Thursday, April 14, 2011

Al Quran dan Alam Semesta

Sains tentang Kosmologi moden , pemerhatian dan teori, dengan jelasnya menandakan bahawa pada suatu masa dahulu, seluruh alam ini tiada melainkan segumpal asap (seperti yang legap sangat tebal dan komposisi gas panas). [1] Ini adalah satu prinsip kosmologi moden standard yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Para saintis masa kini boleh memerhatikan pembentukan bintang baru dari bekas-bekas asap itu.






Gambarajah 1 : Bintang baru terbentuk dari segumpal awan gas dan debu (nebula), yang mana adalah salah satu dari bekas-bekas asap asal yang membentuk alam semesta. (The Space Atlas, Heather and Henbest, p. 50.)




Gambarajah 2 : Nebula lagun ini ialah sekumpulan awan gas dan debu, kira-kira berdiameter 60 tahun cahaya. Ianya dirangsangkan dengan Radiasi Ultraungu bintang-bintang panas yang kebelakangan ini terbentuk dalam kelompoknya. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, plate 9, from Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)

Bintang-bintang yang berkerlipan yang kita lihat di waktu malam , sama seperti seluruh cakerawala, dalam bahan asap itu. Allah telah berfirman dalam AlQuran;



"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap ......" Surah Fusshilat : Ayat 11



Kerana Bumi dan langit di atas (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi, dsbnya..) telah dibina dari 'asap' yang sama , kami membuat kesimpulan bahawa Bumi dan langit pernah menjadi satu entiti yang berhubungan. Kemudian luar dari asap yang sama jenis ini mereka telah terbentuk dan terpisah antara satu sama lain. Allah berfirman lagi dalam AlQuran;



"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" Surah Al Anbiyaa' : Ayat 30



Dr. Alfred Kroner ialah seorang dari ahli geologi terkenal dunia. Dia ialah seorang professor geologi dan juga Pengerusi Jabatan Geologi di Institut Geosains di Universiti Johannes Gutenberg, Mainz, Jerman. Dia berkata, "Memikirkan dari mana Muhammad datang ...... Saya rasa adalah mustahil bahawa dia boleh mengetahui sesuatu seperti asal kejadian alam semesta. Kerana saintis hanya mengetahui perkara ini beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kaedah teknologi yang maju dan komplikated. [2] Juga dia berkata, "seseorang yang tidak tahu tentang fizik nuklear 1400 tahun yang lalu tidak boleh, saya rasa, berada dalam keadaan mengetahuinya dari pemikirannya sendiri, sebagai contoh, Bumi dan langit mempunyai asal yang sama. [3]


Nota kaki:



(1) The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, pp. 94-105.



(2) The reference for this saying is This is the Truth (video tape).



(3) This is the Truth (video tape).

Osama isyarat untuk Obama


Amerika Syarikat nampaknya sudah amat terdesak. Hari ini dalam beberapa akhbar seperti BBC News, Daily Mail, mengatakan bahawa Osama Laden memberi amaran kepada Barack Obama dan AS bahawa dia akan melancarkan serangan lagi terhadap mereka, seumpama peristiwa 9/11 setelah kononnya tidak berjaya meletupkan kapal terbang Northwest Airlines pada Hari Krismas 25 Disember 2009 lalu.



Mereka mendakwa ada rakaman audio dari suara Osama yang membuat amaran tersebut, yang mana menggesa AS agar berhenti menyokong Israel.

Tetapi akhbar seperti BBC News sendiri mengatakan bahawa ianya masih tidak sahih - "The authenticity of the audio tape has not been verified".



Audio 'Osama to Obama' tersebut ke udara di televisyen Al-Jazeera, sedangkan ada desas-desus mengatakan bahawa Al-Jazeera itu sendiri ada hubung-kait dengan CIA.



Ini merupakan taktik lama yang masih lagi diguna-pakai oleh kerajaan Amerika Syarikat. Mereka hanya cuba untuk mengalihkan perhatian dunia, menakut-nakutkan rakyat mereka sendiri agar berharap pada mereka dan cuba menuduh Islam iaitu agama yang mempunyai penganut yang amat ditakuti oleh mereka.



