang bersama mereka untuk mengerjakan solat, maka bersolatlah kamu. (Hadith Riwayat Thabrani).
*Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Sahaja - Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam). (Hadith Riwayat Baihaqi).
*Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran - Dari Uqbah bin Amir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu. (Hadith Riwayat Thabrani.).
*Ulat-ulat Qurra’ - Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada ulat-ulat qurra’ (ahli baca Al-Quran). Barangsiapa yang berada pada masa itu, hendaklah dia berlindung kepada Allah dari mereka. (Hadith Riwayat Abu Nu’aim).
*Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin - Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'."
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Hadith Riwayat Abu Daud )
*Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Haiwan - Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang atas manusia suatu masa, di mana keadaan orang mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba". (Hadith Riwayat Ibnu Asakir).
*Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama - Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka. (Hadith Riwayat Ibnu Majah).
*Menggadaikan Agama Kerana Dunia - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". (Hadith Riwayat Tirmidzi).
*Empat Macam Golongan Mengerjakan Ibadat Haji - Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk 'makan angin', 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira'at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”
Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah - Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya ". (Hadith Riwayat Ahmad).
Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Kelak akan ada orang-orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam). (Hadith Riwayat Thabrani dan Abu Nu'aim).
*Menyalahgunakan Takdir - Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: '"Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat kalau ditanya mereka berkata' Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami lakukan.' Orang yang menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan orang yang menghunus pedangnya dalam jihad fisabilillah.”’
- Ilmu agama sudah tidak dianggap penting lagi.
- Ilmu agama sudah tidak lagi difahami dan tidak dipelajari para manusia.
*Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang - Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- "Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Hadith Riwayat Muslim)
Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani - Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". (Hadith Riwayat Muslim).
*Terlepasnya Islam Satu Demi Satu - Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w. bersabda: “Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.” (Hadith Riwayat Ahmad).
*Penyakit Umat-umat Dahulu - Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Hadith Riwayat Hakim).
*Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit - Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua 2 buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya."Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi." "Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak mempedulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanya lah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanya lah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
*Tahun-tahun yang penuh tipu muslihat - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. (Hadith Riwayat Ibn Majah)
- Lahirnya para Dajjal ( tukang dusta ) yang jumlahnya hampir 30 orang semuanya mengaku sebagai utusan Allah (Yang didewa-dewakan)
- Adanya 2 golongan besar sama berbunuhan, dengan semboyan sama-sama akan menegakkan agama Islam.
*Dajjal Sang Pendusta - Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan para dajjal sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan, di mana masing-masing mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah.”. (Hadith Riwayat Muslim).
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : “Akan keluar dajjal dan khazzab di kalangan umatku. Mereka akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan jagalah diri kamu daripada disesatkan oleh mereka.””. [Musnad Ahmad, 20/349].
Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba sehingga muncul 30 dajjal, semua mengaku sebagai utusan Allah, harta bertambah, berlaku huru-hara dan al-Harj berleluasa.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah harj?” Baginda bersabda, “ Bunuh-membunuh.””. [Musnad Ahmad, 2/457].
Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, :“Qiamat tidak akan tiba selagi belum muncul 30 dajjal, semua berbohong mengenai Allah dan RasulNya.””. [Musnad Ahmad, 2/450].
Ibn Umar r.a. berkata, “Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :“Di kalangan umat ku akan ada 70 Penyeru, yang mengajak manusia kepada neraka jahannam. Aku boleh beritahu nama mereka dan kaum mereka jika aku mahu.”
*Golongan Pendusta Di Bidang Hadith - Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan ada di antara generasi akhir dari umatku orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah – juga bapa-bapa kamu - mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.” (Hadith Riwayat Muslim).
*Orang yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam - Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga. (Hadith Riwayat Abu Dawud)
*Lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki - Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki. (Hadith Riwayat Abu Nu'aim).
*Mendidik anjing lebih baik dari mendidik anak - Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala. (Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim).
*Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak - Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (Hadith Riwayat Thabrani).
*Ulama Tidak Dipedulikan - Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." (Hadith Riwayat Ahmad).
- Ilmu agama dicabut ( banyaknya alim Ulama’ yang meninggal dunia ).
