Wednesday, August 25, 2010

Protokol Freemason



Freemason ini ialah sebuah pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, dan mempunyai sepuluh program antarabangsa…. program ini dlm istilah Freemason dinamakan ‘HARAR’ or ‘SATANIM’, berlambangkan sotong kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi….

Program pertama.


Program pertama dalam istilah Freemason dinamakan ‘TAKKIM’ :

Pada zaman Nabi Isa a.s orang-orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa a.s. Antara fitnah keji – ‘ Nabi Isa a.s. ingin menjadi Raja Yahudi’ yang disampaikan kepada kerajaan rom tetapi Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Isa a.s dan menggantinya dengan seorang lelaki bernama Judas. Maka setelah Nabi Isa diangkat ke langit, Yahudi masih berusaha menghancurkan ajaran Nabi Isa a.s. yang sudah disebarkan dengan program ‘TAKKIM’ iaitu :
- Merosakkan ajaran Nabi Isa a.s. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya….
- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas (konsep yang digunakan oleh penganut ajaran Kristian sekarang yang dibawa oleh Paulus- aku akan cerita lebih lanjut macam mana Paulus menyebarkan ajaran Doktrin Trinitas nanti)…
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu….
- Pope dijadikan tandingan Nabi Isa a.s…..

Pada zaman Islam :
- Pada zaman Rasulullah s.a.w, orang2 Yahudi memupuk munafiqin dan muhadin…mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belah kaum ansar dan muhajirin…
- Melaga-lagakan Ali r.a. dan Muawiyah r.a. sehingga Aisyah r.a. masuk campur….
- Membuat ratusan hadis2 palsu, memasukkan dongeng israeliyat, mengubah penafsiran al-Quran dan sebagainya..
- Mendangkalkan aqidah umat islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban, tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya….maka lahirlah cendikiawan2 Islam yang menghuraikan akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun (Aristotles) dan lainnya…
-Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan al-Quran dan hadis sesuai dengan pemikiran Freemasonry….
- Menghidupkan sunnah2 jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang….
- Menjadikan Islam supaya tasyabbuh, selari dengan nasrani dan agama lain…antaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya….




Program kedua.
dinamakan ‘SHADA’
- bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia….
- salah satunya ialah di India ketika islam bangkit untuk kembali kepada al-quran dan hadis dan menyerukn ‘jihad fisabilillah’, pihak penjajah Inggeris bekerjasama dgn Freemasonry menubuhkan gerakan anti-jihad…antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dan ulama menganggotai Freemasonry….

Seorang Freemason iaitu ‘Mirza Ghulam Ahmad’, sapa2 yang ambil SPM mesti kenal Mirza Ghulam Ahmad ni, ada dalam silibus Pendidikan Islam tingkatan 5- Pengasas Ajaran Sesat..dia mendakwa dirinya sebagai nabi akhir zaman, Bhuda Awatara, Krishna dan sebagainya…Rabithah Alam Islami yg brsidang di Makkah 14-18 Rabiul awal, tahun 1394 Hijrah memutuskan bahawa ajran ‘Ahmadiah’ itu bukan islam dan ia berkait rapat dengan Zionisme….

- Kes-kes ‘aliran sesat islam’ yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya, kemungkinn besar ianya berkaitan dengan program Freemason ni..

Program ketiga…
dinamakan ‘PAROKIM’ :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan…
- Mengembangkan Freemason tempatan (domestik) dalam suatu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemason….
- Mendukung teori2 bertentangan…..
- Membangkitkan bida’ah dan khufarat – menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba utuk kalah-mengalahkan satu sama lain…




Program keempat…
dinamakan ‘LIBARIM’ :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran seks bebas…
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (atheism dan freethinker)..
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah…
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal ‘kedudukan waris’ dan ‘pakaian’…
- Menggembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik…. AF,Malaysian Idol, OIM…
- Mendirikan bait-satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke alamnya…
- Mengorganisasi kaum gay, lesbian, lutherian serta menggalakkn perakuan menuntut hak mereka dalam hukum….

Program kelima….
dinamakan ‘BABILL’ -
- Memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa….
- Menjaga kemurnian bangsa Yahudi….

Program keenam…
dinamakan ‘ONAN’ :
- Mengekang pertumbuhan bangsa goyim (orang selain Yahudi)…..
- Menggalakkan perempuan2 yahudi agar menjadi subur…..