Osama Laden sendiri pun tidak pernah mengaku bahawa beliau yang bertanggung jawab pada peristiwa 9/11. Dan Osama menuduh rejim Israel yang menjadi dalang dalam semua itu.

Yang memberi maksud , "Saya telah mengatakan bahawa saya tidak terlibat dalam serangan 11 September di Amerika Syarikat. Sebagai seorang Muslim, saya cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan berbohong. Saya tiada mempunyai pengetahuan tentang serangan ini, juga tidak saya anggap pembunuhan perempuan tak berdosa, anak-anak dan manusia lain sebagai tindakan cukup besar. Islam secara tegas melarang menyebabkan kerosakan bagi perempuan tak berdosa, anak-anak dan orang lain. Amalan semacam ini dilarang walaupun dalam peperangan. Ianya adalah Amerika Syarikat, yang melakukan setiap penganiayaan terhadap perempuan, anak-anak dan masyarakat umum daripada agama lain, khususnya para pengikut Islam."








Ada sumber-sumber dari Pakistan dan Afghanistan yang mengatakan bahawa Osama Laden telah meninggal dunia sejak tahun 2001 dulu lagi, dan dikebumikan di kawasan pergunungan tenggara Afghanistan. Ini kerana keadaan fizikalnya pada ketika itu pun sudah dalam keadaan sakit teruk, ketika digambarkan pada 27 Disember 2001, dimana dia sehari-hari memerlukan dialisis buah pinggang.

Sejarah pun ada membuktikan bahawa sudah beberapa kali mereka mengeluarkan audio tape yang kononnya adalah suara Osama tetapi sebenarnya bukan, seperti yang berlaku pada tahun 2002. Audio tape itu diumumkan palsu oleh Swiss Research Institute.


Pakar-pakar di Lausanne-based Dalle Molle Institute for Perceptual Artificial Intelligence membuat perbandingan dengan 20 tape dari Osama Laden yang diterima sebelum itu, dan membuat kesimpulan bahawa audio tape pada tahun 2002 itu adalah palsu, dengan kata lain, ada orang menyamar sebagai Osama..




Majalah FOCUS Money di Jerman pun tidak percaya dengan peristiwa 9/11 yang dituduh oleh AS dilakukan oleh AlQaeda.



Majalah itu menyatakan dalam sebuah artikel, bahawa adalah "tidak hanya ahli politik yang serius yang tidak mahu percaya versi rasmi (peristiwa 9/11) lagi", tetapi juga, "ada ribuan saintis, yang mempersoalkan 9 /11".



Laman pertama artikel tersebut menunjukkan gambar mereka-mereka yang skeptis pada 9/11, iaitu Charlie Sheen, Sharon Stone, Rosie O'Donnell William Rodriguez (di sebelah GW Bush), bekas Gabenor Jesse Ventura, Richard Gage, Hakim Persekutuan Dieter Deiseroth dan banyak lagi.



Aduhai kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, ntah kepada siapa mereka cuba untuk melakukan pembohongan ini. Sedangkan majoriti rakyat AS sendiri sudah sedar bahawa Osama bin Laden berkemungkinan besar telah meninggal dunia sejak tahun 2001 lagi.



Mengapa mereka tidak boleh membawa rakaman video kewujudan Osama Laden? Dan mengapa mereka tidak dapat mengesan di mana Osama berada sedangkan mereka mempunyai teknologi satelit yang boleh mengesan hampir setiap gerakan manusia di muka bumi ini?


Wallahu a'lam .......
Isnin, Januari 25, 2010

Bukti Al Quran adalah dari Tuhan pencipta alam ini

Dalam Quran Ada beberapa perkataan yg diulang dengan bilangan yang menarik.
Antaranya :

Day (Hari) - 365 kali
Days (Hari2) 30 kali
Moon (Bulan) 12 kali

Punishment (Hukuman) 117 kali
Forgiveness (pengampunan) 2 X 117 kali

World (Dunia) - 115 kali
HereAfter (Akhirat) 115 kali

Tujuh langit (Seven Heaven) 7 kali
Penciptaan langit (The Creation of The Heaven) 7 kali