*Ketiadaan Imam Untuk Sembahyang Berjemaah - Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam". (Hadith Riwayat Ibnu Majah).
*Zaman Kekeliruan - Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.” [Musnad Ahmad, 3/220].
Akibat Berhenti Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran - Anas ibn Malik r.a. berkata, “Ditanya kepada Nabi s.a.w, “Ya Rasulullah, (apa akibat) apabila kami berhenti menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?” Nabi s.a.w. bersabda: “Apa yang telah berlaku kepada Bani Israel, akan berlaku kepada kamu. Apabila zina berleluasa di kalangan pemimpin kamu, ilmu pada urusan orang yang terendah di kalangan kamu dan kuasa dimiliki oleh orang yang rosak di kalangan kamu.”” [Hadith Riwayat Ibnu Majah, juga Kitab al-Fitan (Hadith 4015), 2/1331; Musnad Ahmad 3/187.].
Manusia Yang Berhati Syaitan - Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.” (Hadith Riwayat Thabrani).
Hilangnya Amanat Dan Munculnya Orang-Orang Gemuk - Dari Zahdam bin Mudlorrib r.a. mendengar Imron bin Khushoin berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang hidup pada masaku, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka." Imron berkata: "Aku tidak mengerti; Apakah Rasulullah s.a.w. berkata tentang peristiwa-peristiwa selepas zamannya, dua kali atau tiga kali (generasi)?" Kemudian sabda Rasulullah: “ Sesudah mereka ada suatu kaum yang berhak menjadi saksi tapi diminta kesaksiannya (tidak dijadikan sebagai saksi), mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar (berjanji) tidak menepatinya. Dan kalau sudah terjadi demikian muncullah orang-orang gemuk di antara mereka”. (Hadith Riwayat Muslim).
Dilema Antara Berbuat Maksiat Dan Meninggalkannya - Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kelak akan datang atas umatku; suatu masa di mana seseorang dihadapkan pada dua pilihan antara kelemahan dan kemaksiatan (kejahatan, kecabulan, pengkhianatan dan sebagainya). Barangsiapa mendapati (berada) pada masa itu, hendaklah ia memilih kelemahan dan meninggalkan kecabulan (penyelewengan) ". (Hadith Riwayat Hakim).
Orang yang rosak akhlak - Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Dunia ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.” [Hadith Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358.].
Golongan Anti Hadith - Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.". (Hadith Riwayat Abu Daud)
Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-sunnah - Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia. (Hadith Riwayat Ad Dailami).
Pemimpin Yang Diktator - Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang tidak memerhatikan kepentingan rakyat). (Hadith Riwayat Bukhari dan Nasae’i).
Pemimpin Yang Menipu Rakyat - Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). (Hadith Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Iman Yang Semakin Lemah - Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru-hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi harinya beriman lalu pada petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu pagi harinya menjadi mukmin. Ia menjual agamanya dengan keduniaan". (Hadith Riwayat Muslim).
Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan terjadi suatu fitnah, yang keadaan mukmin sedang petang harinya menjadi kafir, kecuali orang yang Allah dihidupkan dengan ilmu yang manfaat" (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani).
Pemimpin Yang Menyembunyikan Hak Rakyat - Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla. (Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim).
Pemimpin Yang Membuat Kerosakan - Ibnu Mas’ud r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Nanti kamu sekalian akan dikuasai para pemimpin yang selalu membuat kerosakan, dan Allah tidak akan memberikan perbaikan/pertolongan kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka taat kepada Allah, maka bagi mereka akan mendapat pahala dan kamu harus bersyukur. Dan barangsiapa di antara mereka yang membuat maksiat kepada Allah, maka mereka akan mendapat dosa dan kamu harus bersikap sabar. (Hadith Riwayat Thabrani).
Ramai Pemimpin Tetapi Tidak Dapat Menjamin Ketenteraman - Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang. (Hadith Riwayat Thabrani).
Pemimpin Yang Diingkari Rakyat - Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan ada pemimpin yang kamu mengenalnya, tetapi kamu mengingkari (perbuatan)nya. Barangsiapa yang menentang mereka (tidak mengikuti dan tidak mendukung perbuatannya), mereka akan selamat. Barangsiapa yang menjauhi mereka, ia akan aman sentosa, barangsiapa yang bergaul (mendukung) dengannya, maka ia akan binasa. (Hadith Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Thabrani).
