Dunia dah berubah.Dari Kayu jadi Batu,dari batu jadi simen dan dari simen jadi besi.
Kita merasainya tak kira di dalam air,di atas tanah dan di udara. Kita melaluinya dari kecil sehingga mati. Kita menggunakannya setiap masa untuk minum dan makan. Kita juga mengikutinya secara sengaja dan tidak sengaja.
Sedar dan tidak sedar semua kehidupan kita sudah pun diselubungi oleh suatu rahsia besar dan propaganda.Sejak dahulu lagi,rahsia besar dan propaganda ini telah bergerak di dalam kehidupan untuk merosakkan agama. Melalui Agama,Sosial,Politik, Ekonomi,Hiburan,Pendidikan dan Teknologi. Semua kaedah ini untuk memuja dan mempercepatkan si mata satu dan kerajaannya bangkit.
Memukau manusia dengan media,sehingga ramai leka dan lalai. Melalui Media wujudnya fitnah dan cerita-cerita palsu,mengkhayalkan dan memutar belit kebenaran.Lalu manusia mula mencintai dunia. Dengan Hiburan,manusia mula lupa maksud kehidupan mereka di akhirat sehingga mereka merasakan akhirat tidak wujud.
Mengawal dunia dengan sosial,politik dan ekonomi supaya suatu hari nanti begitu mudah manusia diperangkap dan terpaksa mengikut cara dan sistemnya.Mengajar manusia bersosial tanpa batasan sehingga haram menjadi halal.Membuat sistem yang kelihatan demokrasi tetapi dikawal oleh dunia luar supaya tidak terikat dengan landasan agama. Menukar emas menjadi kertas dan duit halimunan supaya suatu hari nanti,begitu senang untuk mensabotaj semua duit manusia dengan hanya menggunakan jari dari satu tempat sahaja.
Sedar tidak sedar,kebanyakkan manusia sememangnya sudah terpukau dengan kecantikkan dan keseronokan dunia. Mendoktrin ke dalam kanak-kanak dengan ideologi-ideologi dan pemahamam dunia yang begitu indah melalui pendidikan. Sehinggakan generasi-genarasi baru mula mengikuti dan menerima kelogikan dan kepalsuan ciptaannya.
Memecah belah manusia melalui agama,sehingga wujudnya pelbagai jenis agama supaya manusia keliru dengan agama pilihan meraka.Padahal ianya untuk menjadikan agama itu tidak diperlukan dan hanya seperti pakaian berjenama sahaja dan apabila lusuh dibuang.Mengubah tamadun dan sejarah supaya manusia percaya dengan apa yang dia percaya.
No comments:
Post a Comment