Faith (Iman) 25 kali
Infidelity (Kufur) 25 kali

Zakah 32 kali
Blessing 32 kali

The Truly Virtue 6 kali
Libertine 3 kali


Human Being (Manusia) 65 kali

Soil - 17 kali
+
Air Mani 12 kali
+
Embrio 6 kali
+
A lump of Flesh 3 kali
+
Bone 15 kali
+
Flesh 12 kali
= 65 kali (jumlahnya sama dengan bilangan perkataan manusia)




RAHSIA MEKAH & NOMBOR 1.618




1) Nisbah 1.618 ni memang sudah diakui nisbah yang ajaib dalam rekabentuk kerana rekabentuk yang menggunakan nisbah ni akan jadi cantik di mata manusia. Itulah sebabnya nisbah 1.618 ini dipanggil Nisbah Emas atau Purata Emas.


2)Yang lagi ajaib rupa-rupanya bila diukur, kota Mekah bukan sahaja terletak dengan cantiknya pada nisbah 1.618 di bumi, malah juga berada dalam nisbah ini di Arab Saudi. Kaabah juga ajaib sebab terletak dengan nisbah ini dalam Kota Mekah.


3)Tambah-tambah ajaib lagi bila ayat 96 surah al imran, ada terselit perkataan Mekah di tengah-tengah ayat tu. Ayat ini relevan kerana menyebut tentang Mekah sebagai petunjuk keimanan manusia. Bila di kira huruf sebelum dan selepas perkataan Mekah, ternyatalah perkataan Mekah dalam ayat tu pun terletak dalam Nisbah Emas 1.618....




“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53

Propaganda US mengenai Al-Qaeda


Anastasia Churkina, wartawan dari Russia Today duduk untuk sebuah wawancara eksklusif dengan wartawan dan pembuat filem Nir Rosen, yang menghabiskan berbulan bahkan bertahun di Timur Tengah. Rosen berbicara tentang kebenaran di sebalik Al-Qaeda, Afghanistan dan Iraq, dan alasan sebenarnya penglibatan ketenteraan Amerika di sana.


Ada yang mengatakan polisi Barack Obama dengan polisi George Bush berbeza. Akan tetapi tentang pembunuhan kejam yang berlaku di Palestine dan sebagainya, Obama hanya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghalang.


Jika tidak mahu umat Islam menyerang, maka jangan menyerang mereka. Tetapi sebaliknya, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya sering menyerang negara-negara umat Islam dan kemudian menuduh mereka sebagai pengganas.



Media-media di Amerika Syarikat mengatakan bahawa AlQaeda adalah ancaman terbesar kepada Amerika Syarikat dan mahu menghancurkannya. Akan tetapi Nir Rosen mengatakan ianya hanya satu pembohongan dan sebenarnya langsung tidak boleh dianggap sebagai ancaman.



Lagi pun apa lah yang AlQaeda boleh buat untuk menghancurkan sebuah negara yang amat besar seperti Amerika Syarikat. Tetapi cara AS membesarkan isu ini seolah-olah AlQaeda itu ialah sebuah negara atau kuasa besar yang boleh menghancurkan AS, tidak relevan langsung.



AS memperbesarkan tentang isu AlQaeda dan membayangi mereka, sedangkan ntah wujud atau tidak lagi AlQaeda sekarang ini. AS juga mempropagandakan AlQaeda seolah-olah sebagai penjahat di dalam filem James Bond.



AS hanya mengerahkan tenteranya ke negara-negara luar kerana tiada kerja nak dibuat, maka mereka diberikan kerja. Dan kerja yang paling menguntungkan mereka ialah dengan cuba cari jalan merampas tanah orang lain yang mempunyai hasil bumi yang banyak. Sekurang-kurangnya mereka mendapat pulangan yang lumayan daripada membayar gaji buta kepada askar-askar mereka.



Bagaimana agaknya wajah Osama pada hari ini?

Sementara itu, U.S. State Department telah mengemas-kini kan gambar fail foto Osama Laden pada 1988, mengubahnya secara digital untuk melihat bagaimana agaknya rupa Osama Laden pada hari ini.