Dari Ummi Salmah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Nanti akan ada penguasa; Kamu sekalian mengenalnya, tetapi kamu mengingkarinya. Barangsiapa yang membencinya, maka ia akan bebas; barangsiapa yang mengingkarinya dia akan selamat, tetapi mereka ada juga pengikutnya. (Hadith Riwayat Muslim dan abu Daud).
Umat Islam akan tertimpa penyakit orang kafir - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Umatku (Islam) nanti akan ditimpa penyakit masyarakat; iaitu: berupa kejahatan, kebencian, kesombongan, bermegah-megahan, perselisihan dalam hal dunia, saling benci-membenci dan saling hasut-menghasut, sehingga terjadilah kerosakan (kehancuran perpaduan umat)". (Hadith Riwayat Hakim).
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sebahagian tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah hilangnya kemanfaatan ilmu, makin ketara kebodohan, diminumnya khamar (arak), meluasnya perzinaan dengan terang-terangan, banyaknya wanita dan sedikitnya lelaki sehingga lima puluh wanita mempunyai satu pelindung lelaki. (Hadith Riwayat Bukhari).
Zaman Di Mana Halal Dan Haram Dianggap Sama Oleh Manusia - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram" - (Hadith Riwayat An Nasa'i).
- Tersebarnya perzinaan kerana memperolehi izin rasmi untuk mendirikan tempat pelacuran/perzinaan dari setiap pemerintah yang bersangkutan.
-) Segala minuman keras seperti khamr (arak) sama diminum dengan berleluasa dan bebas, peminumnya sudah tidak lagi mengenal dosa, bahkan sebagai kebanggaan.
Dikatakan manusia halalnya riba, arak, perzinaan, pakaian dari sutera dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik) - Sabda Rasulullah s.a.w: "Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan" - (Hadith Riwayat Thabrani).
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik)." (Hadith Riwayat Thabrani)
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh akan ada beberapa orang dari umatku yang meminum khamr (arak), mereka namakan dengan nama lain. Kepala mereka itu dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) serta nyanyian, lalu Allah tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi" - (Hadith Riwayat Ibnu Majah).
Rasulullah s.a.w bersabda: "Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini suatu kaum yang tingkah lakunya akan jadi seperti kera dan babi. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Tidakkah mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah?" Rasulullah menjawab: "Betul, mereka juga berpuasa, sembahyang dan haji." Mereka bertanya lagi: "Lalu mengapa keadaan mereka menjadi begitu?" Rasulullah menjawab: "Mereka mengadakan nyanyian-nyanyian, menabuh gendang disertai para biduanita dan penari, lalu pada malam harinya mereka mengadakan pesta minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi harinya mereka berubah menjadi tingkah lakunya seperti kera dan babi. Dan sungguh akan ada seorang yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya, setelah dia kembali kepadanya, lalu dia berubah tingkah lakunya seperti menjadi kera dan babi" - (Hadith Riwayat Ibnu Abi Dunia).
Ditimpa tanah runtuh dan berbagai bala bencana - Dilaporkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Dia yang mengutuskan daku dengan kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang.” Orang bertanya, “Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apabila kamu melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi memberi keterangan palsu menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan wanita meniduri wanita.” - [al-Haithami, Kitab al-Fitan].
Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya";- (Hadith Riwayat Muslim).
- Jumlah orang lelaki lebih sedikit kerana sedikitnya bayi lelaki yang lahir, dan ramai kaum lelaki yang sama, mati/meninggal dunia.
Daripada Abdillah ia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mendekati hari kiamat kelak, hanya akan diberikan salam kepada orang-orang tertentu. Juga akan marak kegiatan perdagangan, sehingga isteri-isteri pun ikut terlibat membantu suaminya dalam berdagang. Dan juga akan terjadi pemutusan hubungan persaudaraan" - (Hadith Riwayat Ahmad).