Program ketujuh…
dinamakan ‘PROTOKOL’
- dalam istilah Freemasonry…protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam suhyuniah (zionisme) yang dimulai dengan penyebaran protokol…isi protokol adalah tentang rancangan Yahudi untuk menguasai dunia…diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara, penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi…dengan program protokol ini, bangsa yahudi dapat menjdi penguasa ekonomi dunia, pengaturcara politik dan penerangan (medium, media) dunia….

Program kelapan…
disebut ‘GORGAH’ :
- Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan…pepatah Yahudi mengatakan ”jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
- Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat… jika namanya disiarkan sehingga kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan….
- Menyebarkan ejen kasisah, iaitu intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempt2 maksiat..
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden…..
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus….

Program kesembilan…
dinamakan ‘PLOTISME‘ :
- Mendidik alim-ulama dalam plotis yang fahamannya terumbang-ambing….
- Alim-ulama plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah2 dan pertubuhan2 Islam…
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemason.




Program kesepuluh…
dinamakan ‘QORNUN’ :
- Orang2 yang terpilih yang disyaki berbahaya kpd Freemasonry diangkat agar menjadi kaya-raya sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan Freemasonry….
- Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama…memberi dana dalam hal perniagaan, pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme)…..
- Musuh2 Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry….
- Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat… bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal Yahudi… kemudian pemimpin2 bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi anggotanya….

Dari data2 tersebut dapat kita lihat bahwa begitu berkembangnya program2 Freemasonry dan Allah s.w.t. telah memberi peringatan dalam al-quran bahawa mereka (Freemason) itu saling bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lain….

Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk mengadakan saingan program tansiq iaitu penyatuan hati umat islam… dalam hal ini, ulama Islam sebagai pemegang amanah para rasul2 seharusnya bersatu untuk memimpin dan membangunkan program tandingan sedunia yang insya-allah pasti akan menyaingi dan menghancurkn program2 Freemason ni….

Malaysia ni dah lama bertapaknya Freemason.. masa zaman pnjajahan British dulu bermulanya kemasukan Freemason ke dalam negara kita



Sebelum ini saya sudah postkan tentang gerakan rahsia dajal ini, rujuk sini. Di sini saya akan sambung tentang Freemason ini. Untuk menjelaskan kepada umat Islam apa itu Freemason sebenarnya. Di harap pembaca boleh menyebarkan kepada umat Islam yang lain tentang gerakan ini yang sejak sekian lama sudah bertapak di negara kita.

Freemason adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahasia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua perkataan yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, dan Mason adalah juru bangun atau pembangun.

Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman.




Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Roman menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula semasa kekuasaan Islam, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.




Mereka (Freemason) bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menyebar kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama Kristian dan Islam.

Sebelum kaum muslimin sedar tentang bahaya gerakan Freemason, penentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Penentangan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry di Mimar Sinan, Turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh penentangan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak berdirinya, Freemason telah menyokong kebebasan beragama, sama seperti yang terjadi kebelakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.

Freemason ditubuhkan di Inggeris secara rasmi pada tahun 1717. Tapi , sebelum tahun itu pun, Freemason telah wujud. Freemason telah ada sebelum 1717 tetapi secara ‘underground’ dan pada 1717 ini mereka telah sebarkan gerakan ini secara terang-terangan ke seluruh dunia. Pat Anderson adalah tonggak kepada Freemason telah mendirikan Grand Lodge Of England dengan menggabungkan empat lodge menjadi satu.




Banyak sumber Freemason menjelaskan bahwa sejarah gerakan ini bermula dari Ordo Knight of Templar semasa perang Salib di Jurusalem, Palestin. Pope Urban II, tahun 1095 menyeru Perang Suci atau Crusade dan mengajak kaum Kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Jurusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Pope Urban II menimbulkan emosi marah umat Kristian dengan berbohong. Dia berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Dia juga membakar kemarahan kaum Kristian dengan mengatakan bahawa kaum Islam telah dan sedang menguasai makam Jesus.

Pope Urban II menyeru agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini harus diakhiri, kerana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam. Dia juga juga menipu, bahawa siapa ke medan perang akan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat balasan syurga. Hasilnya, ribuan kaum Kristian berangkat menuju Palestin dengan kemarahan membara. Dan setibanya di sana, berlaku pembunuhan besar-besaran atas penduduk Islam Jurusalem dan Palestin.