Sebuah gambar komposit menunjukkan Osama bin-Laden pada Mei 1998, paling kiri, dan dua yang diubah secara digital dan gambar yang dikeluarkan Khamis 14 Januari 2010 di laman web US Department of State iaitu rewardsforjustice.net menunjukkan bagaimana Osama bin Laden dapat dilihat seperti hari ini dengan lengkap dengan janggut dan dengan rambut dan janggutnya dipotong rapi.



Osama Bin Laden sekarang berumur 52 tahun. Dan dia diyakini bersembunyi di sempadan Pakistan yang tidak mempunyai undang-undang , bersempadan dengan Afghanistan, meskipun dengan tepat keberadaannya tidak diketahui sejak akhir 2001.



Mungkin Osama bin Laden hanyalah watak rekaan sepertimana banyak dalam filem-filem Hollywood seperti Surrogates yang mengisahkan ketua kumpulan pengganas atau sesuatu pertubuhan yang diciptakan wataknya dengan tujuan propaganda.

Wednesday, April 6, 2011

Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin


Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin (Arab: الشيخ أحمد إسماعيل حسن ياسين‎; 22 Jun 1937 – 22 Mac 2004[1]) adalah pengasas pertubuhan Palestin Hamas. Dilahirkan di desa Al-Jaurah, pinggiran Al-Mijdal, selatan semenanjung Gaza (sekarang dekat Ashqelon di Israel). Ketika masih kanak-kanak, beliau dan keluarganya telah dipaksa menjadi pelarian akibat oleh perperangan dengan Israel pada tahun 1948.

Yassin mendirikan Hamas (al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyah) dengan rakannya Abdul Aziz al Rantisi dan Khaled Meshal pada tahun 1987. Sheikh Ahmed adalah seorang yang hampir buta dan juga seorang kuadriplegia akibat kemalangan sukan pada masa mudanya sehingga beliau perlu menggunakan kerusi roda sepanjang sisa hidupnya.[2] Beliau merupakan pejuang Intifadah, mujahid dakwah yang berjuang menegakkan Islam dan penghulu pejuang kemerdekaan Palestin.Sheikh Ahmed Yassin dibunuh pada hari Isnin, 22 Mac 2004 ketika helikopter Israel menghentam 3 buah roket ke atas kenderaannya setelah beliau menunaikan Solat Subuh.




As Syahid Sheikh Ahmad Yasin:Jasadmu Hancur tetapi Perjuanganmu Tetap Utuh! - dari destinasimu.blogspot

Nama sebenar beliau adalah Ahmad Ismail Yasin. Lahir pada tahun 1938 di Desa Al-Jaurah, utara Ghazzah. Beliau yang sangat meminati olahraga, telah mendapat kecelakaan yang menyebabkan ia diserang kelumpuhan total. Namun, itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah Yahudi.


Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang Fatah atau penjara Israel. Sebahagian besar hidupnya dihabiskan diatas kerusi roda yang ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yang kabur dan telinga yang tidak dapat mendengar lagi dengan baik. Ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.



Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. Namun, fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya untuk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah dan para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.



Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ dan memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dengan penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.



Tahun 1987, Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Yasin diangkat menjadi amir pertama. Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dengan gerakan kemerdekaan Palestin yang lain seperti PLO yang agak berhaluan secular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar-besaran Palestin kali pertama dibangkitkan.




Detik-detik akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yang ditembak oleh helicopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. Kepalanya hancur dan tangannya putus. Kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam plastic.




Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh Sheikh Yasin sendiri. “ saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata Sheikh Yasin pada anak-anaknya.




Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudia beliau menunaikan Solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Yasin melarangnya.


Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid


1.↑ Tarikh lahirnya tidak diketahui secara tepat: menurut pasport Palestinnya, beliau lahir pada 1 Januari 1929, namun beliau telah menyatakan sebenarnya beliau telah dilahirkan pada 1938, sedangkan sumber Palestin mendaftarkan tahun kelahirannya sebagai tahun 1937.