Perdagangan, perniagaan, terputusnya persaudaraan, saksi palsu, tersebar luasnya tulisan-tulisan - Thariq ibn Shibab berkata, “Kami sedang duduk bersama Abdullah ibn Mas’ud apabila datang seorang lelaki memberitahu waktu solat sudah tiba. Maka kami pun bangun dan menuju ke masjid. Selesai solat, tampil seorang lelaki kepada Abdullah ibn Mas’ud dan berkata, “As-salamu’alaika wahai Abu Abdur Rahman.” Jawab beliau, “Allah dan RasulNya telah berkata benar.” Semasa pulang kami bertanya sesama sendiri, “Kamu dengarkah apa jawapan beliau? Siapakah yang akan tanya beliau mengenainya?” Daku berkata, “Biar saya yang tanya beliau, lalu daku pun bertanya beliau sebaik sahaja beliau keluar. Beliau meriwayatkan dari Baginda s.a.w, : “Sebelum Qiamat tiba, terdapat satu ucapan khusus untuk orang kenamaan; perdagangan tersebar luas sehingga wanita akan turut suaminya dalam perniagaan; perhubungan keluarga akan putus; saksi palsu berleluasa sedang saksi benar akan sukar ditemui dan tulisan tersebar luas.” - [Hadith Riwayat Ahmad, Musnad, 1/407].
Bahaya Kemewahan - Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah s.a.w.melihat kepadanya baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Penyelewengan, Maksiat dan Penghindarannya - Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang atas manusia, suatu masa, yang mereka tidak sanggup lagi mencari penghasilan kecuali dengan jalan maksiat (antara lain penyelewengan), sehingga orang berani berdusta dan bersumpah, maka apabila masa itu sudah terjadi (timbul), hendaklah kamu lari menghindari perbuatan itu." Baginda ditanya: "Ya, rasulullah! Ke tempat mana kita akan lari menghindar?" Baginda menjawab: "Kepada Allah: Kepada Kitab-Nya dan kepada sunnah Nabi-Nya". (Hadith Riwayat Ad Dailami).
Orang sudah tidak mempedulikan halal dan haram - "Akan datang suatu masa kepada manusia, di mana orang tidak lagi mempedulikan apa yang diperolehnya apakah itu usaha yang halal atau yang haram". (Hadith Riwayat Nasae'i).
Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang kepada manusia suatu zaman, yang tidak peduli lagi seseorang di zaman itu dari mana harta diambil, (apakah yang diambilnya itu halal atau haram)". (Hadith Riwayat Nasae'i).
Maraknya Rasuah - Mu'az bin Jabal berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Ambillah pemberian, selama itu berbentuk sebuah pemberian. Sedangkan jika telah menjadi bentuk suap, maka dalam agama, janganlah kamu mengambilnya. Tidaklah keengganan kamu meninggalkannya lalu mencegah kamu dari kemiskinan dan keperluan hidup. Ingat, lingkaran Islam selalu berputar, maka berputarlah bersama Al-Quran ke mana pun ia mengarah. Ingat, Al-Quran dengan penguasa akan berbeza arah. Maka dari itu, janganlah kamu memisahkan diri dari Al-Quran. Ingat, kelak akan berkuasa atas kamu pemimpin-pemimpin yang akan memutuskan untuk diri mereka sesuatu yang tidak diputuskan untuk kamu. Jika kamu membangkang kepada mereka, maka sudah tentu mereka akan membunuh kamu. Akan tetapi, apabila kamu mematuhinya, maka mereka pasti akan menyesatkan kamu. Para sahabat bertanya: "Apa yang harus kami lakukan pada waktu seperti itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Lakukanlah seperti yang dilakukan oleh para pengikut Isa bin Maryam, di mana mereka menyebar dengan membawa gergaji, lalu memikul kayu. Kerana, mati dalam ketaatan kepada Allah jauh lebih baik daripada hidup dalam keadaan bermaksiat kepadaNya". (Hadith Riwayat Tabrani).
Maraknya praktik riba - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, di mana tidak tersisa dari mereka seorang pun kecuali menjadi pemakan riba. Dan barangsiapa yang tidak mahu memakannya, maka pasti ia akan terkena oleh debunya. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu masa, di mana manusia menganggap halal riba dengan nama jual beli. (Hadith Riwayat Ibnul Qayyim).