Selama dua hari penyerbuan terjadi pembunuhan yang tidak boleh diterima akal dan rasa kemanusiaan. Sebanyak 40 000 penduduk Palestin dibunuh. Beberapa sejarawan menggambarkan, saat itu darah menggenangi tanah Jurusalem. Ada yang menyebut darah menggenang setinggi mata kaki, bahkan ada yang menggambarkan darah menggenang hingga lutut manusia dewasa. Tentera berperang dengan motivasi mendapatkan emas dan permata, dan juga banyak para kesatria Perancis membelah perut korban-korban mereka. Mereka mencari emas atau permata yang kemungkinan di telan penduduk Palestin.

Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib mulai mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militan di dalam biara tersebut. Dan satu daripadanya adalah Ordo Knight of Templar.




Knight of Templar juga dikenali sebagai tentera miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman. Dikenali miskin kerana gambar dari logo yang mereka gunakan, dua tentera yang menunggang seekor kuda. Untuk menunjukkan bahawa mereka miskin, satu kuda harus dinaiki dua orang tentera Knight of Templar. Dikatakan, mereka dipaksa untuk makan tiga kali saja dalam seminggu. Mereka juga dikenali dengan nama Knight Of Temple Solomon kerana misi mereka adalah untuk membangunkan kembali Temple Solomon di tapak Masjid Al-Aqsa. Hugh de Pavens dan God frey de St Omer adalah pengasas gerakan ini. Spekulasi dari kalangan sejarawan mengatakan, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh pengasas Ordo Knight of Templar ini. Mereka juga mengamalkan sihir kuno Yahudi iaitu Kabbalah.

Meskipun mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Mungkin di masa awal-awal penubuhan mereka sahaja mereka miskin. Dalam waktu yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan melakukan kawalan penuh terhadap penziarah Eropah yang datang ke Palestian. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putera para bangsawan Eropah yang tentu saja akan membekalkan dana yang banyak. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan pertama pada abad pertengahan.

Pada masa itu banyak orang-orang Eropah yang ingin berpindah atau setidaknya ziarah ke Palestin. Dan tentu saja perjalanan yang jauh dari Eropah memerlukan bekalan yang tidak sedikit. Dan mereka telah mereka satu cara, para penziarah tidak perlu membawa harta mereka dalam perjalanan. Mereka hanya perlu mewakilkan pada sebuah perwakilan Templar di Eropah, mencatat dan menghitung nilai dan mereka berangkat ke Palestin berbekal catatan nilai harta yang akan ditukarkan dengan nilai wang yang sama di Palestin. Gerakan ini didominasi oleh Ordo Knight of Templar yang membuat mereka sangat kaya raya kerana mendapat keuntungan dari sistem bunga yang mereka kembangkan. Dan sistem inilah yang digunakan sekarang!

Kerana ordo ini sangat berkuasa, mereka mulai menampakkan ciri aslinya, iaitu sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan iblis (Lucifer). Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Fir’aun.



Mengetahui hal ini, Raja Prancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan ordo Knight of Templar karena dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Pope Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan, dan beberapa pimpinan Ordo Knight of Templar yang bergelar Grand Master (pangkat ini masih dipakai sebagai tingkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang) turut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan keterangan bahawa anggota-anggota Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, menyembah syaitan, memakan daging teman-teman mereka sendiri yang sudah mati. Bahkan salah seorang saksi mengatakan, para Templar memperkosa perawan-perawan hingga hamil dan bayinya dibunuh dengan cara yang sadis untuk kemudian di bakar dan diambil minyaknya, dijadikan minyak suci untuk persembahan para pemimpin mereka!

Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyeksaan demi penyeksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Ordo Templar. Pada tahun 1312, Ordo Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja , dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Ordo Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan nafasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Pope Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, disusuli Pope Clement sebulan setelah Raja Philip mangkat




Setelah itu terjadi pemusnahan besar-besaran, sekali lagi atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tidak hanya terjadi di Palestin, tapi juga terjadi di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Dan akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgasana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang tempat terpenting dalam perkembangan gerakan Freemason. Dan mereka menukar nama dari Knight Of Templar kepada Freemason tetapi misinya utamanya sama iaitu membina kembali Temple Of Solomon untuk menyambut kedatangan Messiah mereka ataupun Dajal laknatullah.



No comments:

Post a Comment