Ahmad Deedat



Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz (lahir 1 Julai 1918 – meninggal 8 Ogos 2005 pada umur 87 tahun) adalah seorang cendekiawan Muslim dalam bidang perbandingan agama (comparative religion). Beliau juga merupakan seorang pengarang, pensyarah, dan juga pemidato. Beliau dikenali dunia sebagai salah seorang pakar pembicara yang amat handal khususnya dalam sesi perdebatan umum yang memerihalkan tentang masalah keagamaan Islam bersama agama-agama lain. Pada tahun 1957, Deedat bersama dua orang temannya telah mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan beliau telah menjadi Presidennya sehingga tahun 1996. Deedat meninggal dunia pada tahun 2005akibat mengalami angin ahmar yang telah dideritanya sejak tahun 1996.

Ahmed Hoosen Deedat dilahirkan di daerah Surat, India, pada tahun 1918. Beliau tidak dapat kekal bersama dengan ayahnya sehingga tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit, akibat dari profesinya itu (ayah Deedat) telah berhijrah / berimigrasi ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmed Deedat.

Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindari dari kemiskinan yang amat larat, Ahmed Deedat telah pergi ke Afrika Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan).

Di negeri yang asing, seorang anak lelaki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggeris telah mula menyiapkan peran yang harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disedarinya.

Dengan ketekunannya dalam belajar, anak laki-laki kecil tersebut (yakni Deedat) tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa asing, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran dan hobi Deedat dalam membaca telah menolongnya untuk memudahkan dirinya mendapatkan promosi pendidikan sehingga beliau tamat pendidikan pada darjah 6. Kekurangnya pembiayaan pelajaran menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun untuk pertama kalinya ia bekerja dalam bidang retail (eceran).

Yang terpenting sekali adalah pada tahun 1936, sewaktu beliau bekerja di kedai / toko Muslim berdekatan sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal. Penghinaan yang tidak henti-henti dari siswa Misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim telah menanamkan keinginan beliau yang membara untuk melakukan aksi menghentikan propaganda Kristian yang salah itu.

Ahmed Deedat telah berjaya menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam membalas gangguan Misionaris Kristian selama penaklukan Inggeris dan pemerintahan India. Secara khusus, idea untuk menangani debat telah berpengaruh besar dalam jiwa dan diri Ahmed Deedat. Ahmed Deedat juga turut menghafaz Al-Quran sehinggakan beliau digelar Al-Hafiz.

Beberapa minggu setelah itu, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mula melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionaris. Ketika siswa misionaris tersebut mundur dalam menghadapi argumen balik Ahmed Deedat, secara peribadi telah memanggil guru teologi Kristian kepada siswa-siswa misionaris untuk berdebat bersamanya, bahkan pendeta-pendeta Kristian di daerah tersebut juga turut diajak berdebat bersama Deedat.

Keberhasilan-keberhasilan ini telah memacu Ahmed Deedat untuk berdakwah. Bahkan perkahwinan, kelahiran anak, dan persinggahan sebentar selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tidak mengurangi keinginannya untuk membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan hasil dari para misionaris Kristian yang tidak bertanggungjawab.

Dengan semangat misionaris untuk menyebarkan agama Islam, Ahmed Deedat telah membenamkan dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekad yang akan datang. Beliau memimpin kelas bagi matapelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah ilmu. Beliau mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk melatih para pendakwah Islam. Ahmed Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk Masjid yang masih dikenali sehingga saat ini.

Ahmed Deedat adalah anggota paling awal yang menganggotai Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi Presidennya, sebuah posisi yang dipegangnya sampai tahun 1996. Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. Ahmed Deedat mengirim beribu-ribu materi kuliah ke seluruh dunia dan mendebat dengan pengabar-pengabar Injil pada debat umum. Beribu orang telah memeluk Islam atas rahmat Allah serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah.

Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk prestasinya yang bersejarah itu, beliau telah dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan bergengsi yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmed Deedat hanya boleh berbaring di tempat tidurnya di Verulam, Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi KwaZulu-Natal, Durban. Beribu orang yang kebanyakan dari umat Islam telah berhimpun dirumahnya dan menunaikan Solat jenazah untuknya. Lantas jasad beliau dimakamkan di pemakaman Verulam.

Buku The Choice: Dialog Islam-Kristian adalah buku antara paling terlaris dijual didunia yang ditulis oleh Ahmed Deedat. Buku ini telah disebarkan secara meluas ke Afrika Selatan hingga ke Eropah, Asia, Oceania, bahkan Amerika Utara dan Selatan.