- Meluapnya jumlah kaum wanita melebihi kaum lelaki dengan perbandingan 50 berbanding seorang lelaki.
- Banyak terjadi gempa bumi.
Keluarnya Sumber kekayaan dan perang di Timur Tengah (Iraq).
Munculnya Galian-galian Bumi - Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi s.a.w. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat". (Hadith Riwayat Baihaqi).
Rakus Terhadap Hal Dunia - Sabda Rasulullah s.a.w.: (Jika) Hari Kiamat telah hampir terjadi; tidak bertambah manusia kecuali loba (rakus akan harta benda), dan mereka tidak bertambah dekat kepada Allah, kecuali akan menambah jauh dari Allah ( dari ajaran agama). (Hadith Riwayat Thabrani)
Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila akhir zaman, adalah kekuatan agama manusia terletak pada dinar dan dirham (harta). (Hadith Riwayat Turmidzi)
Ramai Orang Kaya Tinggal Di Lereng Gunung - Rasulullah s.a.w bersabda: Sungguh akan ada beberapa kaum yang bertempat tinggal di dekat (lereng) gunung, lalu orang-orang fakir datang kepada mereka untuk sesuatu keperluannya, kemudian mereka berkata: “Kembalilah kepada kami esok.” Kemudian Allah menyatukan gunung itu atas mereka. (Hadith Riwayat Bukhari).
Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tentera Yang Kejam - Dari Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada angkatan tentera sejak pagi-pagi dalam kemurkaan Allah, dan waktu petang juga dalam kemurkaan Allah. Oleh kerana itu waspadalah kamu sekalian! Jangan sampai kamu sekalian dijadikan perisai buat mereka. (Hadith Riwayat Thabrani).
- Zaman sudah dekat-mendekati.
Masa berlalu bagaikan kobaran api - Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat, hingga waktu terasa saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta satu jam laksana kobaran api (cepat sekali berlalu). (Hadith Riwayat Tirmidzi).
- Banyak terjadi perkara fitnah-memfitnah.
Fitnah bagaikan malam yang gelap-gelita - Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi. (Hadith Riwayat Tirmidzi).
- Banyaknya haraj, yakni bunuh-membunuh (Pembunuhan bermaharajalela dalam masyarakat kesan dari jahiliyah moden).
Pembunuhan demi pembunuhan - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya banyak kekacauan. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksud 'harj' (kekacauan) itu, wahai Rasulullah? Nabi s.a.w. menjawab: Pembunuhan demi pembunuhan. (Hadith Riwayat Muslim).
- Banyaknya harta bagi setiap orang, sehingga menjadi bingung untuk membelanjakannya.
- Ramai orang yang bermegahan dalam gedung-gedung besar dan banyaknya pasar. - Rasulullah bersabda : "Kiamat hampir saja akan berdiri apabila sudah banyak perbuatan bohong, masa (waktu) akan terasa cepat dan pasar-pasar akan berdekatan (kerana saling banyaknya)" (sahih Ibnu Hibban).
Binatang buas dan benda-benda padat berbicara - Daripada Abu Said al Khudri r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Dzat yang telah menciptakan diriku dengan kekuasaan-Nya, tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum binatang-binatang buas berbicara dengan manusia. Sebelum seseorang diajak berbicara oleh hujung serta tali-tali seliparnya. Dan pahanya akan mengkhabarkan kepadanya tentang apa yang dilakukan oleh isterinya sesudahnya. (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Bagaikan Menggenggam Bara Api - Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa di mana orang yang berpegang kepada agamanya bagaikan orang yang menggenggam bara api. (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Punca Kebinasaan Seseorang - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah s.w.t. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah s.a.w., apakah maksud perkataan engkau itu ? (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya?)". Nabi s.a.w. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya di jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya". (Hadith Riwayat Baihaqi)
Bencana Yang Akan Menimpa Umat Islam Di Akhir Zaman - Abdullah ibn Umar berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: “Wahai Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya: (1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya. (2) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka. (3) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka. (4) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka. (5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.” (Hadith Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).
