Monday, May 10, 2010

Al-Quran Pelengkap Kehidupan

Assalamualaikum,

Setelah mengambil masa begitu lama,saya mula menyedari kebenaran dan kekuatan Al-Quran. Penyampaian yang begitu unik dan dipenuhi balaghah-balaghah yang tinggi hanya boleh difahami oleh mereka yang mahu berfikir. Semua isi kandungannya ditafsir dan dipecahkan kepada beberapa bab supaya boleh difahami oleh semua orang. Ilmu Tauhid,Tasawwur,Usulludin,Feqah,Akhlak,Balaghah,Nahu Soraf,Mantik,Tafsir dan sebagainya adalah kaedah untuk kita memahami Al-Quran Kalam Allah.

Dan semua isi kandungan Al-Quran menceritakan dari awal Tamadun Islam dan manusia sehinggakan kepada Tanda-tanda penutup dunia. Keindahan dan Kekuasaan Allah telah ditunjukkan kepada kita, dan kepada mereka yang hanya mahu berfikir sahaja yang dapat memahami dan merasai kewujudanNya.



Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut tentang apa yang saya nak sampaikan dan kongsikan kepada semua pembaca. Jadi berfikirlah dan cuba memahami apakah kaitan Al-Quran dengan kehidupan kita sekarang.Lihatlah kebesaran Allah melalui kehidupan dan keindahan alam ciptaanNya. Kita biasanya sedar dan selalunya ingat bahawa hidup kita ini ada penamatnya tapi mengapa kita selalu leka dan lupa?.Kadang-kadang kita tahu apa kesudahan dari perbuatan kita tapi kita yang tidak mahu mengendahkannya.

No comments:

Post a Comment