Dalam buku ini Deedat mengupas tentang perbezaan antara Islam dan Kristian. Beliau mengupas habis-habisan beberapa kesalahan yang beliau temukan dalam Alkitab baik dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.

Berkat usaha penulisan dan penerbitan buku ini pula, beberapa tokoh Kristian telah memeluk Islam. Diantaranya adalah Kenneth Jenkins (sekarang berganti nama menjadi Abdullah al-Faruq) dan mantan misionaris Gary Miller (sekarang namanya adalah Abdul-Ahad Omar).

Terdapat juga naskah pita kaset rakaman suara yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Da'i dengan judul Benarkah Jesus Tuhan: Debat Kontemporer Ahmed Deedat vs Dr Anis Shorosh. Pita kaset rakaman ini diambil dari suatu sesi perdebatan berprestij antara Ahmed Deedat(sebagai pendebat Islam) dan Dr Anis Shorosh (sebagai pendebat Kristian) pada tahun 1985. Perdebatan telah berlaku di Dewan Utama Royal Albert Hall, London, Britain. Beribu pendengar telah hadir ke dalam sesi perdebatan antaranya adalah Yusuf Islam. Hasil sesi perdebatan tersebut telah berjaya mengajak lebih banyak masyarakat dunia khususnya masyarakat London untuk memahami Islam secara lebih mendalam.

Tuesday, April 5, 2011

Harun Yahya


"Beliau bukanlah baru dalam bidang siasatan konspirasi Yahudi. Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar merupakan antara Conspiracy Investigator (CI) muslim paling terkenal di dunia setakat pengetahuan saya.

Hasil-hasil kerja beliau amat unik malah beliau tidak sahaja menumpu kepada membongkar aktiviti konspirasi Yahudi tetapi banyak makalah-makalah beliau mengajak manusia mengagungkan ciptaan Allah.


Selepas dipenjara atas tuduhan menentang Teori Revolusi Darwin semasa belajar di Turki, beliau banyak menulis tentang kehebatan makhluk-makhluk ciptaan Allah. Setiap huraian dan penerangannya digabungkan bersama fakta sains dengan ayat-ayat al-Quran. Bahasanya mudah, ringkas dan berfakta.



Maka tidak hairanlah sebuah hasil kerjanya diterjemah di seluruh dunia dalam lebih 20bahasa termasuk Eropah, Asia Timur, Asia Barat dan Amerika.

Beliau amat terkenal sebagai pembongkar dan penentang pertubuhan Zionist dan Freemason di seluruh dunia. Mungkin sifatnya ini yang menyebabkan pihak pengurusan Googel Inc. mengharamkan penggunaan Google Groups kepada Adnan Oktar atau sebarang aktiviti berakaitan dengannya.

Bukan itu sahaja, beliau juga antara CI muslim yang dikategorikan oleh Jewish American Organization (JAO.org) sebagai anti-semitik dan berbahaya kepada Yahudi Zionis.

Nampaknya beliau mengikut jejak langkah Muhammad Isa Dawud digelar sebagai anti-sematik dan berbahaya. Cumanya Muhammad Isa Dawud di banned oleh Anti-Defamation League (ADL.org) lebih awal lagi.

Umur mereka berdua juga hampir sama, kedua-duanya berumur 50-an, cuma Harun Yahya tua setahun daripada Muhammad Isa Dawud iaitu 56 tahun.




(Kanan) Harun Yahya ditahan polis Turki pada 1986 kerana menentang sekular (Kiri) Harun Yahya ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa Barkikoy, Turki.


Mengapa Harun Yahya Dianggap Berbahaya?

