Dunia dah berubah.Dari Kayu jadi Batu,dari batu jadi simen dan dari simen jadi besi.
Kita merasainya tak kira di dalam air,di atas tanah dan di udara. Kita melaluinya dari kecil sehingga mati. Kita menggunakannya setiap masa untuk minum dan makan. Kita juga mengikutinya secara sengaja dan tidak sengaja.
Sedar dan tidak sedar semua kehidupan kita sudah pun diselubungi oleh suatu rahsia besar dan propaganda.Sejak dahulu lagi,rahsia besar dan propaganda ini telah bergerak di dalam kehidupan untuk merosakkan agama. Melalui Agama,Sosial,Politik, Ekonomi,Hiburan,Pendidikan dan Teknologi. Semua kaedah ini untuk memuja dan mempercepatkan si mata satu dan kerajaannya bangkit.
Memukau manusia dengan media,sehingga ramai leka dan lalai. Melalui Media wujudnya fitnah dan cerita-cerita palsu,mengkhayalkan dan memutar belit kebenaran.Lalu manusia mula mencintai dunia. Dengan Hiburan,manusia mula lupa maksud kehidupan mereka di akhirat sehingga mereka merasakan akhirat tidak wujud.
Mengawal dunia dengan sosial,politik dan ekonomi supaya suatu hari nanti begitu mudah manusia diperangkap dan terpaksa mengikut cara dan sistemnya.Mengajar manusia bersosial tanpa batasan sehingga haram menjadi halal.Membuat sistem yang kelihatan demokrasi tetapi dikawal oleh dunia luar supaya tidak terikat dengan landasan agama. Menukar emas menjadi kertas dan duit halimunan supaya suatu hari nanti,begitu senang untuk mensabotaj semua duit manusia dengan hanya menggunakan jari dari satu tempat sahaja.
Sedar tidak sedar,kebanyakkan manusia sememangnya sudah terpukau dengan kecantikkan dan keseronokan dunia. Mendoktrin ke dalam kanak-kanak dengan ideologi-ideologi dan pemahamam dunia yang begitu indah melalui pendidikan. Sehinggakan generasi-genarasi baru mula mengikuti dan menerima kelogikan dan kepalsuan ciptaannya.
Memecah belah manusia melalui agama,sehingga wujudnya pelbagai jenis agama supaya manusia keliru dengan agama pilihan meraka.Padahal ianya untuk menjadikan agama itu tidak diperlukan dan hanya seperti pakaian berjenama sahaja dan apabila lusuh dibuang.Mengubah tamadun dan sejarah supaya manusia percaya dengan apa yang dia percaya.
Luahan,Cerita,Berita dan Pendapat supaya Mata Hati dapat menilai dan memahami maksud yang tersurat dan tersirat.
Thursday, May 27, 2010
Monday, May 10, 2010
Al-Quran Pelengkap Kehidupan
Assalamualaikum,
Setelah mengambil masa begitu lama,saya mula menyedari kebenaran dan kekuatan Al-Quran. Penyampaian yang begitu unik dan dipenuhi balaghah-balaghah yang tinggi hanya boleh difahami oleh mereka yang mahu berfikir. Semua isi kandungannya ditafsir dan dipecahkan kepada beberapa bab supaya boleh difahami oleh semua orang. Ilmu Tauhid,Tasawwur,Usulludin,Feqah,Akhlak,Balaghah,Nahu Soraf,Mantik,Tafsir dan sebagainya adalah kaedah untuk kita memahami Al-Quran Kalam Allah.
Dan semua isi kandungan Al-Quran menceritakan dari awal Tamadun Islam dan manusia sehinggakan kepada Tanda-tanda penutup dunia. Keindahan dan Kekuasaan Allah telah ditunjukkan kepada kita, dan kepada mereka yang hanya mahu berfikir sahaja yang dapat memahami dan merasai kewujudanNya.
Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut tentang apa yang saya nak sampaikan dan kongsikan kepada semua pembaca. Jadi berfikirlah dan cuba memahami apakah kaitan Al-Quran dengan kehidupan kita sekarang.Lihatlah kebesaran Allah melalui kehidupan dan keindahan alam ciptaanNya. Kita biasanya sedar dan selalunya ingat bahawa hidup kita ini ada penamatnya tapi mengapa kita selalu leka dan lupa?.Kadang-kadang kita tahu apa kesudahan dari perbuatan kita tapi kita yang tidak mahu mengendahkannya.

Salam Pengenalan
Assalamualaikum.
Salam perkenalan dari saya buat pembaca blog saya. Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dan kefahaman saya mengenai sesuatu perkara yang melibatkan dunia dan akhirat.Setelah 15 tahun menempuhi perjalanan bermula dari akil baligh sehinggalah sekarang. Dari akal saya mula dikuasai oleh gerakan dunia sehinggalah akal saya mula ragu-ragu dan tidak dapat membezakan yang mana kejahatan dan kebenaran.
Alhamdullillah,saya masih dipayungi hidayah Allah (S.W.T). Jatuh bangun hidup saya adalah dari ketetapan Allah.Secara tidak sedar, saya mula memahami sedikit demi sedikit tentang hakikat kehidupan. Saya mula nampak akan propaganda dunia tetapi saya tidak boleh menidakkan dan membenarkan apa yang terfikir di minda saya. Mungkin minda saya mula dikuasai oleh Israelliyat. Mitos dan Dongeng kadang-kadang ada benarnya juga. Mitos dan Dongeng kadang-kadang ada penipuannya,begitu juga dengan Sejarah.
Kita kenal dan belajar melalui sejarah dan pengalaman.Jika manusia kenal hidup mereka melalui sejarah dan pengalaman,di situlah manusia mula berfikir tentang sesuatu perkara yang tidak dapat menandingi akal-akal yang lain. Ingat,melalui sejarah juga Minda kita boleh dikuasai.
Saya tahu,pembaca tidak dapat memahami huraian yang cuba saya sampaikan sekarang. InsyaAllah,suatu hari pembaca dapat memahaminya sedikit demi sedikit.Ingatlah, dunia ini hanyalah tempat untuk kita menempa ke syurga. Pembawa kita ke Neraka adalah Syaitan. Jadi berhati-hatilah dengan orang yang bersekongkol dengan Syaitan.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)