Tanda-tanda akhir / besar kiamat (alamat kubra)
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". Hadith Riwayat Muslim
Keterangan hadith di atas
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1 - Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir dan menyebabkan kepala mereka menjadi hitam seperti kepala kambing yang disalai atas bara api.
2 - Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. Dia akan keluarl dari arah pertengahan antara Laut Syam dan Laut Yaman di Timur Tengah, mengaku sebagai Nabi Isa a.s, tuhan orang Kristian dan Bani Israel.
Nabi s.a.w. bersabda: “Dajjal akan muncul di suatu tempat di timur bernama Khurasan. Pengikutnya adalah manusia yang berwajah seperti perisai yang telah dipalu tukul.” [Hadith Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan, 2338, 6/495.]
3 - Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Ianya juga sebagai bukti besar Islam bahawa Dajjal adalah bukannya Nabi Isa a.s yang diwar-warkan sebagai tuhan Kristian dan Yahudi.
Turunnya Nabi Isa dari langit - Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; Demi Dzat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, sungguh amat dekat saat turunnya Isa putera Maryam di kalangan kamu sekelian yang bertindak sebagai seorang hakim yang adil. Ia akan memecahkan semua kayu palang salib, membunuh babi, melenyapkan pajak gadai dan pada waktu itu harta melimpah ruah, sehingga seorang pun tidak ada yang mahu menerima harta yang disedekahkan kepadanya, hingga satu sujud lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Kemudian Abu Hurairah berkata: " Bacalah, jikalau engkau semua menginginkannya:" Tidak ada sama sekali dari golongan ahli kitab, melainkan mereka hanya beriman kepada Isa a.s. sebelum mangkat baginda iaitu setelah turunnya ke bumi dan sebelum tibanya hari kiamat. Pada hari kiamat Isa a.s. akan menjadi saksi atas semua orang.
Isa a.s. mencari Dajjal - Daripada Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi berkata, "Saya mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal itu akan keluar dari kalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh. Yang meriwayatkan hadis ini berkata: "Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun..." Selanjutnya baginda bersabda: "Allah mengutus Isa mencari Dajjal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama tujuh 7 tahun. Tidak ada pertengkaran antara dua 2 orang (pada waktu itu umat manusia hidup dalam kerukunan. (Hadith Riwayat Muslim).
Perang melawan Yahudi - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga (Kaum Muslimin) memerangi Kaum Yahudi, sehingga batu tempat orang Yahudi bersembunyi itu pun berkata: "Hai, Orang Islam! Ini ada orang Yahudi, bunuhlah!” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Umat Islam Memusnahkan Orang-Orang Yahudi - Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! ", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Nabi Isa a.s kemudiannya akan wafat di madinah.
4 - Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Telah diriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahnya dengan rasa ketakutan sambil berkata: "Laa Ilaaha Ilallah, celaka bangsa Arab dari bahaya yang telah dekat, ini telah terbuka dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini sambil melingkarkan jari telunjuk dengan ibu jarinya.
Zainab bin Jahsy bertanya: "Ya Rasulullah! Dapatkah kami binasa, padahal masih ramai solihin di antara kami?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya,! Jika telah banyak kejahatan.”. (Hadith Muttafaq Alaihi.)
Tirai dinding Yakjuj Makjuj - Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Allah telah membuka tirai dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini; sambil melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari" - (Hadith Muttafaq Alaihi)
Hancurnya Yakjuj Makjuj dan seluruh isi alam menjadi sesuci salju dan melimpah ruahnya sumber rezeki dan kekayaan berkat doa Nabi Isa a.s.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Maka hilanglah segala permusuhan dan benci-membenci di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari keseluruhan binatang yang berbisa sehingga anak kecil memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, maka ular itu tidak menggigitnya dan tidak ada apa-apa kemudharatan. Anak kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang biasanya menerkam kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing pemeliharanya. Bumi ini akan dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan seperti mana dipenuhkan sesuatu bejana dengan air. Pendapat akan menjadi satu ( tiada perselisihan antara ummat) dan tidak disembah kecuali hanya Allah dan segala peperangan akan berhenti dan orang Quraisy kembali memegang tampuk kepimpinan (maksudnya kepimpinan Imam Mahdi)" - (Hadith Riwayat Ibnu Majjah.)