Yahudi amat licik mencari mangsa untuk dihapuskan. Mereka tidak mencari orang-orang awam yang menyertai demonstrasi jalanan menentang zionis, tetapi mereka mencari penusis-penulis buku yang dijangka sebagai racun utama kepada masyarakat.
Buku pertama beliau bertajuk, Judaism and Freemasonry yang diterbitkan pada 1986 telah menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin Freemason aliran sekular di Turki. Akibatnya beliau dipenjara dan dikurung di hospital pesakit mental di Ankara.
Dalam buku itu, beliau mengutuk habis-habisan fahaman agama Yahudi iaitu Judais dan pertubuhan Freemason. Beliau juga menegaskan dalam bukunya bahawa kitab Taurat yang digunakan oleh masyarakat Yahudi sekarang adalah palsu.
Namun tentang dan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kurang memberi kesan kerana beliau lahir dari keluarga kaya raya dan elit. Beliau banyak menggunakan wang-wangnya untuk tujuan berdakwah, membuat risalah dan mengedar kepada orang ramai.
Selepas keluar dari penjara pesakit mental itu, Harun Yahya tidak gentar malah berani menentang Yahudi secara terbuka dengan menerbitkan suatu lagi buku kontroversi pada 1996 iaitu Soykurum Yalam (The Holocoust Lie).

Kini Harun Yahya amat terkenal dan berpengaruh ditambah pula kerajaan Turki sekarang dipimpin oleh pemimpin revolusi Islam dari parti AKP, Recep Tayyip Erdogan. Kedua-dua mereka mempunyai zaman yang sama dan jihad yang satu.Harun Yahya dengan jihad ilmu-ilmu sains sosialnya manakala Recep Tayip Erdogan dengan jihad politiknya.

Bilal Philips Vs Harun Yahya
Dalam beberapa ceramah baru-baru ini, Bilal Philips yang juga pendakwah dan penulis beberapa buku berkaitan konspirasi Yahudi menyelar salah satu hasil kerja Harun Yahya iaitu The Atlas of Creation.
Bilal terdapat beberapa ungkapan dalam makalah tersebut yang dipertikaikan oleh Bilal Philips.Bilal Philips juga mengatakan Harun Yahya ialah seorang pantheist, penyembah berhala dan tidak mempunyai latar belakang sains dalam menerangkan sesuatu berkaitan dunia saintifik. Harun Yahya dianggap hanya sebagai interior designer sahaja dalam dunia saintifik.
Bilal juga menegaskan akan merancang beberapa video untuk mendedahkan pembohongan-pembohongan Harun Yahya (Adnan Okthar)



Pandangan Peribadi Penulis
Setakat tarikh ini, dan setakat pengetahuan yang ada, saya masih lagi menyebelahi pandangan Harun Yahya berbanding Bilal Philips. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saya kurang bersetuju dengan Bilal malah sangsi dengan beliau:
Pertamanya Bilal bermazhab Wahabi dan boleh dianggap pendokong ideologi Wahabi yang ekstrem setaraf dengan Ibnu Baaz. Pendokong Wahabi menolak pandangan para sahabat, tabi tabiin dan ulama mazhab lain. Keduanya, Bilal tidak hidup dalam perjuangan seperti Harun Yahya yang pernah dipenjarakan oleh konco-konco Kamal Attartuk.
Ketiganya, Bilal hanya mengkritik buku Harun Yahya yang berkaitan penciptaan Allah tetapi tidak mengkritik buku-buku Harun Yahya yang berkaitan Zionis.
Keempatnya, Bilal Philips walaupun mempunyai PhD tetapi telah mengeluarkan kenyataan mengatakan semua ulama ahlul Sunnah adalah syirik pada Jun 2007 di Madison Squere Garden, New York. Ini jelas menunjukkan kependekkan akalnya.
Dan akhirnya, Bilal tidak tahu berbahasa Turki. Dan Harun Yahya tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris dalam buku asalnya. Semua makalah Harun Yahya sebenarnya dari bahasa Turki. Apabila diterjemahkan ke bahasa asing maka ketepatan makna akan bergantung 100% kepada penterjemah tersebut.





Kesimpulan
Apabila berlaku pertembungan dua orang Islam di hadapan masyarakat awam yang berebut memperbetulkan keadaan, harus bagi kita menilai siapakah di antara kedua mereka yang lebih gemar menyelesaikan masalah secara musyawarah berbanding tikam menikam lidah.
Wallhu’alam

Artikel mengenai Harun Yahya : http://www.harunyahya.net/V2/Lang/en/

Sumber dari : Dajjal Konpirasi Dunia

Thursday, December 30, 2010

Tanda bagi yang mahu berfikir






Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). Yunus [10:24]

Tanda-tanda KekuasanNya