Daripada Nawas bin Sam'an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-"Maka dikirim oleh Allah, Yakjuj dan Makjuj; mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi. Barisan depan mereka melalui Danau Tibris, lalu mereka minum air Danau itu sampai habis. Kemudian barisan terakhir lewat pula di situ, lalu mereka mengusapkan: "Sesungguhnya di sini dahulunya pernah ada air." Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung (sehingga kekurangan makanan), sehingga seekor kepala sapi (kepala lembu) bagi masing-masing mereka, lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu. Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim penyakit hidung pada kenderaan Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang agak sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti kaca. Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; "Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!" Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat" - (Hadith Riwayat Muslim.)
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:- "Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (yang lembut) yang datang dari negeri Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui seseorang yang beriman, walaupun imannya hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia akan mematikannya". (Hadith Riwayat Muslim.)
5 - Binatang yang dipanggil 'Dabbah' akan keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah S.w.t. Ia muncul di waktu dhuha dan akan berbicara kepada setiap manusia.
Binatang yang keluar sebagai tanda akan datangnya hari kiamat itu akan keluar dengan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa a.s. Kemudian memberi semacam tanda kepada wajah orang mukmin dengan menggunakan tongkatnya dan memberi cap pada hidung orang kafir, dengan menggunakan cincin itu, sehingga orang-orang yang ahli tamu sama berkumpul yang satu mengucapkan "Hai orang mukmin!" dan yang lain mengucapkan "Hai orang kafir!". (Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).
Binatang itu akan keluar lalu memberi tanda kepada orang ramai di hidungnya. Orang-orang berkumpul ramai sekali, sehingga ada orang yang membeli binatang tersebut, pembeli itu ditanya: "Dari siapakah engkau membeli binatang ini?" Jawabnya: "Dari orang yang dicap hidungnya." (Hadith Riwayat Ahmad)
Dabbah ini juga akan menjadi guru kepada manusia kerana waktu itu manusia sudah tidak mendengar dan mempercayai firman2 Allah dan juga alim ulamak. Lihatlah betapa manusia waktu itu sudah buntu dan akhirnya Allah utuskan binatang untuk menjadi guru manusia. Diumpamakan seperti kisah Habil dan Habil, yang mana Allah utuskan burung gagak untuk memberi pelajaran tentang cara-cara menanam mayat manusia.
6 - Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya iaitu dari arah Barat. Maka pada saat itu Allah S.w.t. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Bermakna PINTU TAUBAT sudah tertutup. Ini kerana IMAN adalah KEYAKINAN, sedangkan apabila matahari sudah keluar dari barat itu bermakna sudah SAH akan kiamat. Maka iman di ketika itu hanyalah IMAN dalam terpaksa, maka IMAN sebegitu tidak lagi diterima oleh Allah S.w.t, na'uzubillah.
Contohnya sama seperti Firaun yang mengakui Allah itu Tuhan apabila nyawanya sudah sampai tenggorok iaitu ketika ajalnya sudah hampir (sakaratul maut) ketika dia tenggelam dalam laut Merah ketika mengejar Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel. Maka IMAN ketika itu sudah tidak diterima lagi kerana dia telah SAH akan mati.
Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba sehingga matahari terbit dari Barat. Manusia akan menyaksikannya, sesiapa yang berada waktu itu akan mempercayainya tetapi itulah masanya dimana “...tidaklah bermanfaat Iman seseorang bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu.” [Hadith Riwayat Bukhari, Kitab al-Tafsir, 6/73].
Tidak akan terjadi Hari Kiamat, sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya (Maghrib / Barat). Apabila matahari terbit dari tempat terbenamnya, manusia semuanya beriman. Maka di waktu itu, iman seseorang tidak berguna bagi dirinya yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang belum pernah berbuat baik dalam berimannya. (Hadith Riwayat Muslim).
Begitulah sistem alam ini akan menjadi tidak seimbang dan semakin kacau-bilau apabila hampir kepada kebinasaannya, sama lah seperti manusia yang menghampiri saat2 kematiannya, akan berlaku lah ketidak-seimbangan dan kacau bilau dalam sistem tubuhnya.
7 - Gempa bumi di Timur.
8 - Gempa bumi di Barat.
9 - Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10 - Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Keluarnya api dari Hijjaz menghalau manusia pada masa itu dari arah selatan Yaman ke utara negeri Syam, maka ketika itu Malaikat Israfil akan meniup sangkakala, tiupan yang pertama yang mengejutkan ke semua orang yang berada pada hari itu. Di hari itu orang ramai tidak sempat berurusan dengan urusan masing-masing. Mereka akan dikejutkan dengan tiupan yang keras sekali, yang menderu di udara sehingga semua orang akan tercengang ke langit mendengarkannya.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Beberapa kejadian lain
- Rosaknya Kaabah ( Baitullah ).
Rosaknya Kaabah;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang berbetis kecil dari Habsyah (Ethiopia);- (Riwayat Muttafaq Alaih).
Kaabah diruntuhkan;-Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Ka'bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang Negro) yang bergelar "Dzus-Suwaiqatain" (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka'bah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar". (Hadith Riwayat Imam Ahmad).
Lenyapnya Al-Quran dari Mushaf dan hati (Al-Quran diangkat)
Al-Quran Akan Hilang Dan Ilmu Akan Diangkat;-Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali)"- (Hadith Riwayat Ibnu Majah.)
Mengenai Manusia Yang Hidup Di Ambang Qiamat;- Abdullah ibn Mas’ud r.a. berkata, “Daku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kefasihan boleh memukau; manusia yang akan merasai qiamat semasa hidup ialah manusia yang terjahat dan mereka yang menjadikan kubur sebagai masjid.” [Hadith Riwayat Ahmad, Musnad, 3/268].
Peristiwa-peristiwa Di Ambang Qiamat;- Telah diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda, : “Halilintar serta petir akan sering berlaku menjelang Qiamat sehingga seorang akan bertanya kepada orang ramai, “Ada sesiapa di antara kamu yang dipanah petir pagi tadi?” Maka disahut, “Si fulan dan fulan telah kena panah.”” [Hadith Riwayat Ahmad, Musnad, 3/64,65].
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak berlaku sehingga datang hujan lebat yang merosakkan sekelian tempat kediaman kecuali khemah-khemah.” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/262].
Sabda Rasulullah s.a.w;- "Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh (berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan."- (Hadith Riwayat Ibnu Hibban).
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,: “Qiamat tidak akan berlaku sehingga punggung wanita-wanita Dhaus mengelilingi Zul-Khalasah.” [Hadith Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan, 8/182].
*** Dhaus ialah suatu kaum di Yaman. Zul-Khalasah ialah rumah berhala di zaman Jahiliyyah. Mereka percaya sesiapa menyembah atau mengelilinginya akan disucikan (khallasa). Hadith ini bererti kaum itu akan murtad dan kembali menyembah berhala sehingga wanita mereka menyembah dan mengelilinginya dengan menggoyang-goyangkan tubuh mereka.
Jika keadaan sudah jadi seperti ini, maka kiamat bila-bila masa boleh terjadi. Kiamat diumpamakan seperti:- "Seperti perempuan yang mengandung yang sudah cukup bulan. Keluarganya tidak tahu bilakah mereka akan dikejutkan dengan kelahiran anak yang dalam kandungannya, sama ada di waktu malam atau siang". (Hadith Riwayat Ahmad).
"Maka apabila malapetaka yang sangat besar (hari kiamat) telah datang.
Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya,
dan diperlihatkan neraka dengan jelas kepada setiap orang yang melihat.
Adapun orang yang melampaui batas,
dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,
maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).
(Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kebangkitan, bilakah terjadinya
Siapakah kamu (maka) dapat menyebutkan (waktunya)?
Kepada Tuhanmulah dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya).
Kamu hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit)
Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari." (Surah An Naazi'aat : Ayat 34 - 46)
Rujukan :
1 - AlQuran
2 - Ceramah Tanda Besar Kiamat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
3 - http://www.geocities.com/saifullah_islam77/dekatnya_kiamat.html
4 - 40 hadith tentang peristiwa akhir zaman - Abu Ali al Banjari An Nadwi

Subscribe to:
Posts (Atom)